PART 7

Family Completed 34166

Sampai saja di Sunway Putra mall mereka berjalan menuju ke restoran yang ada di situ, mereka duduk makan dan berbual.

Setelah selesai mereka berjalan mencari barang, Puan Sri Maizura membelikan seutas gelang tangan untuk Alya. Alya menolak tapi Puan Sri berkeras juga untuk memberi seutas gelang kepada Alya.

Puan Sri Maizura berjalan masuk ke dalam sebuah butik, pekerja kedai butik sudah menunggu di pintu masuk dan sedia mengalukan mereka masuk.

" Assalamualaikum...Puan Sri jemput masuk.!" kata Suri pembantu butik.

" Waalaikumussalam...hai suri, Datin Aini ada ke?" sahut Puan Sri Maizura.

" Datin Aini tak ada Puan Sri..dia tak datang hari nie." Kata Suri sambil berjalan menuju ke kaunter.

" Ooo...ye ke...tak apa lah, ada tak baju yang saya tempah tue?" tanya Puan Sri.

" Ada Puan Sri, yang nie kan." Suri ambil baju dari tempat.

" Haah...Alya cantik tak?" Puan Sri tanya sambil pusingkan baju tue.

" Cantik mama, memang padan dengan mama.." Alya puji dengan ikhlas.

" Suri saya rasa ada satu lagi saya tempah bajukan."kata Puan Sri. Dia tempahkan juga baju untuk Alya.

" Kejap saya checkkan." Suri menuju ke kaunter dan dia melihat senarai nama dan baju kemudian dia mengambil baju tersebut.

" Yang nie ke Puan Sri," kata Suri sambil mengangkat baju tersebut.

"Haah...betul yang nie." kata Puan Sri.

" Alya nie baju untuk Alya...cuba try nanti kalau besar boleh otter terus." Puan Sri hulur baju kepada Alya.

" Haa...saya tak nak la mama mahal sangat nie," alya bisik dekat telinga Puan Sri.

" Tak apa nie mama belikan untuk Alya,nanti Alya pakai waktu dinner nanti." Puan Sri peluk bahu Alya.

" Kenapa saya kena pergi, tue bukan jamuan dinner untuk keluarga mama ke?" Alya pelik dia mula fikir mesti kekok dia nanti jumpa anak² mama.

" Sekarang Alya ahli keluarga mama juga kan so Alya pon kena datang nanti." kata Puan Sri

Nak tak nak Alya kena ambil juga dan dia pun cuba baju itu.

Alya malu sebab dah banyak yang Puan Sri Maizura belikan untuk dirinya. Dia menolak setiap kali Puan Sri mahu belikan dia barang tapi Puan Sri tetap beli untuk nya.

Setelah selesai membeli belah, Puan Sri menghantar Alya pulang ke rumah. Di dalam kereta mereka berbual dengan rancak.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience