PART 17

Family Completed 34166

Alya berasa sangat seronok dapat luangkan masa bersama uminya selama 5 hari. Dia bercerita pada uminya yang dia ada keluarga angkat di Kuala Lumpur.

" Umi nak tahu Alya ada keluarga angkat, mereka baik sangat dengan Alya."

" Tiap² hujung minggu Alya akan pergi rumah mama, anak² dia semua baik²."

" Alhamdulillah..nanti boleh la ajak datang rumah kita nie."

" Yang Alya cerita dekat umi tue anak dia la yang mama nak jodohkan dengan Alya."

" Biar betul? kenapa dia pilih Alya, sedangkan dekat KL ramai lagi gadis² yang cantik²."

" Mama cakap Alya ada keistimewaan sendiri."

" Alya kena tanya diri Alya sendiri,sanggup ke Alya nak bermadu? jangan Alya menyesal suatu hari nanti."

" InsyaAllah umi, Alya balik KL nanti Alya nak jumpa dulu dengan dia.Tanya dia betul ke dia setuju kawen dengan Alya."

" Bagus juga kalau macam tue."

Sepanjang Alya di kampung tiap² hari juga Puan sri telifon tanya khabar dan bercakap dengan umi Alya.

Hari nie hari terakhir Alya dikampung sebelum dia balik KL dia belikan stok makanan untuk uminya.

" Umi cukup tak nie? kalau tak cukup Alya pergi beli lagi."

" Ya Allah...kenapa banyak sangat nie beli barang."

" Ini stok sebulan...kalau dah habis nanti beritahu,nanti Alya bagi duit dekat pak ngah beli barang."

" Terlebih dari cukup Alya. Umi nie tinggal sorang dekat rumah, bukan ramai nak kena beli banyak stok makanan."

" Tak apa umi. Alya risau lah kalau umi pergi kedai sorang² kalau pape jadi nanti kan susah."

" Alya nie jauh. Alya risau kalau umi sakit."

" Tak apa nak..kan pak ngah mak ngah kamu ada."

" Umi jangan buat kerja berat² tau. jaga kesihatan baik² Alya cuma ada umi je."

" Baik lah sayang. Dah jangan sedih²."

Sebelum gerak balik KL macam² pesanan yang uminya bagi. Alya berat hati untuk tinggalkan uminya. Kalau ikut hati mahu saja die bawa uminya balik KL.

Alya sampai di rumah sewanya dah dekat senja.Tiba telifonnya berbunyi. Alya melihat pada screen telifon, nombor yang tidak di kenali. Alya pun laju menekan butang hijau.

" Assalamualaikum.. Ni siapa nie?" kata Alya.

" Waalaikumussalam..Saya Mohd Zill Nafhan."

" Ohh...ya kenapa awak telifon saya?"

" Esok saya nak jumpa awak dekat area tempat awak kerja."

" Okay pukul berapa?"

" Tengahari waktu lunch."

" Okay jumpa esok. Saya ada benda nak tanya awak."

" Saya pon ada benda nak cakap dengan awak."

" Okay jumpa esok."

Alya pon letak telifon dan angkat barang masuk ke dalam rumah. Imah tak ada di rumah dia balik kampung emaknya tidak sihat.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience