PART 16

Family Completed 34166

Selepas mandi Alya duduk di atas katil memikirkan apa yang Puan sri Maizura katakan padanya petang tadi.

Alya buat solat istikarah untuk minta pertunjuk dari Allah. Dan dia ambil keputusan untul bercuti selama 5 hari dan pulang ke kampung menziarah uminya.

Alya pulang ke kampung dengan menaiki motor skuternya. Sepanjang perjalanan ke kampung dia berfikir tentang lamaran itu.

" Assalamualaikum..umi..oh...umi." Alya memanggil uminya di pintu dapur.

" Waalaikumussalam.. La kenapa balik tak beritahu, ishh anak umi nie." terkejut uminya bila dengar suara anak tunggalnya memanggil, dia ingat dia bermimpi anak nya balik.

" Saja nak bagi suprise dekat umi." sambil salam dan peluk uminya. Dah lama sangat dia tak balik kampung.

" Kalau beritahu bolehlah umi beli lauk tadi nak makan tengahari nie."

" Tak apa la kejap lagi kita pergi la pasar beli lauk."

" Ye lah..ikut kamu la, dah masuk² pergi berehat dulu kenapa tak naik bas je balik."

" Malas nak susahkan pak ngah jemput dekat station bas."

" Tue la dia kalau budak nama Alya nie, asyik nak fikir pasal orang je, bahayalah kalau anak dara balik naik motor."

" Tak apa la umi Alya dah biasa dah naik moto pergi mana²."

" Tengok kalau bab melawan bagi la die."

" Umi jangan marah, nanti cepat tua."

" Pandai dia nak pujuk umi."

" Hihihihi."

" Dah² pergi mandi berehat nanti turun bawah makan."

" Baik lah umi."

Alya pon naik ke biliknya, dia baringkan badannya dia atas katil yang sudah lama ditinggalkan. Dalam tak sedar dia terlelap.

Alya tersedar bila dengar bising di dapur, dia pon bangun dan turun ke dapur.

" La ada balik budak bertuah nie long oi." kata mak ngah.

" Haah..pagi tadi die sampai."

" Balik naik apa nie?"

" Naik moto je mak ngah. senang nak ciluk²."

" Amboi..bahaya lah."

" InsyaAllah...selagi kita berdoa dengan Allah mohon perlindungan dengan Dia, insyaAllah selamat la kita sampai ke destinasi yang nak pergi tue."

" Pandai betul menjawab." makngah cubit pipi Alya dengan manja.

" Aduii sakit la."

" Tue padahnya." mereka bertiga ketawa.

Alya rasa lapang sekejap dari memikirkan soal lamaran itu.

Malam itu dia duduk dengan uminya di ruang tamu, Alya mahu pendapat dari uminya tentang lamaran tue.

" Umi...Alya ada benda nak cerita nie."

" Apa dia cakap lah?"

" Umi kalau ada orang melamar umi untuk jadi isteri kedua anaknya umi terima tak."

" Kalau umi tengok pada keadaan lah, kalau orang tue baik dan boleh berlaku adil apa salahnya."

" Macam mana kalau isteri pertama dia tak suka dengan umi."

" Kita tak boleh nak harap semua orang suka kan kita, walaupun kita baik pasti ada orang yang tak suka."

" Kalau lelaki tue sendiri pon tak nak tapi kena paksa dengan mak dia, macam mana pula?"

" Umi akan pergi jumpa lelaki itu dulu tanya dia betul ke nak kawen lain, apa niat dia nak kawen sorang lagi dan yang paling utama buat solat istikarah minta petunjuk dari Allah."

" Nie Alya tanya nie kenapa? ada apa yang umi tak tahu ke? ke soalan nie sebenarnya untuk Alya."

" Macam nie umi, dekat KL Alya ada seorang mama angkat, dia nak Alya kawen dengan anak dia, masalahnya sekarang anak die tue dah berkahwin tapi tak ada anak lagi, bini dia ada masalah tak boleh mengandung."

" Ooo..Kenapa tak straight to the point je."

" Amboi umi dah pandai speaking sekarang."

" Tak ada lah umi banyak tengok cite romputih je."

" Okay balik pada soalan tadi, Alya kena pergi jumpa lelaki tue, tanya dia betul ke nak kawen dengan Alya. Apa tujuan untuk kawen?jangan untuk dapatkan anak je..nanti dah dapat anak Alya dibuangnya."

" Tue la Alya tengah benda yang sama umi. "

" Nanti Alya dah balik KL jumpa lelaki tue, tanya betul² ikhlas ke nak kawen dengan Alya."

" Umi tak nak anak umi sedih dan kecewa di kemudian hari."

" InsyaAllah umi nanti balik KL Alya tanya dia."

Alya berasa lega bila umi dia berkata begitu dan beri pendapat padanya. Semua masalah Alya akan berkongsi dengan uminya.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience