Klinik.
"Shaaa.. Aku tengok kau ni macam serabut jerr.. Apa yang sedang bermain difikiran kau.." soal Mawar.
"Entah laa.. aku pun tak tahu laa.. Kau tahu kan pasal ex Jan tu.. Hmmm.. aku tak tahu nak buat apa lagi.. Aku banyak mengalah lately ni.." kata Hane.
"Mengalah sebab apa..?"
"Aku rasa macam aku bersalah dalam masalah ni.. aku orang ketiga dalam hubungan Jan and Dhiya.." jawab Hane.
"Apa pulak.. Kau dengan Jan tu dah jodoh.. Dhiya dengan Jan tu dah takde jodoh.. Kau kena tahu tu.." kata Mawar.
"Entah laa.. Aku rasa tak sedap hati jerr.. Macam ada sesuatu berlaku.." luah Hane.
"Banyakkan istigfar.. Ingat anak dalam tu.. Jangan nak fikir bukan-bukan.. Allah dan tentukan perjalan hidup kau.. Kau kena harunginya walaupun sukar.." kata Mawar beri nasihat.
Kringggg... Kring.....
"Hello.. Kenapa Gad..?" soal Hane menjawab panggilan masuk itu.
"Apa..?! Ann tak masuk office..?" soal Hane terkejut.
"I ingat dia ada meeting pagi ni.. Sebab I call dia, fone dia off.." kata Hane.
"Cuba pergi rumah tengok rumah kami.. Sebabnya semalam Ann ada bagitahu ada orang masuk rumah.. Tu dia pergi tengok.." kata Hane.
"Nanti apa-apa update kat I.." kata Hane dan mematikan panggilan tersebut.
"Jom pergi rumah aku.. Aku tak sedap hatilah.." kata Hane dan mula gelisah.
Hane dan Mawar bergegas segera ke destinasinya. Hane memandu laju tidak memikir keselamatan dirinya dan sekelilingnya.
"Slow laa Shaa.. Laju-lajuu tempah maut laa.." tegur Mawar.
"Aku tak sedap hatilah.." kata Hane.
"Iye tahu.. bawa istigfar.. Doa banyak-banyak.." kata Mawar.
Kegelisahan Hane akhirnya sampai jua mereka ke destinasi. Kereta dan kasut Jan berada di rumah tersebut. Hane membuka pintu rumah tersebut dan memanggil nama suaminya tetapi tiada sahutan. Keadaan rumah yang rapi tiada unsur kena pecah masuk membuatkan Hane berfikir ke arah lain.
"Rumah ni ada cctv tak..?" soal Mawar.
"Adaa.. Jom ikut aku.." Hane berjalan ke ruang pusat kawalan rumah tersebut.
Hane mencari kelibat suaminya satu persatu melalui cctv. Pemikiran Hane yang sudah berfikiran negatif membuatkan dirinya terleka.
"Hane..!" sapa Gad.
"Gad..!" sapa Hane terkejut.
"Ada tak..?" soal Gad.
"Tak ada.." jawab Hane.
"Biar I check pula.." Gad mengambil alih komputer tersebut. "Pukul berapa Jan last mesej you..?" soal Gad.
"Pukul 3:15 macam tu.." jawab Hane.
Gad membuka sejarah rakaman cctv pada waktu itu.
"Jan ada tu.." kata Mawar.
Gad membuka satu persatu sehingga Jan memasuki ke ruang tingkat bawah. Gad membuka setiap jam rakaman didepan bilik tersebut ternyata Jan masih belum keluar daripada situ.
"Dalam tu takde cctv ke ?" soal Mawar.
"Ada.. Tapi ada password.." kata Gad.
"I try buka pintu tu jap.." Hane pergi buka pintu tersebut dan ianya berkunci.
"So how now ?" soal Mawar.
"Biar I cuba masukkan password ni.." Hane menekan tarikh lahir Jan. "Error" kata Hane.
"You try dulu.. I cuba ketuk pintu tu dulu.." kata Gad.
Hane mencuba segala pin dan kata laluan kemungkin berjaya tetapi hasilnya tidak berjaya.
"Cuba masukkan birthday date Dhiya.." cadang Mawar.
Hane memasukkan nombor tersebut.
"Hah..! Dah boleh bukak.." kata Mawar.
"Jap.." Hane menekan butang 'Enter' untuk mencari pergerakkan mahluk bernafas panas.
"Asal gelap jee bilik ni.." tegur Mawar.
"Bilik rahsia.." kata Hane.
"Sha..!"
Secara tiba-tiba Hane jatuh pengsan.
"Gad..!" jerit Mawar.
"Hane..!" terkejut Gad.
"Macam mane ..."
"Tu.." Mawar tunjuk ke screen komputer tersebut.
"Ya Allah.. I bawa Hane masuk bilik dulu.." Gad mengangkat Hane ke bilik tidur.
Tanpa berlenggah lagi, Gad cuba memecahkan pintu tersebut dengan pelbagai peralatan yang ada didalam tersebut.
"Badan Hane panas tiba-tiba.." kata Mawar pada Gad.
"Arghhh..!!!" Jerit Gad berasa marah. "Kita pergi hospital dulu.." kata Gad dan bergegas segera membawa Hane ke hospital.
_________________
Hane dimasukkan ke dalam wad untuk dipantau. Mawar dan Gad menemani Hane sementara menunggu Hane sedarkan diri.
"I try call Jan lagi.." kata Gad.
"No need laa.. I kecewa dengan diaa.. Sampainya hati dia buat Hane macam ni.." kata Mawar.
"I pun tak sangka.. I sendiri pun terkejut.. I tak tahu nak cakap apa.." kata Gad.
Beberapa jam kemudian Jan memunculkan dirinya.
Dushhh..!
Satu tumbukkan sampai dimuka Jan.
"Kenape ni ?!" soal Jan marah.
"Berani kau tunjuk muka kau depan aku.." kata Gad tenang.
"Aku nak jumpa Hane.." kata Jan.
"Aku tak rasa Hane nak jumpa kau.. Baik kau berambuss dari sini lah..!" kata Gad meninggikan suaranya.
"Aku boleh explain.. Sebab tu aku nak jumpa Hane.. Cakap terus terang dengan dia.." kata Jan.
"Shaa dah bangun..!" kata Mawar keluar daripada bilik wad Hane.
Jan dan Gad terus lupa apa yang dipersoalkan dan bergegas segera mendapatkan Hane.
"I tak rasa Hane nak jumpa dengan you.." Mawar menahan Jan daripada masuk.
"Dia isteri I.. I ada hak.." kata Jan.
"Bagi Hane masa.. Dia masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku.." kata Mawar.
"I can explain.." kata Jan merayu pada Mawar.
"No..!" kata Mawar dan munutup pintu.
"Arghhhh..! Tak guna !" amuk Jan dan berlalu pergi.
*****************
D.N Empire.
"Wey Ann.. Hane macam mane..?" soal Faizal.
"Arghhh serabut ! Kau blaa dari bilik aku.. Serabutt !" marah Jan.
"Hekk elehhh.. Sendiri yang buat hal.. Sendiri serabut.." sinis Faizal.
"Ehh berambus laaa..!!" amuk Jan dengan kata Faizal.
"Hello.. aku nak jumpa kau sekarang..! Aku tunggu dekat office.." kata Jan dalam panggilannya.
Tidak lama kemudian orang yang dinanti oleh Jan telah tiba.
"Kau nak explain apa tadi..?" soal Gad.
"Hane macam mane ?" soal Jan.
"Dia demam sikit.." jawab Gad.
"Anak aku ?"
"Okay juga.." jawab Gad. "Kau nak explain apa pulak kali ni..?" soal Gad.
Jan menjelaskan situasi sebenar kepada Gad. Gad hanya mendengar tanpa memberi sebarang pertanyaan.
__________________
Hospital
"Jan ada datang cari aku tak ?" soal Hane.
"Ada.." jawab Mawar.
"Kenapa dia tak jumpa aku.. Dia malu ke nak jumpa dengan aku.." kata Hane.
"Tak.. Aku yang tak bagi Jan jumpa kau.. Aku taknak kau tertekan.." kata Mawar.
"Hmmm.. Dia kan suami aku.." kata Hane bersuara sedih.
"Sorry laa.. Bukan apa.. Kesian aku dengan kau.. dengan baby lagi.. Maafkan aku kay.. Kau cakap jee nak makan apa.. Aku belikan.." pujuk Mawar.
"Aku nak rehat.. Kau baliklahh dulu.. Shif kau dah habis pun kan.." kata Hane.
"Jangan laa macam tu.. Aku sayang kau.. Aku boleh jaga kau.." kata Mawar memujuk Hane lagi.
"Aku boleh tinggal sorang.. Kau pun mesti penatkan.. Kau balik jee.. Aku okay jee.. Aku tahu nanti Jan datang teman aku.. Jaga aku.." kata Hane menyedapkan hati.
"Hmmm.. kau nak aku pergi kan.. Okay.. aku pergi.. Apa-apa call aku ." kata Mawar sebelum keluar daripada bilik Hane.
Hane tinggal keseorangan tanpa ditemani sesiapa pun. Hane mengharapkan Jan akan datang pada petang itu untuk menjaganya tetapi harapan menjadi harapan sahaja. Jan tidak memunculkan diri walaupun hari sudah lewat malam. Akhirnya, Hane tidur dalam kehampaan dan terluka didalam hati.
************************
Jam 01:15 pagi..
"Hi sayang..." kata Jan perlahan dan mencium dahi Hane yang sedang lena dibuai mimpi.
"B mintak maaf sebab B dah buat sayang kecewa dengan B.. Maafkan B dah buat sayang sakit sekarang.. B tahu.. B bukan suami yang baik buat sayang.. B malu dengan anak kita dengan sikap B sendiri.. B takut untuk berjanji untuk tidak menyakiti sayang.. Sebab B tak tahu apa yang B buat ni betul ke tak.." luah Jan merenung ke wajah Hane.
"Hi baby daddy.. Baby rindu daddy tak..? Daddy rindu baby and mummy.." kata Jan dengan perut yang makin hari makin besar itu dan menciumnya.
"Sayang..." Jan membangunkan Hane.
"Sayang.. B datang ni.." kejut Jan.
"Hmmmm..." Hane mengeluh.
"Sayang.. Jom kita balik.. Kita balik rumah kita..." kata Jan pada Hane.
"Dah boleh balik ke..?" soal Hane kemamaian.
"Dahh sayang.. Doktor bagi sayang balik sekarang.. Kita balik yee.." kata Jan dan menyedarkan Hane untuk bangun.
"Jam pukul berapa ?"
"2:15 sayang.. why ?"
"Kita balik nanti pagi.. Hane mengantuk.." kata Hane.
"Sayang sambung tidur dekat rumah kita.. Kita balik sekarang.. Please.." pujuk Jan.
"Hmmm.." Hane masih mamai paksa diri bangun.
"Jom.. B angkat sayang.." kata Jan dan mengangkat Hane.
"Ehhh..!" Hane terkejut kerana Jan mengangkatnya. "Hane boleh jalan.." kata Hane.
"Sayang ringan jee.." kata Jan. "Bukakkan pintu please.." arah Jan pada Hane.
Sampai didepan lift ada beberapa orang jururawat yang menegur Jan dan Hane. Hane pula tidak sanggup berhadapan dengan orang ramai debgan keadaan begini.
"Nak pergi mana ni..?" soal jururawat tersebut.
"Makan angin jap.." jawab Jan.
"B tipu sayang ke..?" bisik Hane perlahan.
"Saya boleh bawakan wheelchair.." seoarang lagi jururawat menawarkan diri nak membantu.
"Takpe.. Nak bermanja sikit.." kata Jan.
"Tapi jangan lama-lama.. Sebab Puan masih demam tu.." kata lagi jururawatnya.
"Okay.." jawab Jan dan berjalan memasuki lift.
"B nak bawa lari Hane ke ?" soal Hane.
"Yes.." jawab Jan.
"But why..?" soal Hane.
"Because I love you.." jawab Jan dan memandang ke arah mata Hane.
"I know.. But why sampai macam ni sekali.." soal Hane lagi yang masih tidak berpuas hati lagi.
Jan hanya mendiamkan diri sehingga sampai di tingkat meletakkan kenderaan.
"Kereta mana ?" soal Jan pada orang suruhannya.
"Kenapa buat macam ni..?" marah Hane dan menepuk dada Jan.
"Terpaksa. " ringkas Jan berkata.
"Kereta dah siap Tuan.." jawab orang suruhannya.
"B jahat.. Jahat.. Jahat..." Hane mengamuk dan memukul Jan lagi.
Jan tidak peduli dan terus bawa Hane masuk ke dalam kereta yang disediakan.
"Kita kena pergi dari sini.." kata Jan cuba menenangkan Hane.
"Kau nak bawa aku pergi mana hahhh..?!" soal Hane dalam amukkan.
"Jauh dari sini.." jawab Jan.
"Aku taknak.. pulangkan akuu balik.. Aku nak balik.." amuk Hane.
"Sayang.. sayang.. Dengar dulu.. B terpaksa.. Ini jee cara untuk B jaga sayang.." Jan memeluk Hane dan membelai kepala Hane cuba menengkannya.
"Tipuu...."
"Betul.. B terpaksa buat semua ni.. Maafkan B.." kata Jan masih dalam keadaan memujuk.
Dalam keadaan begini Jan terpaksa menyuntik Hane ubat tidur supaya Hane tidak menghabiskan tenaganya menyoalkan pelbagai soalan. Tidak lama kemudian Hane sudah terdiam dan tidur dibahu Jan.
"Maafkan B sayang.. B terpaksa.." kata Jan dan membetulkan medudukkan Hane.
"Tolong cepat sikit yee.." kata Jan beri arahan.
Perjalanan jauh yang memakan masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disitu menempat sebuah rumah simpan yang terjaga rapi. Jan membawa Hane pergi jauh daripada semua orang.
bersambung....
(3 Oct 2020 2:45 a.m )
(Done create and publish)
Saya cuba menamatkan cerita ini secepat yang mungkin.. Harap semua sudi menunggu dan membaca dari 1 chapter ke 1 chapter.. Terima kasih.. Saya juga masih cuba bahagikan masa untuk menghabiskan cerita ini..
Share this novel