PART 1

Family Completed 34166

Putri Alya Zehra Binti Abdul Zaki nama yang tidak asing lagi dalam Syarikat Jaya Holding Sdn Bhd..seorang gadis yang ayu , baik hati dan pemurah dengan senyuman. Ramai lelaki di dalam opis cuba untuk mendekati Alya tapi seorang pun tidak berjaya menawan hati gadis tersebut.

Putri Alya Zehra anak tunggal kepada pasangan Zaitun dan Abdul Zaki. Ayah Alya sudah lama meninggal sejak ia masih kecil.

Alya tidak dapat merasa kasih sayang seorang ayah. Dia hanya menumpang kasih dengan pakcik saudara nya.

" Alya jom pergi makan." kata Imah kawan serumah Alya.

Semenjak Alya dapat kerja di Kuala Lumpur dia tinggal bersama dengan Imah.Dia berhasrat untuk beli sebiji rumah dan tinggal bersama uminya.

" Okay. aku pergi tukar baju dulu." kata Alya

" Aku tunggu kau dalam kereta la. cepat sikit."

" Okay² "

Alya berlari naiki tangga menuju ke ruang bilik nya menukar baju.

" Asal aku ada bau busuk je ni, kau tak mandi dulu ke?" kata Imah saja kenakan Alya.

" Aku tak mandilah...dah kau sibuk suruh cepat. macam lari kedai makan tue ." Alya tampar bahu Imah.

Imah hanya gelak dan mereka pun menuju ke restoran yang selalu mereka kunjungi. Sebaik saja sampai Imah parking kereta jauh dari tempat yang selalu dia parking kalau dia datang makan di situ.

"Hai..awak boleh berkenalan." kata seorang lelaki yang tidak dikenali.

Imah laju menjawab " Tak boleh!"

"Eeee...sombongnya, jom la makan dengan kiteorang, kami pon tengah lapar nie."

Alya cepat tarik tangan Imah supaya jangan layan mereka bertiga.Alya takut lain pula jadi nanti.

" Lah...kau gi tarik tangan aku kenapa?aku baru je nak bagi penyepak kat 3 ekor langau tue."

" Kau jangan nak macam² okay, kang lain pula jadi nanti."

" Hemmm..." Mereka pon menuju ke dalam restoran dan duduk mengadap satu family yang ramai.

" Imah kau tengok tue seronokkan bila ada ramai adik beradik, boleh kongsi macam² " ralik Alya memandang ke arah satu family yang seronok berborak.

" Seronok kau kata. Bagi aku tak seronok langsung tau tak, hidup kita bagai kena kongkong bila nak buat sesuatu mesti kena beritahu adik beradik kita dulu." Imah jebik mulut.

" Seronok la macam tue, kau tengok aku tak ada adik beradik lain, aku dengan umi je." Alya sedih bila cakap pasal family dia.

" Kau patut bersyukur Alya, kau masih ada umi macam orang lain tak ada umi,ayah adik beradik." Imah cuba memujuk Alya.

" Ye...aku memang bersyukur ade umi tapi aku sunyi tak ada adik beradik lain yang boleh aku panggil abang kakak adik."

" Tak apa Alya nanti kau dah kahwin mesti kau dapat family mertua yang ramai adik beradik."

" Aaminn...semoga apa yang kau cakap tue jadi kenyataan."

#Deritamilikku
#jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience