Linda dapat tahu yang Alya sudah bersalin.Dia takut sekiranya Zill mahu kembali kepada Alya. Dia upah seseorang mengambil gambar semasa di hospital Amri tolong Alya bangun dari kerusi roda.
Sedangkan Imah ada di belakang kereta dia menyimpan barang didalam bonet. Lelaki upahan tue mengambil beberapa keping gambar mesra Alya dengan Amri.
"U tengok nie, perempuan tue dah bersalin tapi nie lelaki lain pula."Linda tunjukkan gambar Alya bersama Amri.
"Ahhh...lantak la dia ada banyak jantan ke apa.Dia dah tak ada kena mengena dengan kita lagi." Zill geram tengok gambar tue tapi dia saja macam tak nak ambil tahu.
"U kena cepat nie, submit kes penceraian u dengan perempuan nie."Beria Linda suruh Zill cepatkan proses penceraian.
"Tunggulah dia habis pantang dulu,yang u kalut sangat nie kenapa?"kata Zill.
"Mana ada i kalut sayang, i cuma tak nak dia ganggu u lagi lepas nie."
Zill bengang terus dia bangun dan naik ke tingkat atas.Linda tersenyum gembira bila dia dapat tunjuk bukti yg Alya tue perempuan jalang yang suka main tukar jantan.
Sebaik saja sampai dirumah, Imah yang sedang dukung baby masuk ke bilik bawah.Ibu Imah dalam perjalanan datang dengan anak saudaranya.
"Kau duduk dalam bilik nie tau, jangan nak berangan naik turun tangga." marah Imah.
"Baik la cik Imah sayang."
"Kejap lagi ibu sampai, dia tak sabar nak jumpa kau dengan baby nie."
"Susahkan ibu je..aku boleh je upahkan orang untuk jaga aku dalam pantang nie."
"Tak payah nak bazir duit kau tue, lagipon ibu kan dah anggap kau macam anak dia."
"Aku cuma tak nak susahkan ibu je."
"Tak ada susahnya ibu tue lagi suka."
"Kau rehat la dulu, Amri pon nak balik dah tue.aku hantar dia kejap dekat pintu."
"Ucapkan terima kasih ye kt Amri dah banyak tolong aku dari semalam lagi."
"Baik la Puan Putri."
Alya ketawa bila dengan Imah berkata macam tue, selamat ada Imah yang banyak tolong dia.Kalau tak merempat lah dia dengan babynya.
"Comelnya anak mummy nie, muka macam daddy la. Sian anak mummy kecil-kecil tak dapat kasih sayang dari daddy. Mummy doa semoga satu hari nanti terbuka la hati daddy dan dapat tahu kebenaran yang mummy tak bersalah."
Alya terlelap sambil memeluk anaknya.Imah keluar sambil mengelap airmata.Dia simpati dengan nasib yang melanda Alya.
Sebaik saja ibu Imah sampai dirumah sewa mereka, laju ibu masuk ke dalam bilik berjumpa dengan Alya.
"Assalamualaikum..Alya."
"Waalaikumussalam..ibu, dah sampai dah..ibu sihat ke?"
"Alhamdulillah...ibu sihat tue yg boleh sampai kesini."
"Ibu berehat la dulu,jauh perjalanan nak sampai ke sini."
"Alya dah makan ke belum?"
"Dah, tadi makan roti je.nasi belum lagi."
"Tak apa..ibu ada bawa ikan bilis yang dah sangai dengan lada hitam tumbuk..ibu masak nasi nanti Alya boleh makan."
"Okay ibu. terima kasih."kata Alya, ibu hanya tersenyum melihat Alya.
#Jajafiza
#DeritaMilikku
Share this novel