Part 30

Family Completed 34166

Sampai saja di Homestay yang disewa, mereka masuk ke dalam rumah untuk berehat sebentar sebelum keluar berjalan di bandar langkawi.

Mereka berada di Langkawi selama 4 hari. Puan sri mahu luangkan masa bersama anak dan menantunya.

Alya tidur satu bilik dengan Miza, Linda awal² lagi dia dah cop bilik dia dengan Zill. Alya banyak mengalah dengan Linda, dia tahu dia ambil suami orang jadi dia suka atau tak dia terpaksa la tidur bilik asing.

Alya yang sedang baring di atas katil terkejut apabila Zill masuk ke bilik.

" Ehhh...kenapa awak masuk sini? nie kan bilik perempuan." kata Alya dia terus duduk bersandar pada katil.

" Biarlah abang nak tengok isteri abang."kata Zill sambil berjalan menuju ke tepi katil dan duduk ditepi Alya dan memegang tangan Alya.

" Amboii² romantiknya, adik keluar dulu la." Ziana baru nak melangkah masuk ke dalam bilik, terbatal niatnya bila tengok abang nya sedang pegang tangan Alya.

" Miza jangan lah keluar."kata Alya.

" Mana boleh orang sedang nak bermadu kasih nie." Miza saja buat ayat mengada.

" Dah nak keluar pergi cepat." Laju je Zill halau Miza keluar.

"Okay².." Miza ketawa sambil tarik semula pintu bilik.

" Alya okay ke nie? risau la abang tengok Alya."

" Saya okay je cuma pening tak hilang lagi nie."

" Nak abang picit kepala."

" Tak apalah nanti saya tidur okay la."

" Boleh tak abang nak baring dengan sayang and baby." Zill pegang perut Alya.

" Hemm...awak pergi la baring dengan kak Linda, nanti dia cari awak tak jumpa dia marah pula nanti."

" Tak apa...biarkan dia tue."

Linda ikut mereka semua keluar walaupun tak suka tapi dia lagi tak suka terperap dalam rumah je.

Alya kurang selesa bila Zill melayan dia dengan baik, selama nie Zill layan dia dengan kasar dan bahasakan aku kau dengan dia, tapi bila tahu dia mengandung Zill berubah jadi pelik, tetiba baik dengan dia.

Walaupun Zill bahasakan dirinya 'abang' tapi Alya lebih suka memanggil Zill 'awak'. Dia tak mahu nanti Linda syak yang dia sedang mengandung kalau tahu yang Zill baik dengannya sebab itu.

" Alya tidur dulu okay, hari nie kita tak payah keluar la.kita berehat abang kesian tengok Alya."

" Ehh...tak apa kalau awak nak keluar ikut mama pergi lah. Boleh je saya duduk rumah dengan bibik."

" Takkan abang nak tinggal isteri abang nie dekat rumah sorang², tak apa nanti abang beritahu mama."

" ikut awak lah."

Alya pun pejam mata bagi hilangkan pening, sedar tak sedar Alya dah tertidur. Zill pon mula menguap dan dia ikut tertidur.

Mereka singgah di pasar malam yang tak jauh dari homestay, Miza pon telifon Alya.

" Assalamualaikum...kak Alya nak makan apa?Saya ada dekat pasar malam nie."

" Waalaikumussalam...ada char kuey teau kerang tak?kalau ada akak nak..dah lama sangat nak makan."

" Ada kak..akak nak satu je ke? abang Zill nak makan apa?"

" Kejap akak tanya abang."

Alya gerak Zill.

" Awak nak makan apa? dieorang ada dekat pasar malam tue."

" Abang nak nasi lemak ayam kukus."

" Okay..kak jap lagi kami balik la."

" Okay dik thanks."

Alya bangun masuk bilik air dia mandi,Zill ketuk pintu bilik air.

" Sayang..abang nak mandi sekali boleh."

" Jangan nak mengada boleh tak?"

" Alaaa..boleh la.."

" Tak boleh, awak nak mandi pergi dekat bilik awak."

" Alya tak sayang abang ke?tak baik tolak permintaan abang."

" Tak sayang pon." Alya menjerit dari bilik air.

" Tak apa lah abang bawa lah hati abang yang terluka nie pergi jauh."

" Pergilah."

Alya pun terus mandi, setelah selesai dia pakai baju dalam bilik air dia pon keluar dan tengok Zill tak ada dalam bilik.

" Reti pon nak mandi dekat bilik sendiri."

Alya keluar dari bilik dan siapkan apa yang patut dekat meja, dia tahu Zill lapar. Sebelum sampai rumah die suruh Zill singgah kedai dia beli roti dan jem.Ada la benda nak alas perut sementara dieorang balik.

#jajafiza
#Deritamilikku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience