Puan sri dan Tan sri baru balik dari outstation, Zill pon ada sekali bersama mereka. Linda dapat panggilan dari Zill, mengatakan dia on the way balik dengan mama dan papanya.
Sebaik sampai diperkarangan rumah Linda berlari anak mendapatkan Zill, Alya memandang dari pintu rumah.
Mengalir air mata, dia terlalu rindukan Zill. Tapi Zill langsung tidak rindukan Alya. Mereka semua menuju ke dalam rumah Alya menghulur tangan tapi tak disambut Zill, Linda pon laju menolak tangan Alya dan berbisik di telinga Alya.
" U rasa Zill nak ke salam dengan perempuan kotor macam u nie? "Linda terus masuk ke dalam rumah.
Alya terkedu dan berjurai air matanya bila dengar Linda kata begitu.
Bibik sibuk sediakan makan di dapur. Zill, Linda, papa dan mama sedang berbual di sofa Alya memanggil mereka semua makan.
" Mama, papa, abang, kak linda makanan dah siap di hidang boleh la makan."
" Jom kita makan" kata papa
" Alya mari makan sekali, dari tadi sibuk tolong bibik masak dekat dapur. duduk sebelah Zill nie." kata mama.
Belum sempat Alya nak duduk Linda dulu duduk di sebelah Zill. Alya pon beralah dan duduk di sebelah mama.
Alya mahu mengambil lauk untuk Zill tapi Linda laju je angkat dulu lauk tue
" Abang nak lauk asam pedas ikan pari?"
" Nak u, i tahu u memang suka makan asam pedas ikan parikan.."
" Tq sayang." Zill saja menekankan perkataan sayang tue kepada Linda.
Alya yang baru bangun nak ambil lauk tue kembali duduk bila Linda yang angkat dulu mangkuk lauk.
" Alya makan banyak sikit, makin kurus dah mama tengok Alya nie."
" Tak la mama Alya gemuk la."
" Ye.. mama Alya seminggu nie kurang makan mama, puas i pujuk dia suruh makan. tapi dia tak nak."
" Sayang jangan lah macam tue, kesian baby dalam tue, nanti Alya sakit macam mana."
" Tak apa mama nanti kalau Alya lapar , Alya makan lagi."
" Tengok ada je alasan dia."
Alya menjeling ke arah Zill, tapi Zill langsung tak memandang ke arahnya.
' Marah betul abang dengan Alyakan. Sampai hati abang tak nak pandang isteri abang nie.' Alya berkata dalam hati sambil memandang ke arah Zill.
Selepas makan Zill ajak Linda balik ke rumah nya. Alya cuba untuk bercakap dengan Zill tapi Zill buat tak tahu bila Alya memanggil nama nya.
" Abang...abang kejap lah, Alya nak cakap dengan abang."
" Abang tolonglah jangan buat Alya macam nie."
" Abang!!"
Zill terus berlalu tanpa memandang ke arah belakang.
" Kesiannya u ada suami tapi tak nak layan u, itu la padahnya ambil suami i lagi. Nie baru sikit, nanti u tengok apa yang i nak buat lagi."
Linda terus berlalu pergi mengejar Zill yang dah masuk ke dalam kereta.
Alya menangis teresak² diluar rumah..Alya dah tak tahu macam mana lagi mahu pujuk Zill dan bercakap dengan Zill.
#jajafiza
#deritamilikku
Share this novel