Alya demam 3 hari, dia tak masuk ke office dan dia minta Imah untuk take over kedai. Azriel pon dah 4 hari tak telifon dan mesej Alya. Alya mesej Azriel ,dia hanya baca tapi tak balas. Alya call dia tak angkat.
"Alya kau dah pergi klinik ke?"tanya Imah dengan nada risau.
"Belum aku tak larat la nak bawa kereta. Aisy pon demam sekali nie."Suara Alya serak dan lemak.
"Ya Allah kenapa kau tak beritahu aku awal2, bahaya lah Alya. Kau siap2 aku datang sekarang." Imah bersiap2 nak pergi rumah Alya.
"Tak payah la aku dengan anak aku dah makan ubat dah." Alya malas nak pergi hospital.
"Kau jangan nak main2 demam nie Alya tambah lak anak kau masih kecil lagi. Jadi apa2 kat anak kau menyesal tak sudah nanti."marah Imah sambil tutup komputer dan ambil handbag.
"Ye baiklah. Aku siap sekarang."Dalam tak larat Alya patuh juga kata Imah. Dia tak nak nanti apa2 terjadi dia yang menyesal.
Imah call suami dia Amri cakap yang dia nak bawa Alya dan Aisy pergi hospital. Amri masa tue tengah lepak bersama kawan dan Azriel.
"Hai bini report ke nak ke mana2." kata kawan Amri, Fariz.
"Dia beritahu nak bawa kawan baik dia dan anak dia pergi klinik demam dah 2 hari tak kebah2, ada tunang pon tak nak pedulikan tunang sendiri." Amri perli Azriel. Azriel pandang sinis pada Amri.
"Orang lelaki kalau merajuk nie buruk tau tak, kang jadi apa2 dekat tunang tue menyesal tak sudah." Kawan mereka pula menyampuk.
Azriel terus bangun "Dah la kalau lepak dengan korang nie buat sakit hati aku baik aku balik je." Belum sempat Azriel nak jalan Amri tepuk bahu Azriel.
"Riel sampai hati kau buat Alya dan Aisy macam tue, mereka berdua rindukan kau. Pergi la jumpa dieorang."
"Tengok la nanti." Acuh tak acuh Azriel berkata.
"Jangan nanti jadi apa2 dekat dieorang baru kau nak menyesal. Sudah2 la merajuk tue sian Alya. Dia berusaha nak pulihkan balik hubungan dengan kau." Amri cuba pujuk Azriel.
"Okay la aku gerak dulu, aku ada hal dengan mama aku." Azriel terus berjalan menuju ke kereta.
"Okay lah bro. Elok2 drive." jerit Amri
Azriel balik ke rumah mamanya. Dia dah janji dengan mama nak pergi pasaraya beli barang untuk masak.
"Azriel dengan Alya macam mana? Dah baik ke? jangan lah merajuk lama2 sian Alya tue."
"Kami okay je mama."
"Ye ke...kalau okay kenapa tak bawa Alya datang rumah? mama rindu dekat dia."
"Nantilah mama."
"Jangan nak merajuk lama2 nanti Alya tue kena kebas dek orang baru menyesal."
"Alya dengan Aisy sihat ke? lama dah Alya tak telifon mama, selalu selang sehari dia call. Nie mama rasa dah 3 hari kot dia tak call mama."
"Sihat la kot. Nanti Riel suruh dia telifon mama. Dia busy sekarang."
"Riel tolong2 la Alya tue sama, dia dengan anak kecil lagi nak uruskan kedai lagi."
"Baiklah mama nanti Riel tolong."
"Lagi satu mama nak pesan jangan nk jcepat sangat cemburunya. Dengar dulu penjelasan dari Alya tue. Jangan nak main tuduh je. Kesian Alya tue." bebel mama Azriel.
Dalam masa yang sama Azriel terfikir apa yang Amri kata tue, Dia balik hantar mama dan singgah kedai bunga dengan kedai mainan belikan tok Alya dan Aisy.
Tiba ada mesej dari Amri bagi nama Hospital yang Alya dan Aisy ditahan wad. Azriel belikan sekali bubur marrybrown kesukaan Alya.
Sampai je dekat kaunter dia terserempak dengan Imah yang baru turun dari wad Alya.
"Azriel! kau buat apa dekat sini? kau nak jumpa Alya ke?" terkejut Imah nampak Azriel dekat kaunter nurse.
"Imah. Macam mana dengan Alya dan Aisy?". Laju je Azriel tanyakan khabar Alya dan Aisy.
"Dieorang berdua ditempatkan satu bilik, dua2 kena masuk air, kalau lambat bawa ke hospital makin teruk dehidrated dieorang berdua tue. Dengan tak makan tak minum." kata Imah sambil mengeluh.
"Allah..ye ke..tak apalah aku naik dulu la nak tengok dieorang."kata Azriel dah tak sabar nak jumpa Alya dan Aisy.
"Pergi la naik, kesian Alya dan Aisy dia rindu sangat dengan kau." kata Imah.
"Aku pon rindu dengan dieorang. Aku minta maaf sebab buat tak layan dengan dieorang." kendur aje suara Azriel bila berkata.
"Tak apa. Biasa lah dugaan bertunang aku dulu pon sama juga dengan Amri. Kau pergi lah jumpa buah hati kau tue, lama dah dia tunggu." kata Imah, azriel hanya tersenyum dan ucap terima kasih pada Imah.
Sebaik saja sampai bilik wad Alya Azriel ketuk pintu dan dia tolak pintu Alya sedang tidur dan Aisy macam tahu yang abi dia datang dia tersedar dan menangis.
Azriel pon cepat2 letak barang yang dia bawa diatas meja dan dia angkat Aisy dan peluk cium pipi Aisy. Terdiam Aisy bila Azriel angkat dia.
"Azriel!!" panggil Alya dia macam tak caya yang ada di depan dia tue Azriel. Kalau ikutkan dia mahu saja peluk tapi mereka belum sah suami isteri.
"Ya...sayang abang ada dekat sini." jawab Azriel.
"Awak saya minta maaf, saya bukan sengaja nak jumpa dengan dia, saya tak tahu dia nak datang situ, saya pergi sana nak jumpa Imah tapi dia yang datangg..awak maaf kan...." airmata Alya mula mengalir bila dia minta maaf dekat Azriel.
"Shuutttt...tak apa abang maafkan. Lepas nie nak pergi mana2 beritahu abang okay." Azriel cuba berhentikan Alya dari cakap perkara itu lagi.
"Abanggg!!" Alya terkejut bila Azriel bahasakan dirinya abang.
"Ye mulai sekarang abang nak sayang panggil abang, abang.. Abang pula panggil sayang, sayang..okay"Azriel cuba menceriakan suasana.
"Okay awak." kata Alya dalam tersenyum sambil lap airmata yang ada di kelopak matanya.
"Apa? awak?" jegil biji mata Azriel bila dengar Alya sebut nama awak.
"Ehh..abang." Alya betulkan balik ayat dia.
"Alya nak makan abang ada belikan bubur marrybrown untuk alya dan Aisy." tanya Azriel.
"Nak tiba sayang rasa lapar." Alya pon laju angguk kepala tanda nak.
"Abang tahu Alya dah berapa hari tak makan kan?" kata Azriel.
"Ye..Alya rindu abang sangat2..Alya...."tak sempat Alya nak habiskan ayat tiba Azriel potong.
"Hahhh..bukan Alya tapi sayang." Azriel marah2 manja.
"Sayang takut abang tinggalkan sayang." Sambung Alya lagi.
"Tak mungkin abang tinggalkan sayang, sayang dan Aisy nyawa abang." kata Azriel sambil pandang ke arah Alya.
"Abang marah sayang lagi ke?" Alya cuba korek kot2 Azriel masih ada marah padanya lagi.
"Tak dah..tapi abang nak merajuk sikit je."kata Azriel sambil buat mulut muncung.
"Kenapa nak merajuk lagi."Alya pelik.
"Ye la sayang tak datang pon pujuk abang asyik hantar mesej dan call je."Azriel kata dengan nada merajuk.
"Sayang takut nanti kalau sayang datang abang halau." kata Alya.
"Takkan abang nak halau buah hati abang nie." kata Azriel pula.
Alya tersenyum gembira bila Azriel dah tak marah dan merajuk dengan nya lagi. Alya makan bubur dan Azriel suap Aisy makan. Alya di tahan dalam wad selama 3 hari. Selama tue juga Azriel ulang alik bawakan makanan yang mama nya masak untuk Alya.
#jajafiza35
#deritamilikku
Share this novel