Sepanjang Linda berada di rumah itu Alya tidak tenang ada saja yang Linda buat kepada dia.
Linda pasang strategik dia mahu Alya keguguran, Linda meletakkan minyak jonhson baby di atas tangga.
" Alya..tolong i ambilkan beg baju dalam bilik i, i nak bagi u hadiah."
" Saya tak larat la kak nak naik tangga."
" La bukan tinggi mana pun tangga tue. u jangan lah malas sangat nanti anak u tue keluar jadi pemalas."
" Perlu ke kak Linda cakap macam tue." Alya pun bangun mahu pergi tiba bibik datang.
" Ngak apa cik Alya bik boleh tolong ambilkan."
" La u bik kenapa u pula sibuk nak ambil. I suruh Alya kan?bukan u."
" Cik Alya tak larat lagipun Puan sudah pesan jangan bagi cik Alya banyak naik turun tangga nanti jatuh."
" Cik Alya duduk bik pergi ambil ya." bibik pun menuju ke tangga baru 2 anak tangga bibik terpijak sesuatu dan dia pon terjatuh. Selamat bibik sempat berpaut pada tiang tangga.
" Allah...aduiii sakitnya." menjerit bibik. Alya yang tengah duduk terbangun bila dengar bibik menjerit di tangga.
" Bibik kenapa?bibik okay ke?" Alya berjalan mahu naik tangga tapi bibik tegah..
" Bibik okay, bik tersepak kaki sendiri aja..ya udah cik Alya pergi sana aja."
" Bik boleh bangun ke tak tue?"
" Boleh²..cik Alya jangan datang sini."
" Apa bising² nie, jatuh sikit pon dah bising la bik nie." kata Linda.
" Maaf ya puan Linda." kata bibik. bibik pon bangun dia naik ke bilik Linda sambil terencot² kakinya.
Bibik bawa sekali tisu untuk lap tangga yang ada minyak tersebut. Bibik pelik datang mana minyak itu. Dia sendiri yang mop tangga pagi tadi mana ada minyak di situ.
Linda tidak puas hati jeratnya tidak mengena pada Alya. Dia terpaksa fikir cara lain.
#Deritamilikku
#Jajafiza33
Share this novel