Kandungan Alya sudah masuk 7 bulan, ada je benda yang Linda tak puas hati dengan Alya. Lepas saja Zill keluar pergi kerja mesti Linda akan suruh Alya buat kerja rumah.
" Ehh...u Alya nie u kata dah bersih, u tengok betul²."
" Tadi saya dah bersihkan kak Linda."
" Kalau u dah bersihkan mesti dah tak ada habuk. U nie saja kan nak bagi i marah."
" Betul kak saya dah lap tadi, macam mana ada lagi habuk dekat situ."
" U boleh tanya i, u nie buta ke apa?" Linda tarik rambut Alya.
Alya mengerang kesakitan apabila rambut dia di tarik Linda.
" Aargghh...sakit kak Linda."
" U jangan nak main² dengan i okay. now i nka u lap semula."
" Baik kak saya lap." mengalir airmata Alya.
" Kalau pemalas tue, pemalas juga..u tak lap cakap lap, kejap lagi i turun kalau i tengok ada lagi habuk siap u, muka u i guna buat lap habuk tue."
Alya menangis sambil mengelap semula meja, dia berfikir tadi dah tak ada habuk. dia dah lap dekat meja tue.
Linda naik ke biliknya semula, dia fikir idea untuk buat Zill benci pada Alya pula. Dia puas hati hari nie dapat tarik rambut Alya.
Zill balik kerja mesti dia akan jumpa Alya dulu, dia akan tanya khabar Alya.
" Assalamualaikum...sayang."
" Waalaikumsalam...abang dah balik, abang nak makan ke?"
" Kejap lagi lah, abang nak borak dengan anak abang yang dekat dalam nie dulu."
" Isshhh...pergi lah mandi dulu."
" Kejap lah.. hai anak daddy sihat ke? hari nie mummy ada buat kerja berat tak? haaa...ada.. kerja apa mummy buat? mummy nak kena dengan daddy nie."
" Ehh...memandai je abang nie."
" Tengok anak abang ngadu, sayang buat kerja berat hari nie."
" Tak ada lah abang."
" Bagus lah kalau macam tue, okay lah abang pergi mandi dulu ye."
" Okay..saya siapkan makanan untuk abang dulu."
" Okay."
Sebaik saja Zill keluar dari bilik, air mata Alya keluar, Zill macam tahu saja yang Alya buat kerja berat dekat rumah. Kalau ikut hati mahu saja dia mengadu apa yang Linda buat dekat dia. Tapi dia bukan perempuan macam tue yang suka mengadu.
Setelah Zill siap makan, Alya kemas di atas meja makan, Linda pula datang duduk berkepit sebelah Zill.
" U nie kan cuba tolong Alya buat kerja rumah. U dah tahu kan yang Alya mengandung so apa salahnya u tolong Alya kemas rumah."
" Kenapa pula i yang kena tolong, u tahukan i tak pernah dan tak boleh kena habuk atau sabun nanti habis lah kulit i yang cantik nie."
" Tak payah nak jaga sangat kulit tue, u tue patutnya jaga i nie."
" Haiii....i nie tak jaga u ke? hari² i belai u bagi u cukup nafkah batin."
" Maksud i u kena la masak, kemas rumah, jangan lah semua nak harap orang buatkan..u tue isteri pertama i.. i nak juga rasa air tangan u masak."
" U kan tahu i tak suka masak dan sampai bila² pon i takkan masak."
" Sampai bila u nak macam nie.penat i cakap dengan u nie."
" Sampai bila²."
Zill malas nak layan Linda dia terus bangun dan berlalu ke dapur. Linda merengus bila Zill tarik tangan dan bangun dari situ.
" U nak pergi mana?"
" I nak tolong Alya kemas dapur."
" Tak payah la.. u teman lah i dekat sini...U!! Zill !"
Zill buat tak tahu dan dia berlalu ke dapur dan menolong apa yang patut. Mereka berdua gelak ketawa di dapur. Linda di ruang tamu panas telinga mendengar.
" U tunggu Alya.."
Linda bengang dan dia terus bangun naik ke bilik, lagi lama dia duduk dekat bawah lagi panas hati dia dengar mereka ketawa.
#Deritamilikku
#Jajafiza33
Share this novel