Pagi tue Alya bangun tiba kepala terasa memusing, dengan tekak rasa loya. Dia pelik kenapa jadi macam tue sebelum nie kalau dia lewat datang bulan tak ada pon rasa macam tue.
Alya usaha bangun dari katil dan dia berjalan ke tandas untuk ambil wuduk nak solat subuh. Alya tersalah pegang dia terjatuh dan pengsan.
" Oii bangun asal u tidur sini? Alya bangun lah.. Alya!!" Linda panggil nama Alya, dia terkejut bila Alya tak bergerak walaupun dia tolak badan Alya guna kaki.
" Sayang cepat turun!" jerit Linda dari tangga.
" Kenapa dengan u nie terjerit² pagi nie."
" i rasa Alya pengsan."
" Haa...dekat mana."
" Tue dekat dapur."
Mereka berdua berlari menuju ke dapur, Zill pangku kepala Alya dan Linda mengambil air. Dia letakkan ke dalam mangkuk dan diberikan kepada Zill.
" Alya bangun!! Alya kau dengar tak?"
" I rasa kena bawa dia pergi klinik la u."
" Okay.. u tolong buka pintu dan ambil beg Alya."
" Okay sayang."
Zill membawa Alya ke klinik, sampai ke dekat depan klinik Alya terjaga tapi kepala dia masih lagi pening.
" Auchh..kenapa saya ada dalam kereta nie? kita dekat mana nie?" Alya beraduh kepalanya masih sakit.
" Kau pengsan tadi, nie aku bawa kau pergi klinik. Dah cepat turun."
Alya keluar dari kereta, dia menutup pintu kereta baru beberapa langkah kepalanya pusing kembali selamat Zill ada di belakang Alya dan dia sambut Alya.
" Kau nie kenapa? pucat je muka."
" Tak tahu. kepala saya sakit sangat."
" Nie boleh jalan ke tak nie?"
" Saya cuba."
Sampai dalam klinik Alya duduk di kerusi , Zill ke kaunter klinik untuk daftar. Sampai saja turn Alya Zill papah Alya masuk ke dalam bilik doktor.
" Silakan duduk puan.Kenapa ye?" kata doktor perempuan itu kepada Alya.
" Doktor kepala saya pening , loya tekak dgn perut saya rasa perit."
" Puan ada salah makan ke?"
" Tak ada pula doktor. tapi bulan nie saya dah lewat datang bulan."
" Kalau macam tue kita buat ujian air kencing dulu la."
" Baik doktor, nie bekas nya puan kencing dalam nie dan letak dekat kaunter di luar nanti doktor panggil masuk semula."
" Baik nurse."
Alya pon pergi ke tandas Zill nak teman tapi Alya tak bagi.Setelah selesai dia pon letak di atas kaunter yang nurse tue cakapkan.
Doktor panggil Alya dan Zill masuk semula ke bilik doktor.
" Duduk puan Alya."
" Apa result nya doktor?"tanya Zill.
" Tahniah..encik bakal jadi ayah."
" Betul ke doktor? Alhamdulillah." kata Alya.
" Ye.. betul, kandungan Puan Alya dah masuk 12 minggu Puan Alya jangan buat kerja berat ye."
" InsyaAllah doktor."
Zill keluar sambil memimpin Alya, dan mereka duduk di kerusi yang ada. Alya mengosok perutnya sambil tersenyum.
" Jangan nak senyum sangatlah, jaga kesihatan awak dengan baik."
" InsyaAllah..dalam nie dah ada baby mestilah saya akan lebih berhati²."
" Bagus."
" Awak hari jumaat saya nak balik kampung nak jumpa umi."
" Kau nak balik naik apa?"
" Naik grab jela."
" Tak payah kau balik dengan aku je."
" Okay awak..thanks."
" Hemm..okay "
" Jangan cakap dengan Linda yang kau mengandung tau."
" Kenapa? "
" Biarlah dulu tunggu masa yang sesuai baru cakap."
" Okay."
Dalam kereta Alya telifon Puan sri, Puan sri excited bila dengar berita tersebut. Puan sri nak buat kenduri kesyukuran tapi Zill minta ditangguhkan dulu takut nanti Linda kecil hati.
Mereka balik ke rumah, sampai saja Linda tunggu depan pintu rumah. Dia tak sabar nak tahu kenapa Alya pengsan pagi tadi.
#Deritamilikku
# Jajafiza33
"
Share this novel