Puan sri telifon Zill, dia minta Zill untuk datang ke restoran, dia tak sabar untuk menceritakan hasrat dia pada Zill.
" Assalamualaikum...mama dah lama tunggu ke?"
" Waalaikumussalam.. Tak lama pun baru 10 minit."
" Sorry Zill lambat, jalan jem."
" Its okay. Zill order dulu." Zill panggil waiter dia order makanan dan minuman.
" Ada apa mama nak jumpa Zill dekat sini. kenapa tak cakap dekat rumah je."
" Zill mama cakap Zill jangan marah ye."
" Mama cakap la."
" Janji tak marah ye."
" Ye..Zill janji tak marah."
" Mama...mama nak jodohkan Zill dengan Alya, dia baik,sopan santun,hormat orang tua, bagus dari sikap nya pandai masak. mama berkenan sangat dengan Alya."
" Hemm..Zill dah agak dah mama mesti nak cakap soal nie, kalau tak mana mahu mama ajak Zill keluar makan tengahari nie."
" Zill mama harap sangat Zill setuju.mama nak sangat Alya jadi sebahagian keluarga kita."
" Ma...Zill kan dah ada Linda,Zill sayang sangat dekat Linda. Mana mungkin Zill boleh kahwin lain."
" Zill mama merayu sangat Zill setuju dengan cadangan mama..mama nak cucu dari Zill.mama takut mama tak sempat nak tengok anak dari zuriat Zill."
" Mama bagi Zill masa untuk fikirkan semua nie.,zill kena fikir soal Linda macam mana Zill nak cakap dengan dia."
" Boleh Zill , nanti Zill beritahu mama ye.Kalau boleh cepat sikit jangan lama² buat keputusan.mama harap Zill setuju lah."
Zill hanya mengangguk, dia tak lalu nak makan bila fikir soal itu, dia pening untuk buat keputusan.
Zill balik ke rumah dan dia duduk di atas sofa, dia memejamkan matanya.
" Sayang u dah balik." Linda mengoda suaminya.
" Hemm..i penat nie."
" Sini i urut u. u dah makan ke?"
" Dah...dengan mama tadi."
" U jumpa mama tak bagitahu i pon."
" Sorry i nak cepat tadi."
" U nie kan lepas balik jumpa mama mesti jadi macam nie.kenapa? ada masalah ke?"
" I penat la nak jawab soalan..nanti boleh tak u tanya i nak berehat." Zill bangun dia terus berjalan naik ke atas dan masuk bilik.
" Tanya pon salah ke?" Linda tak puas hati.
Malam tue Zill termenung dibalkoni rumah. Permintaan mamanya terngiang² di kepalanya. Dia fikir macam mana mahu nak cakap dengan Linda.
#Deritamilikku
#jajafiza33
Share this novel