PART 20

Family Completed 34166

Alya masuk ke dalam bilik, Zill yang sedang baring di atas katil di pandang lama. Alya teringat muka bengis Zill waktu marah dia dalam kereta tadi.

Tiba Zill bangun dan dia pandang Alya.

" Dah kenapa jadi guard dekat situ? pergi la mandi."

Tersentak Alya bila dengar Zill bersuara. Laju kaki Alya pergi ke beg dia dan keluarkan baju untuk dipakai.

Setelah selesai mandi Alya keluar dan mengambil telekung dan dia solat. Selepas solat dia pakai kembali tudung , dia berasa janggal bila tidak pakai tudung walaupun depan suaminya.

" Kau dah kenapa pakai tudung dalam rumah."

" Hemmm...saya dah biasa pkai tudung dalam rumah kalau ada lelaki bukan muhrim."

" Dah aku nie siapa?".

" Awak suami saya.."

" Aku nak kau buka tudung tue."

" Bagi saya biasa dulu boleh, saya masih rasa janggal."

" Aku cakap buka..kau buka."

Alya jadi serba salah, Tak cabut kang cakap ingkar cakap suami.

" Bukalah!!"

Laju tangan Alya buka tudungnya. Terlihat rambut Alya yang panjang keperangan cantik..

" Boleh pon kan buka. Saja nak bagi aku naik hangin."

Mengalir airmata Alya dia tak sangka macam nie layanan Zill berikan kepadanya. Tak sampai sehari berkahwin Zill dah marah² dia.

Zill bangun dari katil dan dia datang ke arah Alya, Alya mengundur ke belakang sampai Alya rasa dia dah tak boleh nak mengundur lagi. Zill letakkan tangan dia di rambut Alya dan dia belai rambut Alya. Alya cuba mengelak tapi di tahan.

" Kau nak lari mana? sekarang kau hak aku."

" Awak pergi la mandi, saya nak turun bawah tolong mama masak."

" Kau rasa aku akan lepas kau macam tue je ke?"

" Sian mama masak sorang², biar la saya tolong mama."

Zill terus tolak Alya ke katil. Alya jatuh terlentang di atas tilam, Zill tunduk dan dia tindih badan Alya.

" Kau milik aku sekarang, kalau aku nak kau kena turutkan."

Alya dah berdebar dan takut bila renung mata Zill. Dia tak bersedia lagi untuk menjalankan amanahnya, dalam masa yang sama dia tak boleh ingkar kata suaminya. Alya terpaksa merelakan dengan airmata.

Alya tolak badan Zill dengan kuat, dia lari masuk tandas. Dalam tandas dia menangis kenapa perlu paksa untuk bersama.

Alya keluar dari tandas dan dia sapu bedak pada muka bagi tidak nampak yang mata dia bengkak sebab menangis.
Zill tertidur keletihan, Alya ambil kesempatan itu turun ke bawah dan menuju ke dapur tolong mama masak.

" La kenapa turun Alya berehat la."

" Tak apa mama.."

" Zill mana?"

" Abang Zill tidur, dia kata dia letih."

" Ooo..ye ke..Alya tolong mama Ambilkan sayur dan potong."

" Okay mama."

Selepas sejam berperang didapur akhirnya siap juga hidangan makan malam. Puan sri suruh Alya panggil Zill.Baru selaruh tangga Alya naik Zill pon turun.

" Awak mama ajak makan."

" Hemm.."

Zill pon turun tanpa tunggu Alya, Zill terus duduk dekat kerusi yang selalu dia duduk. Mereka berdua tunggu papa n adik beradik Zill turun makan sekali. Zill berbisik di telinga Alya.

" Malam nie aku nak lagi. Aku nak tengok kau boleh mengandung atau tak."

Alya terpaku bila dengar Zill kata begitu. Dia tak sangka Zill sanggup buat dia macam tue. Alya bangun dari kerusi kebetulan Puan sri baru turun dari biliknya.

" Ehh...Alya nak pergi mana nie?"

" Alya nak tak larat la mama, sakit kepala."

" La ye ke...teruk ke?nak penadol tak?"

" Tak yah mama, tadi dah makan dah."

" Zill nanti tengok² kan Alya tue..takut melarat pula."

" Baiklah mama."

Semua dah ada dimeja makan, papa Zill bacakan doa dan mereka makan bersama², Zill langsung tak rasa bersalah dengan apa yang dia dah buat.

Dalam bilik Alya ambil bantal dan dia baring dekat atas sofa. Dia baru nak lelapkan mata dia terdengar pintu bilik terbuka.

Dia pandang ke arah pintu Zill masuk dan tutup pintu. Dia datang ke arah Alya, Alya jadi tak tentu arah bila dia teringat apa yang Zill kata pada nya tadi.

#Deritamilikku
#Jajafiza33

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience