PART 5

Family Completed 34166

Puan Sri Maizura mempunyai 5 orang anak, 4 perempuan dan seorang lelaki. Anak lelaki nya Mohd Zill Nafhan bin Mohd Zill Fakhri berkahwin tanpa persetujuan Puan Sri maizura di luar negara.

Tahun ini sudah masuk 3 tahun usia perkahwinan Mohd Zill Nafhan dengan Norhaslinda a.k.a Linda.Tapi mereka masih belum dikurniakan anak, Linda disahkan doktor tidak boleh mengandung kerana dia ada masalah dengan rahimnya.

Puan Sri Maizura inginkan zuriat dari Zill, walaupun dia sudah mempunyai 7 orang cucu dari hasil perkahwinan 3 orang anaknya tetapi dia ingin kan cucu dari anak lelaki tunggalnya itu.

Setiap kali Zill datang ke rumah Puan Sri Maizura, pasti mamanya bertanyakan soal kawen lain kepada Zill.

" Kenapa ma..Zill tak nak la kawen lain, Zill sayang sangat Linda biar la kami tak ada anak pun janji kasih sayang kami kuat ma."

" Mama nak cucu dari kamu Zill anak laki sorang mama.. walaupun kakak² kamu dah bagi mama cucu tapi mama nak dari benih kamu sendiri."

" Sama jugakan mama dari keturunan papa dan mama juga cucu tue. Zill tak nak lukakan hati Linda.susah² Zill ambil anak angkat la."

" Mama tak nak cucu angkat, mama nak dari benih Zill sendiri faham tak."

"Mama tolonglah faham perasaan Linda dan Zill ma..macam mana kalau papa nak kawen lain sebabkan nak zuriat mama bagi ke?"

" Ye...mama bagi itupun kalau mama dulu tak boleh bagi anak dekat papa. tapi sekarang mama nak Zill kawen lain sebab nak kan zuriat dari Zill."

" Tak apa lah kalau Zill tak nak bagi mama cucu, biarlah mama mati kempunan nak tengok muka anak Zill."

" Ishh...mama kenapa cakap macam tue. ma nie buat Zill serba salah, sebelah kanan mama sebelah kiri Linda."

" Tak pa lah Zill fikir lah...mama malas nak cakap banyak, mama cuma nak tengok anak dari Zill." Puan Sri Maizura pon bangun dari sofa dan dia naik tangga menuju ke bilik.

Zill memanggil mamanya tapi mamanya buat tidak endah. Zill mengaru kepala yang tidak gatal.

" Papa pujuk la mama."

" Kamu macam tak kenal mama kamu tue Zill, bila dia kata A jawapan dia pon mesti A. siapa yang bangkang tahu la akibatnya." kata Tan Sri Mohd Zill Fakri sambil melihat televisyen.

" Susahlah macam nie."

" Kamu pujuk la sendiri mama kamu tue, tak pun kamu setuju je la , untunglah kamu dapat isteri 2, bila isteri tua merajuk balik rumah isteri muda." Papa Zill ketawa bila berkata begitu.

" Papa cakap senanglah.. Yang hadapnya Zill nanti."

" Semua keputusan atas kamu Zill, papa tahu kamu boleh bagi keputusan yang terbaik buat kamu,mama dan Linda."

Zill tak betah lagi duduk lama² di rumah mamanya dia pon minta diri untuk balik ke rumahnya.Linda tak ikut Zill sebab dia tahu yang keluarga mertuanya tidak sukakan dia.

#Deritamilikku
#jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience