Part 29

Family Completed 34166

Mereka semua berkumpul di rumah Puan sri Maizura sebelum bertolak ke airport. Kalau ikutkan keadaan Alya dia memang tak larat nak ikut bercuti tapi mama dah tempah tiket untuk semua.

Alya tunggu dalam kereta dia malas nak keluar dia takut dia muntah lagi. Semua ahli keluarga Zill ikuti percutian tersebut.

" Kak Alya mana abg Zill?" tanya adik bongsu Zill.

" Ada dalam kereta dia tak larat."

Lepas balik dari kampung Zill layan Alya dengan baik, dia kesian tengok Alya bila Alya muntah². Dia terfikir sampai bila dia nak bencikan Alya, tambahan pula sekarang Alya sedang mengandungkan anaknya.

" Ahh..mengada je lebih tue."

" La ye ke..adik naik kereta dengan abang Zill boleh?"

" Jom lah.Boleh teman kak Alya dekat belakang."

Miza laju masuk ke dalam kereta Zill, bila abangnya cakap Alya ada dalam kereta . Dia berbual dengan Alya sambil ketawa. Apa yang lawak pon tak tahu.

Linda sakit hati bila adik Zill layan Alya dengan baik sekali kalau dengan dia, senyum pun tak nak.

" Aii...sejak bila u jadi baik dengan perempuan tue?"

Linda belum tahu yang Alya mengandung, jadi dia pon anggap yang Alya tue cuma mengada² nak ambil kesempatan dekat Zill.

" Diakan isteri i apa salahnya i nak baik dengan dia."

" U tak ingat ke sebab dia kita jadi tak bahagia."

" I rasa sama je dengan sebelum nie, kita bahagia je kan."

" Itu bagi u bagi i tak."

" Dah² i malas nak cakap benda macam nie lagi. hilang mood i nak pergi bercuti nanti."

Zill terus tinggalkan Linda di situ, dia pergi ke papanya tanya semua dah ready ke.Linda hentak kakinya. Dia sakit hati dengan Alya sebab Alya dia gaduh dengan Zill.

" Kak..nantikan kalau baby nie keluar akak nak bagi nama apa?"

" Akak ada satu nama tapi tak tahu la abang Zill setuju ke tak?

" Apa nama dia? mesti sedap namanya."

" Akak nak letak nama Mohd Aisy Mateen."

"Sedapnya kak nama tue."

" Shutt..jangan cakap kuat² nanti kak Linda dengar."

" Opsstt..."

Mereka seronok berbual, Tak lama kemudian Zill dan Linda masuk kereta mereka berdua terus diam.

" Kenapa diam..Ini mesti uoll kutuk i kan."

" Ehh..mana ada kak Linda."

" Muka uoll nie tak boleh dipercayai."

" Lantak kak Linda lah nak percaya ke tak?" kata Miza.

Linda mencebek mulut.Alya dan Miza tersenyum bila melihat Linda buat muka macam tue.

Zill hanya melihat gelagat Alya dan Miza. Dia pon pening melayan sikap Linda yang suka main tuduh nie.

Dalam kapal terbang Alya hanya tidur bagi hilang rasa loya. Linda duduk di bahagian tepi tingkap Zill pula di tengah dan Alya tepi sekali bagi memudahkan dia pergi ke tandas bila mahu muntah.

Zill tarik kepala Alya dengan pelahan letak di bahunya. Puan sri melihat saja apa yang Zill buat. Dia berasa lega bila Zill sudah boleh terima Alya sejak Alya mengandung nie.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience