PART 9

Family Completed 34166

Keadaan dalam dewan sangat bising apabila artis jemputan sedang nyanyikan lagu dan ramai staff ikut menyanyi bersama.

Dalam ralik Alya melihat penyanyi itu, tiba ada suara bertanya soalan kepada nya.

" Alya tinggal di mana?" tanya nur maizatul anak sulung Puan Sri kepada Alya

" Saya tinggal dengan kawan saya dekat bangsar."kata Alya.

Puan Sri Maizura mempunyai 4 orang anak 3 perempuan seorang lelaki. Anak no 3 Puan Sri tak ada di malaysia.

" La tak jauh la dari rumah kak long." kata Nur Amiza pula anak bongsu Puan Sri.

" Ohh..ye ke..kak long kerja dengan papa ke?"

" Tak lah kak long kerja sendiri, kak long ada buka butik baju muslimah. Nanti kalau Alya free datang la dekat butik kak long." kata Miza, Miza seorang yang peramah macam Puan Sri.

" InsyaAllah...kak long nak tanya yang tue siapa?" sambil menjuih mulut ke arah meja di depan mereka.

" Itu adik lelaki kak long Mohd Zill Fazril dalam keluarga kak long dia seorang je lelaki yang lain semua perempuan..yang dekat sebelah dia tue isteri dia...mama tak berapa suka dengan isteri dia, tengok dari segi pakaian dia dari segi bercakap dia tak reti hormat orang dah la sombong kalau datang rumah mama dia bukan nak tolong dekat dapur." bebel kak long bercerita pasal Linda.

" Macam merpati dua sejoli saya tengok. romantik sangat."

" Romantik tak bertempat si Linda tue memang gedik orangnya. Depan² kami pon boleh dia cium peluk Zill tau la tue laki kau tapi beragak la." kak long macam nak lepaskan geram bila bercakap pasal mereka berdua.

" Kak long pon tak buat macam tue depan adik beradik, kita nak romantik ke nak cium peluk buat dalam bilik sudah la..sekali pandang menyampah pula kak long tengok."

Alya hanya tersenyum memandang Miza.

" Nanti datang la rumah mama boleh kenal dengan semua ahli keluarga." kata Miza dia cuba tukar topik.

" InsyaAllah.." Alya senyum memandang kak long.

Alya pandang ke arah Zill dan Linda, dia baru teringat yang dia nampak pasangan yang pegang tangan tadi itu adalah mereka berdua anak dan menantu Puan Sri Maizura.

Alya bangun dia mahu ke tandas, sampai di pintu dewan alya terlanggar seseorang.selamat dia dapat imbangkan badan kalau tak mesti dia dah terjatuh.laju saja Alya minta maaf.

" Minta maaf cik"

" Lain kali jalan tue mata pandang depan bukan padang kiri kanan."

" Maaf cik."

Linda berjalan meninggalkan Alya di depan pintu dewan dengan berlagak sekali.

" Orang dah minta maaf bukan aku sengaja pon nak langgar kau." omel Alya.

Setelah selesai majlis itu Alya berjalan dengan Puan Sri dan Miza. Sampai di lobi hotel anak² Puan Sri ada di sana.

" Okay all nie mama nak kenalkan pada you all, Alya anak angkat mama and papa."

Anak perempuan Puan Sri salam dan peluk alya, tapi menantu dia langsung tak nak pandang Alya mungkin sebab marah pasal dia langgar tadi.

" Selamat datang ke family kami." kata Zill sambil hulur tangan tapi laju je Linda tarik tangan Zill.

Zill pon marah dengan tindakan Linda. Mama Dia pula yang perli pada Linda.

" Kenapa Linda tergugat ke?" kata mama sambil tersenyum sinis.

" Tak la mama...i cuma tak suka bila suami i nie nak sentuh tangan kotor. entah ada bawa penyakit ke, kang terkena pada suami i pula."

" Alhamdulillah setakat nie saya tak salam dengan orang yang bukan muhrim dengan saya. cik Linda jangan risau ye." setepek Alya perli balik kata² Linda.

Linda bengang dengan kata² Alya, dia terus tarik tangan Zill dan pergi dari situ.

" Padan muka tue la mulut tue tak ada insuran main suka hati nak cakap je." kata kak long.

Puan Sri hanya tersenyum bila dengar Alya kata berkata begitu, dia tak sangka yang Alya boleh balas balik kata² Linda.

Alya pula pantang bila ada orang yang cuba cari gaduh dengannya. Dia bukan jenis yang berdiam kalau ada orang suka² nak cakap yang buruk dekat dia.

#Deritamilikku
#jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience