Malam tue mak ngah buat tahlil untuk umi, lepas balik dari kubur Alya masuk ke dalam bilik umi, dia menangis dan tertidur di dalam bilik itu.
Puan sri risau keadaan Alya, takut terjejas kandungan Alya nanti. Zill dan papa ikut pak ngah pergi bandar beli barang untuk tahlil nanti.
Puan sri masuk ke bilik umi dia memandang ke arah Alya, menitis air mata tengok Alya tidur sambil memeluk baju uminya. Puan sri tak nak ganggu Alya dia pon turun ke dapur menolong orang kampung siapkan apa yang patut.
" Umi!!! umi!! jangan pergi umi."
Alya mengingau menjerit memanggil nama uminya. Puan sri dan mak ngah berlari menuju ke bilik umi.
" Alya mama dekat sini sayang."
" Alya buka mata tue." kata mak ngah.
Alya buka mata dan dia melihat mama dan mak ngah ada di situ, Alya memeluk erat Puan sri.
Selepas Alya mandi emosi dia baru okay sikit, dia turun ke dapur mahu tengok makcik² siapkan barang untuk memasak, dia terdengar perbualan makcik² cerita kebaikan uminya.
" Arwah nie baik orangnya, suka menolong orang."
" Itu lah arwah nie peramah, kalau jumpa dia mesti die yang tegur kita dulu."
" Haah..dia paling rajin dalam kampung nie kalau ada kenduri mesti dia menolong."
" Tue orang yang langgar dia masih belum dapatkan.katanya ada yang nampak kejadian tue."
" Haah...tunggu polis buat tangkapan je sekarang. jahat betul dah langgar orang lepastu lari."
" Itu la...kalau dapat dekat aku mati aku kerjakan."
" Ehh..kau nie jah emosi sangat nie."
Alya pon tegur makcik² tue, apa yang boleh dia bantu.
" Mak cik apa yang boleh saya bantu?"
" Ehh tak payah Alya duduk je dekat sana ,Alya kan mengandung."
" Tak apa la mak cik, beritahu je apa yang boleh saya bantu."
" Tak ada apa dah, dah siap dah nie."
" Yelah makcik."
Alya pergi ke depan dia berjalan di ruang tamu, dia memandang di setiap sudut yang umi dia suka duduk dan baring, air mata dia mengalir.
Zill yang baru balik dari bandar terus mencari Alya, Dia nampak Alya sedang berdiri di tingkap rumah dia datang dan memeluk Alya dari belakang.
" Sayang...kita kena banyak berdoa untuk umi...tak baik kalau sayang asyik menangis macam nie."
" Entah lah awak airmata nie asyik nak keluar je, dah puas saya tahan."
" Sayang kena redha, sayang kena berdoa je semoga umi tenang dekat sana."
" InsyaAllah.."
Malam itu tahlil berjalan dengan lancar, Alya ajak Zill tidur dalam bilik umi, mama dan papa tidur dalam biliknya.
Selepas 3 hari tahlil dirumah Zill Alya mama dan papanya pulang ke Kuala Lumpur. Alya berjanji pada dirinya yang dia tak nak menangis lagi.
" Sayang malam nie kita tidur rumah mama boleh?"
" Ikut awaklah."
Seminggu berlalu Alya dan Zill kembali ke rumahnya. Linda telifon Zill, dia beritahu yang minggu depan dia balik KL.
Kerja dia di sana dah settle, jadi dia pon balik awal dari hari yang dia tetapkan. Zill mengeluh dia baru nak rasa bahagia dengan Alya tiba Linda balik awal pula.
" Awak kenapa nie?"
" Minggu depan Linda balik KL."
" Ohhh..ye ke..Okay la tue ada lah teman awak tidur malam nanti."
" Kenapa sayang dah tak sudi tidur dengan abang dah ke?"
" Ehhh...bukan macam tue, kak Linda kan isteri pertama abang."
" Ohh...macam tue pula ye."
" Hehehe."
Alya ketawa Zill memandang sinis ke arah Alya, sekarang pandai Alya kenakan dia. Dia rasa bahagia sangat dengan Alya, kalau dengan Alya dia tak pernah rasa terkongkong kalau dengan Linda apa yang dia nak buat mesti Linda tak benarkan.
#Deritamilikku
#jajafiza33
Share this novel