PART 3

Family Completed 34166

Selesai saja rawatan di klinik Pak Mail hantar Alya pulang ke rumah. Semua kos perubatan di tanggung Puan Sri Maizura. Alya mahu bayar tapi di halang oleh Puan Sri Maizura.

" Putri Alya Zehra Binti Abdul Zaki." panggil nurse yang jaga kaunter ubat.

" Ye...saya" Alya bangun dan terus pergi ke kaunter ubat.

" Cik ini ubat tahan sakit makan 2x sehari selepas makan ye, nie ubat sapu pada luka 2x sehari juga dan nie mc cik doktor bg 3 hari mula hari nie..semua sekali rm100." terang nurse tersebut

" Alya tak apa biar aunty yang bayar."

" Ehh...aunty tak apa la biar saya yang bayar,"

" La tak apa la..aunty yang buat kamu jadi macam nie. Biar aunty yang bayar."

" Malu saya dengan aunty, dah hantar saya ke klinik pastu bayar bil saya pula."

" Tak apa...berapa tadi cik." Puan Sri tanya semula kepada nurse tadi.

"Terima kasih ye aunty."

" Sama² Alya dah jom aunty hantar kamu balik."

" Tak apa la puan saya boleh naik grab je. Saya tak nak susahkan Aunty lagi."

" Kan aunty cakap aunty yang menyebabkan awak jatuh motor so aunty yang akan hantar awak pulang."

" Baik la kalau macam tue."

Dalam kereta Puan Sri Maizura asyik memandang ke arah Alya dan cuba untuk mengetahui mengenai keluarga Alya.

Dari pandangan Puan Sri Maizura Alya seorang yang baik, hormat orang tua, murah dengan senyuman dan sopan santun.

" Alya boleh tak aunty nak tanya sesuatu pada Alya."

" Boleh...apa dia aunty?"

" Alya berapa orang adik beradik? kampung dekat mana?."

" Kampung saya dekat Pahang aunty. saya anak tunggal tak ada adik beradik lain."

" Ohh.. ye ke..ayah Alya masih ada?"

" Ayah saya dah lama meninggal dunia dari saya kecil lagi.Umi yang besarkan saya seorang diri."

" Aunty saya macam pernah tengok aunty tapi dekat mana ye." Alya baru perasan yang dia macam pernah jumpa Puan Sri Maizura
tapi dia tak ingat dekat mana.

" Haa...saya pernah nampak aunty dekat restoran ikan bakar aina...masa tue aunty dengan keluarga aunty kan."

" Ohhh...aunty tak cam pula Alya."

" Hihihi...seronok saya tengok aunty berbual dengan anak²aunty.."

" Anak² aunty memang gitu happening kalau dapat jumpa semua bising satu tempat."

" Bestnya kalau dapat adik beradik ramai macam tue..saya nie seorang je tak ada kakak untuk saya kongsi rahsia saya."

" Jangan la sedih nanti kalau Alya free datang je rumah aunty kita borak²."

" InsyaAllah aunty."

Alya berasa selesa berbual dengan Puan Sri Maizura, dia tak rasa kekok untuk bergelak ketawa dengan Puan Sri Maizura.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience