Part 48

Family Completed 34166

Sedang Alya berehat dalam bilik, dia terjaga bila terdengar bunyi riuh rendah bising dekat ruang tamu. Rupanya kakak² dan adik Zill ada datang rumah.

Alya pon keluar dari bilik dia pergi ke ruang tamu, kakak sulung Zill datang peluk Alya. Dia mengusap perut Alya.

" Bila due nie? sarat sangat dah nie akk tengok."

" 4 minggu lagi kak."

" Tak lama dah tue, jaga² Alya takut nanti keluar awal pula baby nie.Zill jaga Alya elok² dah tak lama dah nie nak keluar baby."

Zill hanya memandang ke arah kakak dan tersenyum. Alya memandang ke arah Zill mata dieorang bertemu. Zill terus berubah muka.

" Tak apa kak, Alya boleh jaga diri kat sini mama papa ada bibik ada."

" Bagus juga Alya duduk sini, kalau duduk dekat rumah tue, takut tiba² nak beranak tak ada orang nak tolong pula."

Alya hanya tersenyum.

" Amboi..ramainya yang risaukan Alya nie, pandai la dia jaga diri sendiri kan Alya?" kata Linda dengki bila ramai yang ambil berat tentang Alya.

" Hah...haaahh..."

Tak lama kemudian Puan sri dan Tan sri sampai dari melaka. Puan sri laju pergi dekat Alya dan gosok perut Alya.

" Assalamualaikum...cucu nekda sihat ke?"

" Ehh...baby tendang tangan mama lah."
seronok mama bila baby bagi tindak balas.

Linda buat muka meluat bila Puan sri bagi lebih perhatian kepada Alya. Dia tak suka bila Puan sri lebih kan Alya. Dia pon bangun dan terus naik ke bilik.

Mama minta diri naik ke atas dulu nak mandi dan berehat sekejap.

" Mama naik ke atas dulu la nak mandi."

" Okay ma."

Mereka semua berbual di ruang tamu, Alya bangun dia minta diri untuk pergi mandi dan solat zuhur.

Puan sri masuk ke bilik dan dia duduk di depan meja solek dia tanggal tudung dan rantai leher dia letak di atas almari sebelum simpan ke dalam bekas barang kemasnya.

Dia menuju ke bilik air mandi dan solat.Setelah selesai dia buka almari untuk ambil bekas barang kemas puas dia geledah almari tapi tak jumpa.

Jantung Puan sri berdegup laju, Tan sri masuk ke dalam bilik dia melihat isterinya tercari² sesuatu dalam almari.

" Sayang cari apa tue?"

" U ada nampak tak bekas barang kemas i dalam almari nie."

" Kan semalam u letak dalam tue."

" Tak ada nie,ada yang ambil ke nie."

" Siapa pula nak ambil sebelum nie elok je kan ada dalam bilik nie."

" Itu la...banyak barang i dalam tue u."

" Bibik...bibik...bikk!" Puan sri menjerit panggil nama bibik sambil turun tangga.

" Ya..Madam."

" Ada masuk bilik saya ke semalam?"

" Tak ada madam."

" Kenapa mama?" tanya anak sulung Puan sri.

" Bekas barang kemas mama hilang, ada yang masuk bilik mama ke?"

Linda yang dengar mama menjerit² panggil bibik dia pon buka pintu mengintai mendengar apa yang Puan sri mahu tanyakan pada bibik.

Dalam hati dia berkata ' Habis lah kau Alya..hari nie aku akan kenakan kau habis habisan.' Linda turun tangga dan dia berkata.

" I tahu siapa yang ambil."

" Siapa? kamu jangan nak main tuduh je Linda." kata kakak Zill

" Nak tuduh apa kak. nak i tunjukkan bukti ke?"

Linda laju berjalan ke bilik Alya, dalam hati dia sudah seronok sebab hari nie penamat la hubungan antara Zill dan Alya. Confirm mama and family Zill akan benci Alya.

#jajafiza33
#Deritamilikku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience