Hujan lebat diluar kedai.Alya memikirkan macam mana dia mahu masuk ke dalam kereta, payung dia terlupa nak bawa keluar dari dalam kereta.
Alya nekad untuk berlari masuk ke dalam kereta. Belum sempat dia lepasi koridor kedainya dia terlanggar seseorang dan dia hampir jatuh terduduk.
"Arghhh.." ada satu tangan memegang pinggangnya.
"Awak okay..maaf terlanggar awak." lelaki tue tolong Alya berdiri dengan betul.
"Ehhh..tak apa saya yang patut minta maaf dekat awak. Maaf ye saya tak perasan."
"Tak apa. Awak nak masuk kereta ke? mari saya hantarkan."
"Tak apa la."
"Hujan masih lebat nie.jom saya hantar kan."
"Baiklah..terima kasih ye."
"Sama2."
Lelaki tersebut payungkan Alya masuk ke dalam kereta.Sebaik saja Alya masuk ke dalam kereta lelaki tue pon beredar tapi dia terlupa mahu bertanyakan nama.
Lelaki tue ketuk tingkap pintu Alya dan dia tanya nama Alya.
"Tuk..tuk.."
"Ya..kenapa?"
"Saya lupa nak tanya nama awak siapa?"
"Nama saya Alya."
"Hai cik Alya nama saya Azriel Shah."
"Hai..encik Azriel. terima kasih sebab tolong saya tadi."
"Sama2 cik Alya."
"Saya gerak dulu ye." kata Alya
"Okay jumpa lagi nanti."
Alya pon berlalu pergi, Azriel hanya memandang kereta Alya dari koridor kedai di situ. Azriel tersenyum bila teringat kejadian tadi dan berlalu pergi ke kedai minum yang di janjikan dengan kawan2nya.
"Kenapa kau lambat?"
"Sorry la tadi ada emergency."
"Emergency terlanggar dengan awek ke?"
"Ahh..kau memandai je."
"Aku nampak la tadi. Apa nama dia? cantik orangnya. Kalau tak salah aku dia tokey butik kt kedai baju tue."
"Mana kau tahu?"
"Tunang aku suka beli baju dekat kedai tue, Tunang aku cakap baju2 dekat kedai tue paling murah dia jumpa cantik2 bos dia pon layan customer dengan baik."
"Oo..patutlah aku nampak dia keluar dari situ."
"Padan la dengan kau Riel, kau handsome dia cantik."
"Pandai je kau kan entah2 dia dah ada yang punya."
"Aku boleh jamin dia tak ada pakwe lagi, sebab dia kawan baik bakal isteri aku la." amri gelak terbahak2 bila tengok muka Azriel yang terkejut.
"Betul ke? kau bagi aku nombor fon dia."
"Kau nak nombor dia kau minta sendiri, tapi haku nak ingatkan kau jangan nak main2 kan perasaan dia."
"InsyaAllah..macam kau tak kenal aku kan."
"Aku kenal kau la, aku warning awal2."
Azriel nie seorang ahli peniagaan dan juga kawan kepada Amri tunang Imah. Amri tahu yang perangai si Azriel nie macam mana. seorang yang setia dan pentingkan keluarga dari hal lain. Dia tak takut seandainya Azriel dengan Alya bercinta.
Kebesokkan harinya Azriel datang ke kedai Alya. Kebetulan Alya sedang membetulkan baju2 di dalam kedainya itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Ehh..en Azriel datang cari baju untuk isteri ke?"
"Tak lah..saya mana kahwin lagi. Saya datang nie nak jumpa dengan Cik Alya."
"Kenapa ye nak jumpa saya? saya ada salah ke semalam?"
"Tak ada lah saya cuma nak ajak cik Alya keluar makan boleh?"
"Ohhh..sekejap ye." tiba Alya terdengar anaknya menangis, Alya pon cepat berlari masuk ke dalam office.
Azriel berjalan2 dalam kedai belek2 baju, dia ingat nak belikan baju untuk mamanya.Tapi dia tak tahu yang mana yang sesuai.
"Maaf ye en Azriel." Kata Alya sambil dukung anaknya.
"Tak apa..Nie anak siapa? anak awak ke? comeynya."
"Haah..nie anak saya Aisy." Kata Alya.
"Boleh saya tahu awak dah kahwin ke? maaf la kalau saya ganggu isteri orang."
"Saya dah bercerai la..Aisy tak ada ayah kan sayang."kata Alya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah."kata Azriel dengan perlahan
"Hahhh..Apa awak cakap?"
"Tak apa..jadi boleh ke kita pergi makan sekarang."
"Boleh je..jap saya bagi anak saya dekat staf jap."
"La bawa je sekali..sian dia kena tinggal." Azriel ambil Aisy dari tangan Alya.
"Tak apa ke?"
"Tak apa jom kita naik kereta saya je ye. bawa la stroller baby sekali." kata Azriel sambil melangkah ke pintu keluar.
"Okay sekejap saya ambil handbag saya jap."
Alya buka bonet kereta untuk ambil stroller, cepat Azriel bagi baby Aisy pada Alya dan dia yang angkat stroller dan masukkan kedalam bonet keretanya.
Azriel bawa Alya dan baby Aisy berjalan ke dalam mall dan makan di restoran disitu. Banyak barang baby yang Azriel belikan.
Alya melarang Azriel beli barang untuk Aisy tapi Azriel buat tak tahu.Dia mula suka dan sayang pada Aisy.
#jajafiza
#deritamilikku
Share this novel