PART 11

Family Completed 34166

Alya rajin menolong Puan Sri dekat dapur, mereka sedang menyediakan juadah untuk makan tengah hari.

Walaupun ada bibik di rumah Puan Sri lebih suka memasak untuk keluarga, dia nak anak dan suami dia makan air tangannya sendiri. Bibik hanya buat kerja mengemas rumah.

Untuk majlis itu nanti Puan Sri buat tempahan katering. Dia mengajak ramai kawan dan jiran yang berdekatan dengan rumahnya.

" Alya tolong mama buatkan air boleh." kata Alya.

" Boleh²...tue jug dalam laci bawah tue." kata Puan Sri sambil menunjuk laci yang bawah.

" Wau...sedapnya bau.." kak long dan kak ngah masuk dapur.

" Hai..baru sampai, ingatkan tak nak datang awal tadi."

" Mana boleh tak datang awal..kami tahu mama ajak Alya sekali."

" Hemmm...cakap je la korang tue malas nak masuk dapur tolong mama. Selamat ada Alya nie tolong mama masak. kalau tak mesti tak siap lagi lauk tok tengahari nie." Puan Sri saja je cakap kuat² bagi si Linda dengar.

" Maafin kami ya buk..Kami janji lepas nie kami datang awal." kata kak lang sambil ketawa.

Linda dengar mama kata begitu.tapi dia memekakkan telinga dia. Dia takkan tolong memasak di dapur.

" Untung lah siapa yang dapat Alya nie nanti dah la cantik pandai masak pula,kan mama."kata kak ngah saja cakap kuat² bagi si linda dengar.

" Ada² je la kak ngah nie." Alya berkata.

" Betul la tue Alya susah sekarang yang nak dapat isteri yang pandai masak, jangan nak pandai melawa je tapi masak malas." kata kak long pula.

" Alhamdulillah..memang dari kecil umi dah ajar masak. Kalau malas masak kena rotan dengan umi."

" Bagus umi Alya didik anak macam tue.Mama suka tengok Alya."

Mereka di dapur asyik memerli Linda, setelah selesai masak. kak long, kak ngah, kak lang tolong hidang makanan di atas meja. Puan Sri memanggil semua sekali makan.

" Wau...banyaknya lauk." kata Papa.

" Hari nie special semua lauk kat depan nie Alya yang masak."kata mama.

" Betul ke mama.. mesti sedapkan kak Alya masak."Kata anak bongsu Puan Sri

" Kena rasa la baru tahu sedap ke tak.jangan nak pandai melawa je."kata kak long sambil menjeling ke arah Linda.

" Dah² jom makan papa lapar dah nie."

" Zill baca doa."

" Alhamdulillah...Ya Allah sedap sangat Alya masak, bertambah papa makan." kata Tan sri sambil mengosok perutnya.

" Kan pa...tak pernah² abg long tambah tiba hari bertambah sedap betul nie, ayg kena belajar masak dengan Alya nie." kata suami kak long sambil peluk bahu isterinya.

" Tengok Alya semua puji Alya masak sedap. Nanti ajar kak long masak tau."

" Alya tak reti nak ajar orang kak long, kalau nak sedap masak nie kena ikhlas. Jangan rasa terpaksa nak masak sebab tue rasa ke laut."

" Mama pon kena belajar masak juga la dengan Alya."

Alya hanya tersenyum malu dia semua orang puji dia dekat meja makan.Zill nak buka mulut tapi cepat Linda buat mata ke arah Zill.

Setelah selesai makan mereka semua duduk depan tv, berehat dan berbual. Kak long bawa keluar beg untuk godies untuk di beri pada para tamu.

Alya menolong kak long masukkan makanan dan sejadah ke dalam paper beg.

Puan sri dan Tan sri naik ke bilik mereka untuk solat. Di dalam bilik Puan sri berkata pada suaminya.

" Kalau lah kita ada seorang lagi anak lelaki mahu saja saya kahwinkan dia dengan si Alya tue."

" Ishh..mama nie dah takdir Allah bagi kita seorang je anak lelaki mana boleh kita nak menolak."

" Mama cakap kalau kan. Pa kalau Zill tue kahwin dengan Alya mesti sepadankan."

" Mama jangan nak buat hal. Kang bergaduh pula anak menantu kita."

" Papa Zill tue layak untuk kahwin 4 dia masih ada kuota 3 kosong lagi. Mama nak cucu dari Zill."

" Kalau macam tue papa pon nak kahwin 4 juga la."

" Pergi la papa kalau papa nak mama nie pergi dari hidup papa.."

" Macam tue la juga perasaan Linda ma."

" Tapi si Linda tue tak boleh bagi zuriat pada Zill, mama nie siap bagi 5 kat papa."

" Memang la mungkin dieorg tak ada rezeki nak dapat anak. Mama jangan la paksa si Zill tue kesian pa tengok die."

" Mama tak kira, mama nak jodohkan Zill dengan Alya."

" Terpulang pada mama la, papa malas nak cakap banyak, nanti kalau anak tue merajuk dengan mama jangan salahkan papa."

" Tahu la mama nak buat macam mana nanti."

Puan sri tengah fikir macam mana cara untuk bercakap dengan Zill.

#Deritamilikku
#jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience