Part 26

Family Completed 34166

Setelah selesai makan malam dirumah Puan sri Maizura mereka berbual dengan rancak, Alya di dapur kemas apa yang patut.

" La puan Alya kenapa buat semua nie, biar bibik yang buat."

" Tak apa lah bibik saya yang masak saya yang kemas."

" Jangan gitu puan nanti madam marah saya."

" Tak apa jangan beritahu mama lah."

" Ishh...puan Alya nie."

Bibik menolong Alya mengemas dapur,bibik menyapu sampah dan Alya membasuh pinggan mangkuk dan periuk yang digunakan.

" Alya buat apa dekat dapur nie..jom la berbual dekat depan."

" Kejap mama."

" Sudah la tue ,Alya pon tak sihat sangatkan biar bibik yang settle kan semua tue."

" Baiklah mama."

Alya basuh tangan dan dia ikut mama ke depan. Dia pon duduk disebelah mama.

" Mama plan bulan depan nak buat family day untuk keluarga kita."

" Mama plan nak buat dekat mana?" tanya Zill.

" Alya ada idea ke?"

" Kalau kita buat dekat Langkawi okay tak mama."

" Okay juga tue, dah lama mama tak pergi langkawi."

" Berapa haribulan tue mama. Nak kena tarikh takut Zill ada outstation."

" Nanti mama beritahu dalam group whatsapp."

" Tak ada tempat lain ke? boring la langkawi tue."

" Linda ada idea ke?" tanya mama.

" Pergi oversea la baru best. Nie asyik dalam malaysia je."

" Kena tanya persetujuan semua la."

" Okay." dengan gaya sombong Linda memandang ke arah Alya.

Keesokkan harinya Puan sri menghantar mesej dalam group whatsapp untuk anak² pilih antara 2 mana satu tempat yang boleh dijadikan tempat bercuti.

Mejoriti memilih pergi ke Langkawi. Alya berasa lega bila pilihan yang dia buat semua orang pilih.

" Jangan nak suka sangat lah."

" Mesti la saya suka kak, dah lama saya nak pergi tapi tak dapat pergi."

" Kuno nye u nie, i dah boring pergi situ."

" Tak apa la nie rezeki saya dapat pergi sana."

" Dah² jangan nak seronok sangat pergi masak i nak makan nie."

Alya pon menuju ke dapur memasak. Zill melihat jadual dia mahu tengok tarikh yang mama bagi tue bertindih tak dengan kerjanya.

Linda makan masakkan Alya tiba dia muntah.
Zill yang baru balik dari kerja cepat² pergi ke tandas melihat Linda.

" Sayang u kenapa nie?"

" I makan masakkan Alya i terus muntah². Entah² Alya ada letak something dalam makanan tue."

" Kenapa u cakap macam tue, ke u mengandung?"

" Ishh...u nie kan tahu i tak boleh mengandung."

" Mana tahu keajaiban Allah."

" Dah² jangan nak merepek i penat muntah nie."

Linda melangkah ke katil dan dia merebahkan badannya. Zill turun ke bawah cari Alya.

" Alya!! Alya!!"

" Ya...saya dekat dapur nie."

" Kau masak apa?sampai Linda muntah²?"

" Saya masak macam biasa lah. nasi, lauk ayam masak merah, sayur kobis masak lemak."

" Kau ada letak racun ke?"

" Ya Allah sampai macam tue sekali awak syak saya. Awak langsung tak jaga hati saya bila awak cakap. Saya penat² masak boleh pula awak tuduh saya letak racun."

" Mana tahu awakkan tak suka Linda."

" Allahuakhbar.. saya masih waras lagi sampai nak bunuh orang."

" Hemm.."

Zill terus keluar dari dapur dan dia menuju ke tangga naik ke bilik atas untuk melihat Linda. Alya menangis di dapur hatinya kecewa dan sakit bila suaminya tuduh dia nak bunuh Linda.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

"

Share this novel

husmafiq enterprise
2023-02-09 23:33:09 

nasib kau la alya ...kalo Linda hamil sampai ke tua lah kot jadik bibik...


NovelPlus Premium

The best ads free experience