Azriel hari2 datang ke kedai berjumpa dengan Alya dan Aisy. Dia rasa kalau tak jumpa sehari mesti dia akan rasa kosong dan rindu sangat pada mereka berdua.
Azriel bawa mamanya ke kedai Alya dan mamanya seronok sangat sebab walaupon baju murah tapi kualitinya setanding dengan baju harga mahal.
"Murahnya Riel kt sini baju2 dia. Nanti bawa mama datang sini lagi ye. rambang mata mama tengok baju nie sampai tak tahu nk pilih yang mana."
"Tak apa ma pilih yang mana mama suka,Riel belanja mama."
Mama Azriel berjalan ke sudut lain. Alya pon datang menyantuni pelanggan dia tak tahu yang dia sedang layan itu bakal ibu mertuanya.
"Assalamualaikum..puan boleh saya bantu?"
"Waalaikumussalam..Boleh saya nak tengok baju nie saiz M."
"Sekejap ye saya carikan."
"Nama adik nie siapa?"tanya mama Azriel.
"Nama saya Putri Alya Maisarah.panggil Alya je puan."
"Sedapnya nama, panggil je la aunty jangan la panggil puan." kata mama azriel.
"Baiklah aunty. nie saiz yang aunty minta."
"Agak2 padan tak dengan mia ye. Riel2 sini jap." mama memanggil Azriel.
"Ye ma..kenapa?" Azriel terpandang Alya dekat tepi mama.
"Yang nie padan tak dengan Mia. Mama takut kecil je."
"Okay dah tue mama, Mia pon bukan besar mana."
"Hai Alya, mama kenalkan nie Alya kawan Riel."
"La patut la dia nie bawa mama datang ke sini rupanya ada udang di sebalik batu." ketawa mama Riel bila tengok Alya dan Azriel tersipu malu.
"Aunty nie mama Azriel ke? Maaf la aunty saya tak salam tadi." Alya berkata sambil hulur tangan.
"Mama nie la perempuan yang Riel ceritakan dekat mama, yang dah curi hati Riel." Azriel kenyit mata pada Alya.
"Cantik..nanti boleh lah kita semua pergi makan dekat area sini..boleh la mama kenal lagi rapat dengan Alya."
"Alya jangan lupa bawa sekali baby apa namanya?"
"Baby Aisy mama."
"Haaa..baby aisy mama nak kenal dengan bakal cucu mama."
Alya terkedu bila dengar mama Azriel kata macam tue.Bila masa pula dia kata mahu berkahwin dengan Azriel tue.
Alya pon masuk ke dalam office angkat Aisy yang sedang tidur dan pesan kepada staff yang dia nak keluar makan apa2 call dia.
Mereka berempat pergi ke sebuah restoran yang tak jauh dari kedai Alya. Tiba Azriel dapat call dari office dan dia kena masuk ke office ada meeting yang dia terlupa.
"Mama..Riel kena masuk office ada meeting, nanti mama nak balik mama naik grab boleh?".
"Tak apa nanti saya hantar kan aunty balik, awak pergi la jangan drive laju2 ye."
"Baiklah sayang."
"Amboi bersayang2 depan mama pula."
"Ehhh..lupa mama ada kat sini." Azriel ketawa bila dengar mamanya kata begitu. Dia pon berlalu pergi meninggalkan Alya dengan mama Azriel.
"Alya aunty tanya boleh?"
"Tanyalah aunty."
"Alya mak ayah ada lagi ke? adik beradik berapa orang?"
"Ayah saya meninggal masa saya kecil lagi...umi pula baru setahun lebih meninggal..saya anak tunggal xde adik beradik lain."
"Maaf ye aunty tanya."
"Tak apa aunty..Alya tak kisah pon, jemput makan aunty. Kejap lagi saya hantar aunty ye."
"Tak yah la Alya aunty boleh naik grab. Alya dah lama ke kenal dengan Azriel."
"Baru je lagi aunty dalam 3 bulan macam tue."
"Oo..Azriel nie dulu pernah la ada kekasih tapi kekasih dia curang dengan dia. puas dah aunty suruh dia kahwin lepas dia putus dulu tapi jawapan dia masih belum jumpa yang dia betul2 suka."
"Ohh..ye ke. Susah sekarang nak dapat lelaki yang setia nie aunty."
"Maaf ye aunty tanya kenapa Alya bercerai?"
"Saya kena fitnah aunty dengan bekas madu saya, dia kata saya curang dan mencuri barang kemas mak mertua saya, sedangkan saya tak buat semua tue."
"Allah..kesiannya Alya sabar lah ye mungkin satu hari nanti Allah gantikan dengan orang yang lebih baik."
"InsyaAllah.Saya pon selalu berdoa semoga Allah ketemukan jodoh dengan orang yang boleh menerima saya dan Aisy."
Mereka berbual dan gelak ketawa, seronok mama Azriel bila ada orang yang pandai ambil hati dan berbual dengan dia.
Selesai makan Alya hantar mama Azriel pulang ke rumah.
#Jajafiza35
#deritamilikku
Share this novel