Alya dah boleh balik ke rumah. Azriel tak benarkan Alya untuk pergi ke kedai lagi. dia nak Alya berehat secukupnya.
Zill pula merancang sesuatu supaya Alya tak jadi kahwin dengan Azriel. Bagi dia Alya dan Aisy tue hak dia kalau boleh tak ada seorang pon boleh dapatkan Alya.
Zill terlalu terdesak untuk dapatkan Alya, dengan cara apapun. Janji Alya menjadi isterinya semula.
"Norman kau boleh tolong aku tak?"Zill telifon Norman minta tolong.
"Tolong apa?"kata Norman
"Aku nak perangkap ex wife aku Alya esok dekat hotel. Boleh tak kau telifonkan pejabat agama suruh serbu hotel tue." perlahan saja Zill berkata.
"Boleh tapi upahnya kena bagi lumayan lah."Norman mahu tahu bayaran yang Zill nak bayar.
"Soal bayaran kau tak payah risau lah. Macam kau tak kenal aku je."kata Zill
"Okay2 aku caya dengan kau."
"Okay esok aku mesej kau pukul berapa aku dah ada dekat hotel tue."
Zill telifon Alya katanya dia ada hal nak jumpa Alya dihotel yang tak jauh dari rumah Alya.
"Alya boleh tak abang nak jumpa buat kali terakhir dekat hotel terdekat dengan rumah Alya."
"Buat apa lagi awak nak jumpa dengan saya. Rasanya tak ada sebab lagi saya perlu jumpa awak."
"Abang nak bagi barang Alya yang Alya tinggalkan dirumah mama dulu."
"Awak buang je la saya dah tak nk barang tue semua."
"Tak boleh la.Mama pon ada sekali nak bagi hadiah perkahwinan untuk Alya."
"Ada2 je awak nie. nak jumpa dekat mana?"
"Kita jumpa dekat cafe hotel sunflower dekat dengan rumah Alya pukul 8 malam."
"Buat apa nak jumpa dekat sana? jumpa dekat kedai makan dah la."
"Mama dah order buffet dekat cafe hotel tue."
"Yelah.jumpa sekejap lagi." Alya rasa ragu2 nak pergi dan dia minta Imah ikut dia sekali.
Zill dah gembira bila dia fikir yang plan dia malam nanti akan menjadi. Dia mandi siap2 untuk pergi ke hotel dulu untuk hias dalam bilik hotel tue.
"Alya malam nie Alya akan jadi milik abang balik. Tak sabar abang nak mulakan hidup bersama Alya kembali. Lepas nie dah tak ada orang akan ganggu hidup kita lagi."bebel Zill sambil pakai baju.
Alya teragak2 untuk pergi malam nanti. Dia macam dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Tapi dia dah berjanji dengan Zill, nak tak nak dia kena pergi juga.
Alya tak beritahu pada Azriel lagi yang dia mahu pergi berjumpa dekat Zill dekat hotel. Kalau Azriel tahu mesti dia marah dan tak bagi Alya pergi. Alya pon minta Imah temankan dia.
#jajafiza35
#deritamilikku
Share this novel