PART 6

Family Completed 34166

Selepas seminggu kejadian kemalangan itu Puan Sri Maizura telifon Alya tanya khabar. Niat sebenar Puan Sri nak ajak Alya temankan pergi butik beli baju dinner syarikat suaminya nanti.

" Assalamualaikum..Alya nie aunty Zura, Alya sihat? macam mana luka dah sembuh ke? kalau belum jom aunty bawa pergi klinik."

" Waalaikumussalam...alhamdulillah saya sihat je aunty, saya pun dah start kerja dah.aunty sihat?."

" Alhamdulillah...aunty sihat je..Alya tengah buat apa tue, busy ke?kalau tak busy aunty nak ajak Alya teman aunty pergi satu butik nie, aunty nak beli baju untuk dinner."

" Tak busy pon aunty, pukul berapa aunty nak datang atau kita jumpa dekat butik tue je."

" Ehh...tak apa aunty datang ambil Alya, dalam setengah jam lagi Aunty sampai."

" Okay aunty." kata Alya

Alya bergegas naik ke biliknya dan bersiap. Imah menjerit panggil Alya.

" Alya cepat tue orang tue dah sampai dah tue."jerit imah dari tangga memanggil Alya.

" Ye² aku nak turun la nie." Alya capai handbeg dan berlari anak turun tangga.

" Bye Imah aku keluar dulu.." Alya berkata sambil berjalan menuju ke pintu.

" Okay lek lok." kata Imah.

Alya pon laju menuju ke arah kereta velfire Puan Sri Maizura. Dia memberi salam sebaik saja pintu kereta terbuka.

" Assalamualaikum..aunty"Alya hulur tangan salam dengan Puan Sri.

" Waalaikumussalam..Alya, kita pergi makan dulu ye lepas tue kita jalan² dekat mall after that kita pergi butik yang aunty cakap tue."kata Puan Sri sambil memegang tangan Alya.

" Alya ikut je" dengan senyuman yang manis.

" Alya kalau aunty nak jadikan Alya anak angkat aunty boleh?" Puan Sri berharap sangat yang Alya setuju.

" Haaa...kenapa aunty pilih saya, segan lah saya." kata Alya

" Nak segan buat apa. Aunty dari kali pertama jumpa dan tengok Alya aunty dah berkenan nak jadikan Alya anak aunty." Puan Sri memandang tepat dalam mata Alya.

" Hihihi...Saya nie bukan cantik mana pun aunty." kata Alya sambil tersenyum tipis.

" Bagi aunty dah cukup sempurna dah..Alya baik, sopan santun, hormat orang tua, cantik pula tue. cukup lengkap semua ada dekat Alya. Betul tak Pak Mail?" Puan Sri tepuk tangan Alya sambil tersenyum.

" Betul tue Puan..saya kalau ada anak lelaki saya dah ambil cik Alya nie menantu saya." Pak Mail pandang ke arah Alya melalui cermin belakang.

" Malu saya aunty puji macam tue."merah pipi Alya bila dipuji.

" Start hari nie Alya panggil aunty mama tau. Nanti mama nak bawa Alya balik rumah mama, mama nak kenalkan dengan anak² mama dan papa anak baru mama nie." Puan Sri cuit pipi Alya.

" Baik la mama. kekok pula rasa nak panggil mama selalu panggil aunty je." Alya gelak malu.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience