Part 67

Family Completed 34166

"Tahniah Imah semoga kau berbahagia hingga ke anak cucu." kata Alya sambil salam dan peluk Imah.

"Tq beb. Aku doakan kau pon sama dapat jodoh dengan cepat dan bahagia." Imah membalas salam dan pelukkan Alya.

"Aku lah jodoh untuk Alya, tak lama lagi turn kami pula, betoi tak sayang."kata Azriel sambil kenyit mata.

"Kenapa kau tak cakap kat aku yang mamat nie kekasih kau."Imah jegil biji mata pada Alya tanda terkejut.

"La aku ingatkan Amri dah beritahu. Kau Amri kenapa tak beritahu isteri kau nie." kata Azriel.

"Saja aku nak bagi suprise dekat dia." Amri buat muka selamba aje.

"Ada je korang berdua nie. Dah jom tangkap gambar." kata Alya.

Selepas bergambar Azriel bawa Alya duduk makan di meja yang disediakan. Azriel arah supaya Alya duduk dengan baby Aisy biar dia yang ambil makanan.

Azriel bagi Alya makan dulu dia menjaga Aisy, Alya tak sangka yang Azriel nie baik sanggup tunggu dia habis makan baru la Azriel makan.

Setelah selesai mereka pon minta diri pulang, Azriel hantar Alya balik ke rumah. Di dalam kereta Azriel bertanyakan bila dia boleh jumpa dengan pakcik Alya.

"Bila pakcik sayang nak datang sini, boleh la kita cepatkan pertunangan dan perkahwinan kita." kata Azriel.

"Amboi tak sabar nampak. Nanti la saya kena tanya pakcik dulu sekarang dia busy uruskan kerja2 dia. Nanti dia dah free saya beritahu ye."kata Alya sambil makan buah.

"Of course la tak sabar saya tak nak nanti saya kehilangan sayang."kata Azriel sambil kenyit mata.

"Yelah2.." Alya berkata sambil rolling eye.

Sebaik saja sampai di depan pagar rumah, Alya ternampak kereta Zill.

"Apa lagi yang dia nie nak. Tak puas kena lempang ke semalam."kata Alya pelahan.

"Kenapa nie cakap sorang2."Azriel bertanya. Walapon Alya berkata perlahan tapi masih didengari oleh Azriel.

"Tue kereta ex saya tue, apa lagi yang dia nak tak tahu la. Dah banyak kali saya cakap saya tak balik dekat dia."kata Alya sambil juih mulut ke arah kereta Zill.

"Tak apa biar saya yang cakap dengan dia nanti." Kata Azriel.

Sampai je depan pagar rumah Azriel keluar dan bukakan pintu untuk Alya.

"Alya awak pergi mana puas abang tunggu dekat depan nie. Kau kenapa bawa isteri aku keluar tanpa izin aku?"kata Zill lantang.

"Setahu saya lah encik Zill dengan Alya dah lama berceraikan..bukan lagi suami dia so saya ada hak nak bawa Alya pergi mana2 pon." Azriel menjawab selamba je.

"Walaupon aku dah cerai dengan dia tapi kami masih ada ikatan sebab anak tue anak aku." Kata Zill dengan bangga.

"Zill awak sedar tak apa yang awak cakap nie, dulu awak sendiri yang tak ngaku anak tue ank awak sekarang terhegeh2 nak ngaku pula." Marah Alya.

"Sebab dulu abang buta, abang salah menilai yang mana batu yang mana permata. Sekarang abang nak sayang kembali pada abang."Kata Zill.

"Maaf la Zill sekarang saya dah ada peganti awak. Saya rasa awak pergi lah cari orang lain."kata Alya sambil memandang ke arah Azriel.

"Okay la awak sayang masuk dulu ye.Aisy bye2 abi."Alya malas nak layan kerenah Zill nanti ada pula tangan dia naik lagi ke pipi Zill.

"Bye2 anak abi. Nanti kita jumpa lagi ye."Azriel cium pipi Aisy.

Zill pandang dengan tak puas hati. Kalau boleh dia nak tumbuk muka Azriel. Suka2 aje nak cium anak dia.

"Lain kali hargai apa yang ada di depan mata jangan disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga."

"Jangan kau nak nasihat aku lah. Selagi kau tak kahwin dengan Alya selagi tue aku ada peluang nak dapatkan dia."

"Okay...we will see Alya pilih siapa nanti."Kata Azriel sebelum masuk ke dalam kereta.

Alya hanya memandang dari pintu sliding. Dia malas nak masuk campur. Bila Zill pandang ke arahnya cepat2 dia menyorok di sebalik langsir.

#jajafiza35
#deritamilikku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience