Alya kemas kain bajunya dia letak di dalam beg tiba Zill ketuk bilik.
" Alya !! kau dah siap ke belum?"
" Sikit lagi nie."
" Cepat aku tunggu dalam kereta."
" Okay²"
Kebetulan Linda tak ada di rumah dia pergi bercuti dengan kawan²nya ke Korea. Sebab itu Zill boleh temankan Alya balik kampung.
Alya masukkan beg ke dalam kereta dan dia duduk di kerusi belakang.
" Oit..kau ingat aku nie driver kau ke? duduk depan."
" Sorry² selalukan kak Linda duduk depan."
" Dia tak ada kan so kau lah yang duduk depan."
" Baiklah."
Sepanjang perjalanan balik kampung banyak kali mereka berhenti tepi jalan, Alya mabuk kereta. Zill berasa kesian dekat Alya sampai pucat mukanya muntah.
Sampai saja di kampung Alya laju turun kereta bila dia nampak umi tunggunya di depan pintu.
" Umi...Alya rindu umi sangat²."
" Umi pon rindu anak umi nie."
" Assalamualaikum...umi sihat ke?" tanya Zill sambil salam tangan umi.
" Waalaikumussalam...alhamdulillah umi sihat."
" Kenapa muka kamu pucat nie Alya, tak sihat ke?"
" Tak lama lagi umi akan jadi nenek."
" Allah...betul ke nie?alhamdulillah.."
" Dah jom masuk, maaf lah Zill rumah umi nie buruk."
" Apa yang buruknya cantik umi nie.. janji ada tempat nak berteduhkan."
Nie kali kedua Zill datang ke rumah umi. kali pertama masa nak merisik dan bertunang. Zill lagi suka rumah kampung macam nie dia tak kisah pon rumah kayu.
Alya tunjukkan Zill bilik dia. Walaupun Alya jarang balik kampung tapi bilik dia bersih dan kemas. Zill perhatikan setiap bilik Alya cantik macam tuan dia.
Alya turun ke dapur dia ingin menolong uminya masak tengahari tapi uminya tak bagi dia menolong.
" Tak payah tolong umi, pergi rehat."
" Ala...bagi la alya tolong umi."
" Tak payah."
Alya pun akur dengan kata² uminya, dia keluar rumah dan dia ternampak pokok pelam yang sedang berbuah. Dia mencari galah untuk ambil tapi tak ada.
" Aduh macam mana nak ambil buah nie. panjat je la."
Alya lupa yang dia mengandung. Zill yang ternampak Alya cuba panjat pokok dia memanggil nama Alya.
" Sayang !! kenapa nak panjat pokok tue, biar abang yang ambil."
"Ha."Alya terkejut bila dengar Zill memanggil dengan panggilan "sayang" "abang" Zill selalu bahasakan diri aku kau.
Alya pon tak jadi memanjat dia duduk dekat pangkin yang ada di bawah pokok.
Zill ternampak penyapu sampah dia ambil dan dia gunakan untuk ambil buah tersebut. Dia basuhkan dekat paip yang ada dekat situ dia bagi dekat Alya.
" Nah."
" Thanks awak."
" Welcome."
" Ehh...tak masam ke sayang makan macam tue?"
" Haa..hemm tak masam pon nak rasa."
" Tak naklah. nanti sakit baby dalam perut tue."
" Nie baby yang nak makan."
Umi memanggil mereka berdua masuk dalam rumah makan tengahari. tiba terdengar kereta berhenti depan rumah.
Makngah dan Azlira anak perempuan makngah, Alya dengan Azlira tak ngam sejak dari kecil.
Azlira suka dengki dengan Alya, dia suka buli Alya masa kecil dan suka ambil barang yang nenek bagi kepada Alya.
" Assalamualaikum." mak ngah beri salam.
" Waalaikumussalam..Masuk lah ngah."kata umi
" Ehhh...ada Alya dengan Zill bila sampai? "
" Tadi sampai." Alya memandang ke arah Azlira. Azlira buat gaya gedik salam dengan umi.
" Alya berisi je badan,dah ada ke nie?"
" Haah...ngah baru nak masuk 3 bulan."kata umi.
" Ooo..ye ke...tahniah la."
" Terima kasih mak ngah, mak ngah jemput makan."
" Ehh...makan lah, mak ngah dah makan tadi."
" Alya kau duduk dekat KL dekat mana? kau kerja lagi ke?"
" Aku duduk dekat sunway, tak kerja dah. kau duduk mana?"
" Aku duduk puchong."
" Alya hensem laki kau kan. Boleh la kongsi dengan aku."
" Kau try la tackle kalau dapat boleh la bermadu,kalau tak bye²."
" Okay aku try okay."
" Kalau muka tak tahu malu kau try la..kalau dia tak layan nanti jangan menangis tepi katil dah la."
" Kita tengok okay." Azlira terus bangun duduk dekat sofa.
" Hai awak.!!"
" Heh.."Azlira terus bla dari situ bila Zill langsung tak ada respond nak layan dia.
" Padan muka, semua yang aku ada semua kau nak."
Zill tetdengar perbualan Alya dengan sepupunya itu, dia terkedu bila dengar Alya kata macam tue.
Malam tue Alya tidur awal dia penat. Zill tengok tv dengan umi.
" Zill kalau Alya ada buat salah dan silap Zill tegur dia ye."
" Tak ada lah umi sepanjang kami suami isteri Alya tak ada buat silap pon."
" Zill tolong jaga Alya ye, dia satu² nya anak umi. umi dah tak ada sesiapa selain Alya."
" InsyaAllah umi..Zill akan jaga Alya sebaik yang mungkin."
" Alhamdulillah..umi bersyukur dapat menantu baik macam Zill."
Zill tersenyum bila dengar umi kata begitu, kalau uminya tahu Alya tue dah macam orang gaji dalam rumah tue, confirm uminya tak bagi Alya tinggal dengan dia lagi.
" Umi saya masuk bilik dulu ye."
" Pergilah kamu pun penat bawa keret jauh tadi."
" Selamat malam umi..assalamualaikum."
" Waalaikumsalam."
Zill pun berlalu masuk ke bilik dia menatap muka Alya yang sedang tidur, nampak muka Alya pucat keletihan.
Baru saja Zill nak baring tiba dia terdengar alya mengerang.
" Hemm..hemm.." kepala Alya pusing ke kiri kenan dahi Alya basah dengan peluh. tangan Alya pula menggengam selimut dengan kuat. Zill cuba kejutkan Alya tapi dia tak sedar.
" Alya !! wake up. Alya !!"
" Sayang!! Sayang!!"
" Jangan ambil anak aku."Alya terus terduduk dan dia menekup mukanya.
" Alya abang nie, buka tangan tue tengok sini. ni abang lah."
Alya buka tangannya dia nampak.Zill terus dia peluk menangis.Zill balas balik peluk dia tak tahu mimpi apa yang Alya dah alami.
Alya terlena kembali dalam pelukkan Zill, Dia baringkan Alya dengan pelahan dia merasa dahi Alya panas.
" Ya Allah panasnya."
Zill bangun dia turun ke dapur ambil air dan kain tuala dalam bilik Alya dia letakkan di atas dahi Alya.
Dia rasa bersalah kerana selama nie dia banyak sakitkan hati Alya tapi Alya tak pernah marahkan dia.
#Deritamilikku
#Jajafiza33
Share this novel