Part 49

Family Completed 34166

Alya terpinga - pinga bila Linda tuduh dia yang ambil bekas barang kemas mak mertuanya.

"Nie kan mama punya barang?" kata Linda.

"Haah...mama punya, macam mana boleh ada dalam bilik Alya." Puan Sri cepat ambil bekas tersebut dan melihat ke dalamnya.

"Semalam i nampak Alya masuk bilik u mama, and masa dia keluar i nampak dia pegang bekas tue." Linda beritahu, sambil tangannya memeluk tubuh.

"Mana ada saya masuk dalam bilik mama, kenapa kak Linda tuduh saya macam nie."Alya membela diri..Dia tak sangka yang Linda sanggup tuduh dia mencuri.

" Lagi tak nak mengaku ke? dah buat salah mencuri mengaku je la." Kata Linda sambil menampar muka Alya.

"Mama Alya tak masuk bilik mama lah, Alya tak ambil pon, Alya tak tahu macam mana bekas tue boleh ada dalam bilik Alya." Alya mula menangis , Alya pegang tangan Puan Sri

"Mama tak sangka Alya buat macam nie, selama nie mama sayang Alya macam anak sendiri." Puan Sri cepat tarik tangannya dan dia menuju ke biliknya.

" Mama..Alya tak bersalah..Alya kena fitnah mama."Alya cuba pertahankan diri.tapi Puan Sri sedikit pon tidak percaya kepadanya lagi.

"Apa bising-bising nie." kata Zill

"U tengok perempuan tue curi bekas barang kemas mama." Linda tolak kepala Alya.

"What?? Heiii...perempuan kau kenapa? Aku tak sangka, teruk perangai kau, mama aku punya sayang dekat kau, boleh kau mencuri barang kemas mama aku."jerkah Zill tanpa selidik dia cepat marah dan hina Alya.

"Abang Alya tak buat abang, tolong lah percaya Alya." Alya cuba pegang tangan Zill, tapi Zill tepis.

" Aku tak sangka ini perangai kau sebenarnya ya, kalau dari dulu aku tahu, memang tak aku nak berkahwin dengan pencuri."

"Aku memang dah tak percaya dengan kau, entah anak dalam perut tue bukan anak aku."

" Ya Allah...abang sampai hati abang cakap macam tue, nie anak abang." terkejut Alya bila dengar Zill kata begitu.

"Dah aku nak kau dengan anak dalam perut tue berambus dari rumah nie." Kata Zill sambil tarik tnagan Alya keluar dari rumah mamanya.

"Abang,tolong jangan lah buat macam nie, mana Alya nak pergi."Alya cuba keraskan kaki supaya tak bergerak mengikut Zill.

"Mama,papa tolong percaya Alya, Alya tak buat." Alya jerit panggil mama dan papa.

"Bibik...ambil kain baju perempuan nie, letak dekat luar rumah sekarang."kata Linda

"Abang jangan lah buat Alya macam nie."

"Putri Alya Zehra binti Zaid, aku ceraikan kau dengan talak satu." laju je Zill mengeluarkan kata tersebut.

Alya terkejut dan jatuh terduduk bila dengar Zill lafazkan talak kepadanya.Alya menangis teresak-esak.

"Bik cepat sikit boleh tak.letak beg tue di luar rumah." kata Linda. Terkedek-kedek bibik menarik beg Alya.

Zill tolak Alya ke luar rumah, dia tak kisah dah kalau Alya sakit sekali pon.

"Kau berambus dari sini, aku tak nak tengok muka kau dah. Lantak la kau nak hidup atau mati dengan anak kau."

Alya menangis, dia bangun dan dia tarik nafas,kemudian dia datang ke arah Zill. Dia hulur tangan tapi Zill tak menyambut tangan nya.

Alya tarik tangan Zill dan dia berkata "Terima kasih selama nie, layan saya dengan baik dan halalkan makan minum saya.saya minta ampun kalau saya ada buat salah dekat abang."

" Dah- dah u jangan nak buat drama dekat sini."

"Bagi saya salam dengan mama papa dulu,"

Alya masuk dia salam dengan kak long Zill, mereka semua tak mahu pandang muka Alya.Kemudian Alya naik tingkat atas menuju ke bilik mama.

"Mama.." Alya ketuk pintu bilik, Tan sri mahu buka pintu tapi Puan Sri tak bagi.

"Tak apa la mama, papa kalau tak nak jumpa Alya ,Alya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau Alya ada buat salah dekat mama,papa ... halalkan makan minum Alya selama nie."

"Alya sumpah Alya tak ambil bekas tue.tapi tak apa lah kalau semua orang tak nak percaya, suatu hari nanti semua akan tahu kebenarannya juga." Alya menangis teresak2 depan pintu bilik..

Tak lama kemudian Alya pon turun tangga laju Linda tarik tangan Alya heret ke luar.Alya akur dia tak percaya dengan fitnah tue semua orang tak percaya dia lagi.

Tan Sri mengeleng kepala, tengok perangai isterinya.

"Sayang tak baik buat menantu kita macam tue."

"Biar la dia, sayang tak sangka dia sanggup curi, selama nie sayang tatang dia bagai minyak yang penuh.tapi ini balasan dia."

"Kita tak tahu kebenaran tapi kita dah jatuhkan hukuman kepadanya. Macam mana kalau bukan Alya yang buat."

"Bukan apa pa, kalau tak macam mana bekas nie boleh ada dalam bilik dia."

"Jangan satu hari nanti awak kecewa dan menyesal sebab fitnah Alya macam tu."

"Sayang tak heran la abang,dari ada menantu macam tue."

Alya sedih mama dan papa langsung tak nak jumpa dia buat kali terakhir.

Alya menarik begnya sambil menangis. kemana dia mahu pergi, Dia berjalan keluar dari perkarangan rumah dan dia menoleh ke belakang, dengan menoleh ada yang datang pujuk dia kembali.Tapi itu semua hanya mimpi..

#jajafiza
#deritamilikku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience