Tepat pukul 8 malam Alya dan Imah sampai dilobi hotel. Alya suruh Imah duduk dimeja lain dekat cafe bersama Aisy.
Zill datang ke arah Alya dan dia mengajak Alya untuk naik ke atas sebab mama Zill ada tunggu dekat atas.
"Lah awak kata kita nak jumpa dekat cafe je?kenapa nak kena naik kat atas pula?"
"Mama tiba pening dan mama tunggu dalam bilik hotel."
"Awk bawa je la turun barang tue, saya nak cepat nie."
"Sekejap je, sian mama nak sangat jumpa Alya."
"Tak nak lah..kalau awak tak nak ambil dekat atas nanti2 la kita jumpa lagi..saya nak kena cepat nak ambil anak saya dekat kawan saya."
"Alya sekejap je, saya janji kesian dekat mama , dia nak jumpa awak nak borak dengan awak."
"Okay la sekejap je, tapi saya nak pergi tandas dulu."
"Okay sayang."
Alya beri alasan nak ke toilet kemudian Alya cepat2 call Imah dan minta Imah call Amri dan Azriel suruh datang ke hotel sekarang. Dia rasa tak sedap hati.
"Imah kau call Amri dan Azriel suruh datang sini sekarang. Aku tak sedap hati la."kata Alya pelahan dalam tandas
"Kenapa?" Imah bertanya pelik.
"Tah la kau buat je apa yang aku suruh buat. Aku cuba lengahkan masa nie. Zill ajak jumpa mama dia kat bilik, aku tak nak tapi dia cakap lama dah mama dia tunggu."
"Kau bagi la alasan yang kau tak nak naik."
"Aku dah bagi tahu yang aku tak nak naik, tapi dia cakap sekejap je lepas jumpa mama dia nanti kiteorang turun lah. Kau call dieorang Cepat sikit ye." Alya desak Imah suruh call cepat.
"Okay2 aku call sekarang.kau duduk la lama2 sikit dalam toilet tue."
Lepas saja Alya letak telifon Imah terus call suami dia dan Azriel suruh datang ke Hotel Sunflower. Mereka Ambil masa 20minit nak sampai ke hotel.
Selepas 15 minit Alya duduk dalam tandas dia pon keluar. Zill setia menanti dengan muka yang gembira.
Mereka berdua berjalan menuju ke lif. Alya sekejap dia pandang ke belakang. Kalau awal Azriel sampai lagi bagus boleh teman dia naik ke atas.
"Ting." lif berbunyi. mereka berdua pon masuk je dalam lif.
Dalam masa yang sama Alya berdoa semoga tiada perkara yang tidak baik berlaku.
Sampai saja depan pintu bilik hotel Zill buka pintu dan dia suruh Alya masuk, tapi Alya tak nak masuk. Dia tarik tangan Alya dan tolak Alya sampai Alya jatuh tersungkur.
"Zill kau nak buat apa nie? lepaskan aku, aku nak keluar."jerit Alya dan dia bangun pergi ke pintu nak buka tapi dihalang oleh Zill.
"Alya dah tak boleh nak lari dari abang. Alya milik abang . Nanti abang boleh kahwin semula dengan Alya. Abang minta secara baik tapi Alya tolak." kata Zill sambil peluk Alya.
"Aku tak nk kahwin dengan kau. Aku benci kau sepatutnya aku tak maafkan kau dan tak percaya dengan kau. setan" Alya cuba lepaskan diri dari pelukkan Zill.
"Alya nk panggil apa pon panggil la. Abang terima je."Zill saja letakkan mukanya atas baju Alya.
Alya cuba nak lari ke pintu bilik tapi Zill cepat tangkap dan tolak Alya ke katil.
"Lepaskan aku la setan." Jerit Alya. airmata Alya mengalir laju.
"Alya sayang dah tak boleh lari lagi." Kata Zill dia tekap tangan Alya atas katil.
Alya sepak kaki Zill kemudian Zill terlepas pegangan tangan Alya dia berang dia kejar Alya dan dia lempang pipi Alya.
Tepi mulut Alya berdarah, Alya merayu pada Zill supaya lepaskan dia. Dia dah tak larat nak meronta.
"Zill tolong lepaskan aku. Aku merayu pada kau tolong lah."Alya menangis dia dah tak boleh nak melawan dia rasa lemah.
"Abang takkan lepaskan Alya. Tunggu sekejap je lagi JAIS datang lepas tue kita kahwin."kata Zill.
"Kau dah gila ke apa? aku tak nak kahwin dengan kau. Tolong lah." Alya menjengil biji mata sambil marah pada Zill
"Ting Tong."bilik Zill berbunyi dengan pantas dia buka pintu.
"Bukkk." Azriel tumbuk muka Zill.
"Jantan tak guna sampai macam nie sekali kau buat untuk dapatkan Alya kan." Jerit Azriel.
"Bukkk..bukk." bertubi2 Azriel tumbuk Zill di muka dan perut. Amri tarik Azriel dia takut nanti mati si Zill kena dengan Azriel.
"Alya kau tak apa2? Ya Allah berdarah." tanya Imah sambil dukung Aisy.
"Imahhhh.." Alya peluk Imah sambil menangis.
"Azriel dah2 kau bunuh dia pon tak ada guna. Dah jom keluar." Kata Amri sambil pegang badan Azriel.
Azriel dukung Alya yang dah tak larat nak berjalan, badan Alya lemah kepenatan.
"Alya tunggu abang."jerit Zill.
"Alyaaaaaa.!!"Zill menjerit dengan kuat
#jajafiza35
#deritamilikku
Share this novel