Linda dapat tahu yang Alya mengandung, dia terdengar perbualan Zill dengan Alya di dapur. Zill tak sengaja tercakap dengan kuat.
" Sayang jangan lah buat kerja berat², sian baby dekat dalam nie."
" Shuuuttt.. kemain kuat cakap nak kak Linda dengar ke?"
" Opppsss...lupa."
" Hemmm...kalau dia dengar nanti mesti kak Linda sedih."
" Nak sedih buat apa?patut dia gembira lah."
" Nak gembira macam mana awak nie, kak Lindakan tak boleh mengandung."
" Hemmm.."
Linda terdengar semua perbualan mereka berdua, Linda panas telinga bila Alya kaitkan dengan dia tak boleh mengandung.
" U tunggu Alya, apa i akan buat dekat u nanti."
Linda tengah fikir apa yang dia kena buat bagi Zill benci balik dekat Alya. Dia nampak layanan Zill terhadapnya semakin kurang dia lebih kepada Alya.
Suatu hari Zill pergi kerja Alya menghantar Zill di depan pintu dan melambai tangan ke arah kereta Zill. Tiba² Linda datang dan dia memerli Alya.
" Hantar suami u pergi kerja ke?"
" Suami kita la kak. Kak Linda nak makan ke?"
" Hari nie i terasa nak makan nasi minyak dengan nasi dagang, u boleh tolong buatkan tak?"
" Banyaknya menu kalau buat nasi minyak je boleh ke kak? esok saya buat nasi dagang."
" Ehhh...i nak makan boleh ke tak boleh ke u kena buat juga."
" Barang² nak buat tue tak ada kak."
" Kalau dah tak ada tue, pergi lah beli."
" Nak naik apa kak, selalu abang Zill hantar."
" Tak payah u nak ber'abang' dengan suami i tue. ingat ye u tue dah rampas suami i." Linda tunjal kepala Alya.
" Dia kan suami Alya juga tak salahkan, saya panggil dia abang. Lagipun abang Zill tua dari saya lagi."
" Dah² i tak nak dengar yang i nak tahu, dua nasi tue masak hari nie."
" Baiklah kak Linda."
Alya memikir bagaimana dia mahu ke kedai dengan keadaan dia begitu, dia cuba telifon Ziana tapi Ziana tak boleh tolong.
Alya tak pernah naik teksi pergi ke kedai, dia takut jika pemandu teksi tue cuba buat sesuatu kepada nya.
" Assalamualaikum imah, kau busy ke?aku nak minta tolong boleh tak?"
" Waalaikumussalam.. Aku tak busy pon, tolong apa?"
" Kau tolong belikan aku barang nak masak nasi minyak dengan nasi dagang. Madu aku nak makan dua nasi tue tapi bahan dah habis dekat rumah."
" Ooo..boleh je nanti kau wasap lah dekat aku apa barang yang kena beli tue."
" Okay² tq beb."
" Welcome."
Alya pon laju wasap barang yang diperlukan untuk memasak dua nasi itu kepada Imah. Dia berasa lega sekejap. Baru dia nak duduk Linda memanggil dia lagi.
" Alya ! Alyaa ! pekak ke apa u nie."
" Ye² kak, saya baru nak baring sekejap."
" Amboii sedapnya nak berehat awal buat kerja, nie tolong cuci baju i nie, jangan masukkan dalam mesin okay."
" Kalau kejap lagi saya buat boleh kan.?"
" Kenapa nak tunggu kejap lagi,buat sekarang lah. Hari tengah terik lagi nie, kang dah hujan habis rosak baju i."
" Baiklah kak."
Alya baru nak berehat, tapi disuruh basuh baju.Alya tak larat nak tunduk lama² dia mudah pitam sejak dia mengandung nie.
#Deritamilikku
#Jajafiza33
Share this novel