Part 24

Family Completed 34166

Sewaktu balik kerja Zill fikir mahu bawa Linda dan Alya pergi rumah mama. Walaupun satu daerah dengan mamanya tapi Zill jarang sekali pergi rumah mama.

Sampai saja Zill dirumah dia terus masuk dan pergi ke bilik Alya, kebetulan Alya lupa nak kunci bilik.

Zill terpandang dahi Alya yang ditutupi oleh plaster putih.

" Alya!!! Alya!! bangun." Zill goyang tangan Alya.

" Hemmm...jangan lah kacau orang tengah tidur nie."

" Oit..bangun lah." jerkah Zill.

Alya terus terduduk, dia mengosok² matanya. Baru dia nak marah orang yang kacau dia tidur sekali dia pandang rupanya Zill yang jerkah dia.

" Apa awak nie, tak reti kejut elok² ke?"

" Aku dah kejut banyak kali kau yang tak dengar. Selamat aku tak siram air je."

" Amboii sesuka hati nak siram saya dengan air."

" Dahi kau kenapa tue?"

" Haa..saya jatuh dalam bilik air tadi."

" Macam mana boleh jatuh? lalai betul la kau nie."

" Kepala saya pening tadi tue yang tak lantai tue ada sabun sikit."

" Kau mengandung ke?"

" Ehh...dia nie asal pening ngandung, asal muntah ngandung. Tak lah saya terkena panas lama sangat tadi masa sidai baju."

" Ada² je kau nie, kalau ngandung bagitahu jangan diam je."

" Baiklah en.suami..ehhh silap en.Zill." Alya ketawa walaupun Zill buat muka tegasnya.

" Dah² pergi bersiap aku nak pergi rumah mama nie."

" Okay."

Linda berdiri di pintu bilik Alya dia mencuri dengar apa yang dibualkan oleh Zill dengan Alya.

" Fuhh...selamat pompan nie tak bagitahu aku yang buat,kalau tak mampuih aku nak hadap Zill."

"Klik..." terdengar pintu bilik Alya terbuka laju Linda lari anak ke dapur dan dia pura² keluar dari dapur.

" U dah balik ke sorry i terlelap tadi."

" Hemm...u tue memang kalau dah kenyang tidur je kejenya."

" Mana ada lah.." Linda peluk lengan sasa Zill.

Alya keluar dari bilik dan dia nak menuju ke bilik air nak mandi.

" Alya kenapa dahi u."

" Terjatuh tengahari tadi kak."

" Cuai sangat u nie, kesian u."

" Tak apa kak sikit je nie, saya jalan dulu ye nak mandi."

" Elok² kang terjatuh lagi dalam tandas."

" InsyaAllah...selagi tak ada ribut yang tolak saya tak jatuh."

Alya terus berlalu tinggalkan mereka berdua, Linda buat muka bengang apabila Alya samakan dirinya dengan ribut.

" U pergilah bersiap i nak pergi rumah mama."

" Ala u nie..lain kali la pergi."

" I dah janji dengan mama lah nak datang hari nie, dia nak jumpa dengan Alya."

" Hem...ye lah i naik atas dulu."

Zill duduk di atas sofa, dia pejam mata seketika bagi hilang penat kerja. Tiba dia terasa ada tangan sedang urut bahunya.

" Sshhuutt.. pejam je mata awak saya urutkan." kata Alya. Dia kesian dekat Zill walaupun kerja tak berat tapi penat dia kalah orang buat kerja berat.

Zill terlena sekejap sampai la Linda kejutkan dia. Dia buka mata dan memandang Linda di depan nya, dia pandang sekeliling tak nampak kelibat Alya pon.

" U nie cari apa, i kat depan mata u nie pon u tak nampak lagi ke? cantik tak i pakai baju nie." kata Linda tunjuk baju separuh labuh dengan ketat sendat.

" Tak ada apa...cantik, i naik atas mandi kejap."

Setelah siap Zill turun ke bawah dan dia melihat Linda dan Alya sudah tunggunya di sofa.

" Okay jom."

Linda laju je jalan masuk kereta dan duduk di sebelah pemandu, dia takut Alya ambil tempatnya.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience