Zill dan mamanya datang ke kedai Alya nak berjumpa dengan Alya tapi Alya tak ada.
Zill tanya pada staff Alya, mana Alya kemudian staff Alya cakap yang Alya dan baby kena tahan wad dah 2 hari sebab demam.
Laju je Zill dan mamanya keluar dari kedai dan pergi ke Hospital yang di beritahu. Zill tak senang duduk dalam kereta bila sampai dekat lampu isyarat.
"Ishhh...lambatnya traffic light nie, orang nak cepat dia lambat pula hijau." bebel Zill.
"Sabar lah..jangan lah gopoh sangat."kata mama Zill.
"Mana tak gopoh mama Alya dan anak Zill ada dekat hospital mama. Zill risau la kalau apa2 jadi dekat dieorang berdua."
"Ye mama tahu..mama pon risau juga. tapi sabar lah."
Sebaik saja lampu hijau, Zill laju memecut keretanya. Sampai Puan sri Maizura mengucap takut.
Sampai saja hospital, Zill beli bunga dan hadiah untuk baby Aisy. Mereka berdua menuju ke kaunter nurse.
"Assalamualaikum, nurse tumpang tanya bilik Putri Alya Maisarah yang mana satu ye?"tanya Zill.
"Waalaikumussalam..oh Puan Alya ye bilik no 231.. Encik naik tingkat 2 keluar lif sebelah kanan ye."jawab nurse.
"Terima kasih nurse."
Zill dan mamanya laju berjalan menuju ke lif. Sebaik saja dia sampai di depan pintu bilik Alya dia tolak sambil memberi salam.
"Betul la nie bilik Alya nie." kata mama Zill.
"Assalamualaikum." Zill beri salam.
Alya terdengar suara lelaki beri salam cepat2 dia capai tudung dan pakai.
"Waalaikumussalam.macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" Alya bertanya.
"Tadi mama dan Zill pergi kedai Alya, tapi Staff Alya cakap, Alya tak ada demam , ada dekat hospital. Tue yang mama datang."
Zill dan mamanya berjalan menuju ke katil Alya. Alya terkejut melihat mereka berdua.
"Awak kenapa tak beritahu saya yang awak masuk hospital. Saya tukarkan awak hospital lain lah, hospital nie dah la tak cantik kecil pula biliknya." Tiba masuk2 wad marah2 pastu nak suruh tukar hospital.
"Tak payah susah2 saya selesa je dekat sini, bukan nak duduk lama pon dekat sini." Alya menolak pelawaan Zill.
Tiba Puan sri menangis minta maaf pada Alya. Dia rasa bersalah sangat sebab dia tak siasat tentang kejadian dulu sekarang Alya dah jadi janda.
"Alya!! mama minta maaf apa yang dah mama buat dekat Alya sebelum nie. Mama banyak dosa dengan Alya."Puan sri menangis sambil pegang tangan Alya.
"Tak apalah benda pon dah jadi. Alya dah lama maaf kan aunty."Kata Alya dengan nada datar. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa.
"Alya jangan lah panggil aunty panggil mama ye."
"Tak apa lah saya dengan Zill pon dah lama berpisah saya tak selesa nak panggil mama." kata Alya.
"Alya maafkan abang juga, abang banyak salah dengan Alya dan anak kita. Kembali la pada abang untuk abang tebus balik kesalahan yang abang pernah buat dulu."Zill cuba pegang tangan Alya, belum sempat Zill nak sentuh cepat2 Alya tarik tangannya.
"Dah berapa kali saya cakap saya tak akan kembali pada awak. Saya dah ada pilihan saya sendiri." tegas Alya berkata.
"Alya tak kesian ke pada Aisy, tak dapat kasih sayang seorang ayah? kembali la nak pada Zill, mama kesian tiap2 hari dia menangis teringat Alya." Pujuk Puan sri.
"Sebelum nie ada ke dia ingat saya, saya sakit ada dia ambil peduli, masa saya nak bersalin dia ada ke dengan saya? Dia tak ada..saya tanggung sakit sorang2." Kata Alya dengan nada agak tegas. Airmata mula bertakung dikelopak mata.
"Maafkan abang bagilah abang peluang, Alya dah tak sayang abang ke?." Zill pujuk lagi.
"Tak ada dah istilah sayang lagi selepas awak cerai saya depan family awak.Kalau ikutkan hati saya benci nak tengok muka awak dan takkan maafkan awak. tapi saya maafkan juga." Alya kata dengan tegas.
"Alya maafkan Zill dan mama sebab tak siasat dulu, sebelum melulu tuduh Alya dulu." Lembut je Puan sri cuba pujuk Alya.
"Tak apa lah benda dah jadi pon. Saya malas nak fikir."
Suasana senyap sekejap Alya mesej pada Azriel, dia beritahu yang Zill dan mamanya datang ke hospital.
"Assalamulaikum..abang sayang nak beritahu yang Zill dan mama dia ada datang sini. Kalau boleh abang datang cepat sikit." send Azriel.
"Anak papa okay?" Zill baru nak ambil Aisy dari tangan Alya, tiba Aisy menangis tak kenal orang.
"Maaf la anak saya kalau orang yang dia tak kenal dia akan nangis."
"Ala..sayang nie papa lah." kata Zill, dia cuba lagi mahu ambil Aisy dari tangan Alya
"Alya nak makan apa2 abang boleh orderkan?"
"Tak payah la susah2 kejap lagi bakal suami saya datang bawa makanan."
"Ohh..Alya dah bertunang ke?" terkejut Puan sri bila Alya cakap dia bakal suami.
"Haah..lagi 3 bulan nak kahwin. Zill tak beritahu aunty ke?"
"Zill lupa nak beritahu mama. Tapi selagi Alya tak kahwin Zill ada peluang lagikan tok pikat hati Alya kan?"
"Maaflah hati saya dah tetutup rapat untuk awak, awk pergi la cari kebahagian lain. tolong lah jangan ganggu hidup saya lagi."
"tuk..tuk..tuk..tuk." Pintu bilik wad Alya berbunyi dan Azriel menolak daun pintu bagi terbuka.
"Ehh..abi datang lah sayang."
"Assalamualaikum. Ehh ada tetamu."
"Waalaikumussalam."
"Hai anak abi. Macam mana hari nie? Dah okay dah ke?" Aisy berkepak2 tangan dia bila nampk Azriel, Azriel pon laju je angkat dan dukung Aisy bawa keluar dari bilik.
"Ehh..tak tahu malu punya jantan Alya kau nak kebas nie anak aku pon kau nak ambil juga"
"Kalau awak nak tahu jantan tue la yang sanggup terima Aisy bila ayah dia sendiri buang dia. Tuduh dia anak luar nikah. Pedihnya hati saya bila ayah dia sendiri yang cakap macam tue."
"Abang tak buang anak abang. Cuma abang keliru je."
"Dah la baik awak pergi je dari hidup kami. Kami dah cukup bahagia. Aunty tolong saya merayu tolong bawa anak aunty nie pergi dan cakap dekat dia jangan cari saya lagi."
"Zill marilah kita balik."
"Nanti abang datang lagi ye. Abang akan cari Alya."
Perjalanan Zill nak ke lif dia terserempak dengan Azriel.
"Kau jangan ingat senang2 je kau nak ambil Alya dan Anak aku dari aku. Aku akan rampas balik hak aku."
"Hak apa yang kau cakap, sedar lah Alya tue bukan hak kau lagi. Kau patut bersyukur aku ada jaga dieorang yang perlukan kasih sayang seorang suami dan ayah."
"Mereka berdua tue hak aku sampai bila2."
"Kau doakan je semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat. Nanti kad jemputan dah siap aku bagi ye."
"Pergi mampus la kau punya kad."
Mama Zill cepat2 tarik tangan Zill apabila pintu lif terbuka.
#jajafiza35
#deritamilikku
Share this novel