Zill balik ke rumah mamanya selepas habis kerja. Mamanya ada masak lauk kegemaran Zill.
"Sayang mama dah sampai."
"Mama masak apa hari nie, macam sedap je bau."
"Lauk kegemaran Zill la."
"Thank you mama.. ma papa dengan adik mana?"
"Papa, adik ada dekat dalam bilik. Sekejap lagi turun la dieorang tue."
"Ooo..ma Zill naik mandi sekejap, melekit badan tadi dari site tengok projek baru."
"Pergi la berehat nanti mama panggil turun makan."
"Okay mem."
Zill pon berlalu naik ke bilik untuk mandi dan berehat sekejap. Zill telifon Linda tapi tak berangkat. Dia nak beritahu yang dia ada di rumah mama dan makan disini.
Tak lama kemudian bibik naik ke atas dan panggil Zill untuk turun ke bawah makan. Zill pon keluar dah turun ke bawah di meja makan mama, papa, adik nya sedang tunggu.
Adik Zill pandang ke arah Zill. Dia teragak2 untuk terus beritahu kepada Zill.
"Nanti la kena kumpul ramai2 nie baru gempak cite nie.hihi" gelak adik Zill.
"Kamu dah kenapa Amiza gelak sorang2?"
"Haa..tak ada apa2 mama..saja je."
"Ada2 je kamu nie. Zill tidur sini lah malam nie. Lama mama tak berbual dengan kamu."
"Zill ingat nak balik kesian pula Linda dekat rumah sorang2."
"Ye ke..tengah sorang2 ke ada yang temankan." nyampuk Ziana.
"Kenapa kamu cakap macam tue Amiza?"marah mama.
"Tak ada apalah mama, lama2 nanti mama tahu la. Dah jom la kita makan Amiza dah lapar nie."
Papa membaca doa makan dan mereka makan tanpa mengeluarkan soalan.tue peraturan yang dah ditetapkan dari kecil dekat meja makan tak boleh nak berbual.
Selesai makan mereka bertiga duduk melihat tv, Amiza minta diri naik ke atas. Zill pon bingkas bangun dan kejar Amiza.
"Adik apa maksud awak kak Linda ada yang teman?"
"Tak ada apalah abang Zill, adik teka je.Adik masuk bilik dulu la adik nak buat kerja sikit." Amiza berlalu pergi.
Zill masih berdiri di situ dan dia terfikir apa maksud Amiza tadi. "Ahhh....malas aku nak fikir buat serabut kepala nie je." Omel Zill sendirian. Zill pon turun dan dia minta diri untuk pulang ke rumahnya.
Pada hujung minggu semua adik beradik Zill berkumpul dirumah mamanya. Amiza menyampah tengok Linda yang gedik dengan Zill.
Amiza dia mahu kumpul banyak sikit bukti kecurangan Linda baru dia akan bongkarkan kepada keluarganya.
Dia perlu bersabar untuk mencari bukti.. "Sikit je masa lagi apa yang kau buat dekat kak Alya dlu akan berlaku kepada kau pula." kata Amiza
#jajafiza35
#deritamilikku
Share this novel