Zill tiba teringatkan Alya, sepanjang Alya duduk di sini Alya banyak habiskan masa dekat dapur bersama bibik. Dia ternampak2 Alya sedang masak, gelak ketawa dengan bibik.
"Ishh..asal pula teringat dekat pompan tue, Kau jangan nak macam2 Zill, kau dengan Alya dah bercerai.Entah dia ingat dekat kau lagi ke tak.kot dia tengah berseronok dengan jantan lain."monolog Zill sendirian didapur.
Setelah dia selesai minum air dia pon berjalan ke ruang tamu, dia lalu depan bilik yang Alya tidur. Dia pandang keliling untuk pastikan tiada siapa2 nampak yang dia masuk ke bilik tue.
Zill pandang disetiap sudut bilik, dia mengambil kain telekung yang tersidai dekat ampai, dia cium masih ada bau minyak wangi yang Alya suka pakai.
Dia buka laci almari tepi katil, ada buku kecil didalam nya. Zill ambil dan dia baca setiap helaian buku tersebut.
m/s :Abang kenapa abang tak percayakan Alya, Alya tak pernah buat salah kepada abang. Kalau la Alya tahu itu satu perangkap untuk jauhkan abang dari Alya, Alya takkan ikut kak Linda keluar pergi mall.
m/s : Abang Alya rindu dekat abang, kenapa abang tak balas wasap Alya. Abang dah benci sangat ke dengan Alya. Alya call abang tak angkat, Alya sedih sangat abang layan Alya macam nie. Alya masih isteri abang.
m/s : Hari nie abang pergi outstation, kak Linda datang, dia marah2 Alya dia tarik rambut Alya. Abang Alya rindu abang, balik la dekat Alya. Alya perlukan abang setiap saat, setiap detik Alya tak pernah lupakan abang.
m/s : Abang balik dari outstation abang langsung tak pandang Alya, Alya terasa abang. Alya nak salam abang tapi abang buat tak tahu je. Sampai hati abangkan buat Alya macam nie. Alya rindukan abang yang suka cium dahi, pipi Alya.
Zill selak dan baca setiap ayat yang Alya tulis sampai satu muka surat tue mengalir airmata dia.
m/s : Sampai hati abang tunjuk mesra dengan kak Linda depan Alya. Alya terasa abang, Alya pon isteri abang, Alya nak juga layanan macam abang buat dekat kak Linda.
kalau abang nak tahu,kak Linda selalu ugut Alya nak buat sampai abang,mama,papa dan seluruh ahli keluarga abang benci dekat Alya.
Kak Linda selalu pukul Alya, dahi Alya luka dulu bukan sebab Alya jatuh dalam bilik air tapi kak Linda yang tolak. Bibik jatuh tangga bukan sebab bibik cuai tapi ada air dekat tangga, kak Linda suruh Alya naik ke bilik abang ambil barang tapi bibik tak bagi dan bibik yang naik.
Banyak yang kak Linda buat dekat Alya, Alya tak suka nak buruk2kan orang biar la apa yang dia buat dekat Alya ALLAH je yang balas .
Alya setiap kali solat Alya akan doakan semoga abang boleh terima Alya balik, tapi itu mustahil sebab abang lebih percayakan kata fitnah yang dikatakan dekat Alya.
Sampai Alya rasa mungkin nie pengakhiran hubungan kita, kalau Alya tak ada abang boleh bahagia dengan kak Linda. Terima kasih sebab sudi bagi Alya rasa kasih sayang dan cinta dari abang walaupon sekejap.
Zill menangis sambil memeluk kain telekung Alya.Tegarnya dia buat Alya yang tak bersalah sampai macam tue sekali.Dia fikir mahu cari kebenaran apa yang berlaku sampai dia sanggup ceraikan isterinya.
Zill pon keluar dari bilik Alya dia naik ke biliknya.Dia pon baring sambil memeluk kai telekung Alya. Dia ingin minta maaf tapi dia malu dia dah hina maki Alya dengan teruk.Bukan setakat Alya baby yang dalam perut pon dapat tempias juga.
#JajaFiza
#DeritaMilikKu
Share this novel