Part 74

Family Completed 34166

Sebulan berlalu Zill pon dah kena tangkap 3 hari selepas kejadian, mamanya merayu pada Alya supaya tarik balik kes tersebut tapi Azriel tak bagi demi keselamatan Alya.

"Alya mama merayu tarik la balik kes tue."

"Saya tak boleh la aunty, saya tak nanti jadi lagi perkara seperti hari tue."

"Tak mama janji Zill takkan buat apa2 dah pada Alya."

"Saya minta maaf aunty, saya tak boleh."

Alya kesian sebenarnya dengan bekas mak mertuanya tapi dia tak nak nanti benda lain yang terjadi sekiranya dia tarik balik kes.

Alya sibuk buat persiapan perkahwinannya,mama Azriel dah tempah dewan di sebuah hotel untuk majlis tue nanti. Mama Azriel siap tempah bilik untuk family belah Alya dan belah Azriel.

"Alya boleh mama tahu dari belah Alya berapa ramai yang datang senang mama nak book bilik." mama Azriel telifon Alya.

"Dalam 5 family mama. tak apa lah nanti Alya bayar separuh dekat mama ye."kata Alya.

"Eh..tak payah nie semua mama dapat sponsor dari kawan mama nie." kata mama Azriel pula.

"Ohh yeke..Alhamdulillah ada orang baik hati nak sponsor bilik." Alya bersyukur ada orang sponsor dia kahwin.

"Nie hotel kawan mama, dia tue mummy angkat Azriel tue yang dia beria nak sponsor bilik dengan dewan, mama kena cari katering dan pelamin je sekarang." sambil tengok ke dalam dewan.

"Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamatkan mama."kata Alya.

"Betul tue, esok Alya free tak? mama nak ajak Alya pergi food testing untuk pilih katering." mama Azriel bertanya.

"Esok...esok...esok Alya free ma, pukul berapa kita nak pergi mama?" sambil Alya tengok jadualnya esok.

"Okay kalau macam tue esok pagi mama dan Azriel datang jemput Alya ye.Bawa cucu mama tue sekali rindu." kata mama Azriel sambil gelak.

"Okay mama jumpa esok."

Alya tak sabar menunggu hari bahagianya dengan Azriel. Dia berdoa setiap hari semoga Azriel menjadi suami terakhir buatnya dan boleh bahagiakn dia.

Keesokkan harinya Alya dan Aisy tunggu di depan rumah.

"Pin..pin.." Azriel menekan hon keretanya.

"Yay...abi dah sampai jom anak ibu."

Aisy tersenyum bila nampak Azriel keluar dari kereta.

"Assalamualaikum..kesayangan dan anak abi"Azriel beri salam pada Aisy dan Alya sambil hulur tangan pada Aisy.

"Waalaikumussalam..abang kesayangan. mana mama?"

"Tue dah tunggu dalam kereta mama duduk belakang katanya senang dia nak pangku Aisy."

"La ye ke..baru nk jadi mem besar." kata Alya sambil ketawa.

"Mama dulu yg jadi mem besar." mama Azriel menyampuk sambil buka pintu belakang kereta Vellfire.

"Mama sihat?" Alya salam dan bertanyakan khabar mama Azriel.

"Alhamdulillah..mama sihat. cucu nenek nie sihat ke?"

"Alhamdulillah..saya terlebih sihat nie nenek, berat saya pon makin naik."

"Patutlah sendat aja nenek tengok Aisy pakai baju nie, nenek dah beli saiz besar dah."

"Ya..mama sekarang dia makin kuat makan dengan minum susu."

"kuatnya anak abi makan. tak apa Aisy makin bambam makin comey kan."

"Dah jom kita pergi sekarang, kalau sempat boleh kita cari pelamin terus..lagi 3mggu je lagi nie."

"Okay mem besar."

Alya pon bagi Aisy kepada mama Azriel.dia duduk depan dengan Azriel. Sepanjang perjalanan mereka ke restoran yang ada buat food testing tue banyak yang benda mereka bualkan.

Alya rasa bahagia sangat dia dapat rasa keseronokkan masa bercinta, bertunang dan tak lama lagi kahwin dengan pilihan sendiri.

Dulu ye memang dia sayang dan cintakan Zill tapi selepas saja Zill buang dia macam sampah rasa sayang dan cinta makin pudar hilang bersama derita yang dia pernah alami dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience