Part 21

Drama Completed 35363

Linda balik dari Luar Negara pagi nie. Zill awal lagi dah keluar pergi ke airport ambil Linda. Alya bangun turun ke bawah untuk tolong masak sarapan pagi.

" Alya awal Zill keluar hari nie.. Dia pergi mana?"

" Dia ada kerja sikit katanya."

" Tak sempat nak sarapan dianya..ishh"

" Tuela tadi suruh dia tunggu juga tapi dia kata dah lewat." Alya berbohong sedangkan dia sendiri tak tahu Zill ke mana.

" Alya duduk dengan mama je la ye."

" Boleh je tapi kena tanya abg Zill la."

" Okay dia balik nanti mama tanya dia."

Linda melambai ke arah Zill, sampai je dekat Zill laju dia memeluk suaminya.

" I rindu dekat u sayang."

" I pon sama, rindu sangat."

" Jom kita pergi makan dulu i lapar nie."

" Isteri baru u tak masak ke? sian baby i nie lapar."

" Jangan buat mood i tak baik la..malas i nak cakap pasal dia."

" Okay² baby."

Mereka berjalan ke sebuah restoran di dalam kawasan KLIA. mereka berdua duduk makan dulu sebelum balik ke rumah mama.

Selepas saja mereka berdua siap makan mereka pulang ke rumah mama, mama terkejut ada Linda sekali.

" Ehh...Linda bila sampai."

" Baru je tadi, Zill ambil i dekat airport."

" Seronok pergi bercuti."

" Seronok sangat kalau ada Zill lagi seronok."

" Zill pon seronok dekat sini dapat isteri sorang lagi."

" Oh..ya mana madu i, i nak tengok."

Tak lama kemudian Alya datang bawa jug air dan cawan ke ruang tamu. Dia dah biasa kalau ada tetamu datang mesti hidangkan air.

" Hai..kak Linda sihat ke?"
" Oh...i terlebih sihat, u sihat ke? i tengok u pucat je."

" Saya sihat je kak."

" Zill mama nak si Alya nie tinggal dekat rumah mama ye."

" La mama Zill dah bincang dengan Linda buat sementara nie kami nak ajak Alya tinggal dengan kami sampai la rumah kondo tue siap."

" La ye ke..tak apa lah kalau macam tue."

" Alya okay ke? kalau Alya tak nak tinggal je la dengan mama."

" Ha...okay je mama." zill bulatkan mata kepada Alya, jadi Alya pon kena setuju apa yang Zill katakan.

Selepas makan tengahari mereka bertiga balik ke rumah bunglow yang Zill dan Linda tinggal. Sebaik saja sampai Linda tunjukkan bilik bawah yang paling kecil dan selerak.

" Alya ni bilik awak ye., maaf la rumah nie tak banyak bilik." Linda saja je kata begitu.

" Eh...tak apa lah...mana² pon boleh."

" Dulu nie bilik bibik, tapi bibik kami dah berhenti kerja."

" Oooo...ye ke.. so tak ada orang yang buat kerja rumah ke?"

" Buat masa sekarang tak ada..tapi i rasa u boleh kot kemas and masak untuk kiteorang."

" InsyaAllah boleh je saya tolong sikit² sementara kak Linda nak dapat pembantu lain."

" Bagus lah kalau macam tue.. Okay lah u kemas lah dulu bilik, i naik bilik i dulu."

" Sayang tunggu lah i." Linda berlari naik tangga mengejar Zill.

Alya hanya memandang ke arah mereka berdua, mesra sangat Zill layan Linda, lain dari Zill melayan dirinya bengis.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

husmafiq enterprise
2023-02-09 23:09:52 

apa la alya ni macam xlaku sangat sanggup bermadu...tsk tsk..


NovelPlus Premium

The best ads free experience