Keesokkan paginya...
Rutin pagi Faziah semasa Hane menginap di kediamannya, Faziah akan mandi dan siapkan si kembar. Tapi pada pagi ini Faziah tanpa sengaja memasuki bilik tidur Jan dan melihat sepasang suami isteri yang sedang nyenyak tidur berpelukkan tanpa menyedari anak kembar mereka sudah bangun, maka dengan itu Faziah menculik Feel dan Reen bawa keluar daripada bilik itu.
"Kenapalah aku masuk.. kan Ann ada dalam bilik ni.." omel Faziah sendiri.
"Hi cucu tokma.. Jom kita main dekat bilik tokma.. Biar mummy daddy tidur dulu.. tengoklah tu.. Anak dah bangun pun, masih belum bangun lagi.." kata Faziah pada si kembar.
"Mujurlah tak tersepak tadi.. Merata letak baju.." kata Faziah menggelengkan kepalanya melihat pakaian dalam Hane diletakkan ni bucu kaki katil.
"Jom lah kita keluar.. Nanti tokma bagi susu.. bagi mandi wangi-wangi.." Faziah membawa keluar si kembar itu, dan minta pembantu rumah jagakan kembar sementara Faziah masuk semula mengambil barang mandian kembar dan pakaian mereka.
Kringggg... Kriinggggg
(Telefone Jan berdering.)
"Sibuk jee kau.. Dah perosak.." kata Faziah dan mematikan telefone Jan dan berjalan keluar semula.
________________________________
[10.30 a.m]
TUKKK..!! TUKKKK...!!!
"Megat..!! I tahu you dekat dalam bilik ni dengan perempuan tu kan..!" Jerit Dhiya daripada pintu bilik Jan.
"Dhiya !" Kata Hane terkejut daripada tidurnya.
"Heyyy perempuan.. Kau gilaa talak ke..?!" Kata Dhiya.
"Ann.. Wife you ada sini.." kata Hane kejutkan Jan.
"Hah..! Dhiya ?" Soal Jan terkejut.
"Iyaaa.. Apa kita nak buat ni..?" Soal Hane dan sambil menyarungkan bathrobenya.
"Feel and Reen mana ?" Soal Jan.
"Dekat mama.. Tadi ada nampak mama masuk bilik.. Tapi Hane malu nak bangun.. Segan dengan keadaan Hane yang takde apa-apa ni.." kata Hane.
"Sayang tunggu jee dalam bilik ni.. Biar Ann yang uruskan.." kata Jan sambil memakai bathrobenya juga.
"Hane takut.." kata Hane.
"Jangan takut.. Ann kan ada.. Ann akan jaga Hane.. Trust on me kay.." kata Jan dan mencium dahi Hane.
"Heyy PEREMPUAN ! BUKALAH PINTU NI ! AKU TAHU KAU DENGAN SUAMI AKU !" kata Dhiya terjerit-jerit sambil mengetuk pintu bilik Jan.
Klikkk...
"You buat apaa datang sini..?" Soal Jan.
"You dengan siapa dekat dalam tu ?" Soal Dhiya.
"Tak ada siapa.." Jawab Jan.
"I tak percaya.. Tadi bibik cakap Lishane ada dalam bilik ni..?" Balas Dhiya.
"Macam mana you boleh masuk ?" Soal Jan tidak mahu jawab soalan Dhiya.
"I tak boleh datang sini ke ? I isteri you.. Dia bekas isteri you.. BEKAS..!" kata Dhiya sambil jerkah pada Jan.
"Jaga sikit mulut you.. You yang tengah sarat mengandung pun masih boleh tahan lagi ye mulut you.. You pergi baliklahh.. Nanti I baliklah tengok you.." kata Jan.
"I taknak balik.. I tak akan balik selagi I tak jumpa perempuan tu..! Aduhhh... Eeisshh.." kata Dhiya sambil mengadu sakit.
"See.. You pergi balik lahh dulu.. Nanti terberanak dekat sini pulak.. I tak ada masa nak layan kerenah you, Dee.." kata Jan ingin masuk semula ke dalam biliknya.
Dummbbbb......
"Dhiii yaaaaa..!" Kata Hane terkejut melihat Dhiya masuk ke bilik.
"Dee.. apa ni.. Ini soal peribadi I..! You tak ada hak..!" Kata Jan menghalang Dhiya daripada Hane.
"Apa you cuba buat ni Megat ? You dah tak sayang I ke..? Tergamak you buat I macam ni.. I sangkakan you pergi outstation.. Rupanyaa you dengan perempuan ni.." kata Dhiya melepaskan marahnya pada Jan.
"I memang pergi outstation.. Semalam I balik.. Mama cakap Hane dengan anak I ada sini.. So I nak luangkan masa dengan anak-anak I.." terang Jan.
"You nak luang masa dengan anak-anak ke you nak layan nafsu perempuan murahan ni.."
PANGGG...!!
"Jangan berani kau nak sebut isteri aku PEREMPUAN MURAHAN.. Kau ingat aku tak tahu apa kau buat belakang aku..?!" Soal Jan selepas melepaskan satu tamparan pada Dhiya.
"Apa I buat itu sebab kerana you..! You sikit pun taknak layan as your wife.. You sikit pun taknak sentuh I.. Jijik sangat ke I ni..?" Soal Dhiya.
"YES !" Jawab Jan.
"Perempuan tu patut you jijik.. Berapa ramai lelaki yang dah rasa dia.. You jee yang booo ...."
Pangg...!!!
"Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan.. Kau tu yang patut malu dengan perbuatan kau sendiri Dhiyaa..!" Kata Hane berikan satu tamparan lagi pada Dhiya yang cuba menjatuhkan maruahnya.
"You ingat I tak tahu anak dalam tu anak siapa.. Apa yang jadi pada I and Hane sekarang semua your plans.. right ?" Soal Jan.
"Apa bising-bising ni..?" Soal Faziah dimuka pintu bilik Jan.
"Maaa.. tengok dia orang.. Dia orang tidur sama.." adu Dhiya.
"Apaa kamu berdua dah buat ni..?" Soal Faziah pada Hane dan Jan.
"Jan dengan Hane dah rujuk maa.. Kami nak bina semula masjid kami.." kata Jan sambil mengengam tangan Hane disisinya.
"Betul ke Hane ? Bukan sebab Jan paksa kamu ?" Soal Faziah lagi.
"Yee maa.. Hane nak Ann jadi suami dan ayah kepada Qeef and Reen maa.." jawab Hane.
"Okay.. mama setuju dan restuinya ..."
"Apa ni maa.. perempuan tu PERAMPAS.." kata Dhiya.
"KAU TU yang PERAMPAS !" Kata Faziah pada Dhiya. "Macam mana kau boleh masuk rumah aku ? Aku baru tinggal rumah ni sekejap, kau masuk dengan alasan isteri Megat ke ?" Soal Faziah.
"Apaa tak kena dengan orang dalam rumah ni.. Semua dah benci Dhiya ke ?" Soal Dhiya kesedihan.
"Yes.. because of your atitude..!" jawab Jan.
"Dee sah isteri Megat.. Apa salahnyaa Dee dalam rumah ni..? Patut yang salah sekarang ni Perempuan tu.. Apa dia buat dalam bilik suami Dee.. Kenapa itu yang mama tak nampak..?" Soal Dhiya.
"Itu bukan urusan you.." kata Jan.
"Dia orang tak bercerai pun lah.. Kau tu jee bodoh.. Taksub sangat nak kahwin dengan anak aku.. Kau nak musnahkan rumah tangga anak menantu aku.. kau ingat kau siapa.. Boleh lawan aku..?" Kata Faziah.
"Apa ni maa.. Habis selama ni.. Peguam yang datang tuu ...." Kata Hane pelik.
"Its FAKE Hane.. Ini semua plan mama.. Mama nak tengok permainan dia orang ni macam ni.." kata Faziah.
"Bukan Dee seorang je yang bersalah.. Anak mama si Faizal itupun terlibat.." balas Dhiya.
"I know.. Aku dah pun buang dia daripada keluarga aku.. Kau pun aku tak anggap menantu.. Anak dalam perut tu, aku boleh terima sebab dia tak bersalah.. Mak Bapaknya yang bodoh.." kata Faziah.
"Dah you pergi balik.. Nanti I balik rumah you.." kata Jan.
"I nak balik dengan you.." kata Dhiya.
"Tak payah baliklah.. Kau duduk bilik guest tu.. Ini pun dah beranak.. Sibuk ke hulu ke hilir cari pasal.. Berubahlahh Dhiya.. Tunjukkan diri kau tu sebagai muslimah yang sejati bukan hati yang busuk.." kata Faziah sebelum berlalu pergi.
"I tak izinkan you jejak lagi dalam bilik ni.. Ni bukan bilik you.. Ini bilik I and Hane.. You nak apa-apa call bibik.. I busy dengan anak-anak and isteri I.." kata Jan sebelum menutup pintu.
"Kenapa cakap macam tu..?" Soal Hane.
"Biarkan dia rasa.. Dia ingat apa dia buat semuanya betul ke.. Sakit tau hati.. Dah laa jom kita mandi.. Tak perlu pun fikirkan diaa.." kata Jan sambil memegang tangan Hane.
"Dia kan tengah mengandung.. kesian dia.. memang Hane marah dengan apa dia buat, dia cakap.. Tapi itukan emosi ibu mengandung.. Siapa jee yang tak marah, meroyan kalau suami dia tidur dengan perempuan lain.." kata Hane.
"Shhuuhhhh... B bukan tidur dengan orang lain.. B tidur dengan isteri kesayangan b.. B taknak ulangi benda yang sama.. Only you can be mine.." kata Jan sambil mengusap pipi dan membelai kepala Hane.
"Then pasal penceraian kita tu.. Ann sign.. Hane sign..?" Soal Jan.
"Itu nanti kita tanya mama.. Tapi mama tadi dah jawab yang itu palsu.. so that means.. Kita boleh bina hidup baru kita sayang.. Cancelkan majlis yang papa plan kan untuk Hane tu.." kata Jan suka.
"Kena balik rumah papa laa.. kena bagi tahu papa hal sebenar.." kata Hane.
"Jom mandi.. siap-siap.. cari Qeef and Reen.. Ingat kita ada anak kembar.. Bukan berdua jee.." kata Jan menarik tangan Hane.
"Tak lupa pun.. Ann pergi mandi dulu.. Hane lupa nak pam susu.." kata Hane.
"Mandi dulu.. cuci muka tu.. Lagi pun tak banyak pun kan.. Kan Ann dah tolong pam kan malam tadi.." kata Jan nakal mengusik Hane.
"Ishhh... Taknak laa cakap pasal tu.. malu laa.. Ingat anak jee suka menyusu badan.. Rupanya daddy dia pun.." kata Hane.
"Hahahahaaa.. Ann pun baby kan.. Dahh jom mandi.. Nanti Ann tolong pam lagi.. Tak berat dah nanti.." kata Jan mengusik lagi.
Ketika itu, mereka berdualah suami isteri yang bahagia. Seperti pengantin baru yang dihijab qabulkan.
********************
Dhiya mengalah dengan apa yang sudah terjadi pada dirinya. Dhiya tidak sangka diperlakukan begini dengan keluarga Megat Fauzan, disangkakan Faziah akan memihak padanya rupanya fikirannya jauh sekali untuk Faziah kesiannya dirinya.
Faziah berasa bersalah dengan apa yang diperkatakan kepada Dhiya, walhal Faziah tahu akan emosi ibu mengandung sememangnya sensitif tapi apa kan daya, perbuatan Dhiya itu telah pun mencemarkan imej seorang wanita muslimah. Faziah juga tidak sampai hati juga untuk pisahkan Fauzan dan Hane kerana itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
Hane juga berasa bersalah dengan apa yang berlaku, Hane faham perasaan Dhiya yang dia cemburu apabila suaminya ada perempuan lagi. Hane sangat faham kerana dirinya turut pernah laluinya. Hane tidak sangka selama ini hampir dua bulan dia masih lagi digelaran seoeang isteri. Hane tidak berasa begitu gembira tetapi kecewa dengan tindakkan mertuanya Faziah kerana permainkan rumah tangganya.
Tukkk... Tukkk...
"Boleh Hane masuk ?" soal Hane dipintu bilik.
Klikkk.
"Masuklah.." kata Dhiya.
"Hane mintak maaf dengan apa yang terjadi pagi tadi.." kata Hane sambil mengengam tangan Dhiya.
"Kenapa Liss tak pernah faham.. Megat itu tunang akak.. Kenapa Liss tergamak tikam akak dari belakang.." kata Dhiya.
"Kakk.. Demi Allah.. saya tak tahu Megat Fauzan tu tunang akak.. Hane tahu salah Hane satu sebab Hane tak tengok betul-betul gambar yang akak pernah tunjuk tu.. Tapi itu semua jodoh kan kak.. Akak mesti percaya pada Jodoh itu rahsia Allah.." kata Hane.
"If that.. Kenapa Liss tak pernah bagitahu akak yang Hane dengan Megat dah kahwin.. Kenapa perlu sorok lagi..? Liss rasa bersalah ? Tahu pula Hane rasa bersalah.. Sejak bila Liss tahu yang Megat tu kekasih akak..?" soal Dhiya.
"Selepas kahwin kak.. Demi Allah.. Hane tak pernah tahu pun siapa bekas kekasih Jan.. Jan pun tak pernah cerita or share apa-apa pun.. P.A Hane pun dah cuba selidik background Jan.. Semua clear tak ada pun pasal bekas kekasih or tunang dia.. Yang Hane tahu, Jan frust dalam relay dia.. Thats all.." kata Hane.
"Then kenapa masa buat umrah tak bagitahu hal sebenar..?" soal Dhiya
"Hane rasa bersalah dengan akak.. Hane taknak digelar perempas sebab Hane bukan perampas kak.. Kalau Hane tahu Jan di tunang akak.. Hane takkan terima lamaran Jan.." kata Hane.
"Bukan ke sepatutnya Liss kahwin dengan Faizal.. Kenapa Liss putuskan pertunangan tu.. Then, Hane pergi Sydney cari Megat kan..? Am my right ?" soal Dhiya lagi.
"Iyaa.. Sepatutnya memang Hane akan kahwin dengan Faizal.. Tapi masa tu Hane dah jatuh dengan Jan.. Hane cuba untuk lupakan Jan.. Tak lama lepas bertunang tu.. Isteri Faizal sendiri datang jumpa Hane, rayu jangan madukan dia.. So apa Hane buat putuskan pertunangan tu dan bawa diri ke oversea.. Hane bawa diri kak.. Bukan nak cari Jan.. Kebetulan, kami terjumpa semula dekat sana.. Tak lama lepas tu kami nikah kak.. Tak asa siapa pun tahu.. Baik mama, papa and ibu Hane sendiri pun tak tahu.. Bukan Hane yang nak semua ni terjadi.. Cuma ini yang boleh halalkan perbuatan kami.." jelas Hane.
"Sampai macam tu sekali korang dua abaikan orang tua.. Sebabkan nafsu.." kata Dhiya.
"Bukan kak.. Bukan sebab nafsu.. Tapi sebab keselamatan.. Hane dekat sana seorang diri.. Jan nak teman duduk serumah kan tak elok..Nanti akan ada orang ketiga.. Jan sendiri yang nak halalkan hubungan ni.." kata Hane lagi.
Tukk...
"Sayang.. anak nak susu.." kata Jan dimuka pintu bilik tetamu itu.
"Okay.." Hane terus bangun dan berjalan keluar.
"Megat.. Can we talk.." panggil Dhiya.
"Pergilah.. Bincang elok-elok.." kata Hane pada Jan.
"Next times.. I busy laa.." kata Jan menolak permintaan Dhiya.
"Pleasee.." kata Dhiya.
"Hurmnm.. yes why..?" soal Jan.
Tupppp... (Pintu tertutup)
Hane memaling pintu bilik tertutup. Hane cuba kawal pemikirannya dan teruskan langkahnya ke biliknya untuk berikan susu pada si kembar.
"Tak boleh ke you layan I as you wife.. Macam mana you layan Hane tu.." kata Dhiya.
"Hane tu isteri I.. Hanya dia selayaknya dapat I.. Bukan you.." kata Jan.
"I juga isteri you.. You tak boleh ke bagi peluang untuk perbaiki hubungan kita ni.. Jaga anak ni sama-sama.." kata Dhiya.
"You tak kesian dekat ayah pada baby ni ke.. You tak boleh terima hakikat ke yang I tak boleh terima you.. You buatlah apa pun, you takkan dapat pisahkan I dengan Hane.." kata Jan ingin keluar semula daripada bilik itu.
"Megat.. I mintak maaf.. I betul-betul mintak maaf dengan apa yang I dah buat dekat you dengan family.. I tak patut ganggu rumah tangga you.. I tak patut paksa you untuk kahwin dengan I.. I sedar.. I memang tak layak untuk you.." kata Dhiya mintak maaf mengengam tangan Jan.
"I boleh maafkan you.. Tapi you kena terima hakikat you dengan I memang tak ada jodoh.. I hanya cintakan Hane.. You kena terima Hakim tu.. I akan cuba bantu you dengan dia.." kata Jan.
"You still nak lepaskan I ke Megat.. You tak boleh ke bagi I peluang.." kata Dhiya.
"Tak Dee.. I taknak sakitkan hati isteri I.." kata Jan.
"Please.. Give me one more chance.. I promise, I akan jadi isteri yang terbaik untuk you.." kata Dhiya memegang wajah Jan supaya memandang wajahnya juga.
"No laa Dee.. I takkan seksa batin you.. I memang takkan sentuh you.." kata Jan dan cuba melepaskan tangan Dhiya dipipinya.
Tanpa diduga Dhiya terus mencium Jan.
"Apa ni Dee..!" marah Jan dan menolak Dhiya.
"I nak you layan I macam isteri you.. Bukan orang luar Megat.." kata Dhiya bersedih apabila ditolak.
"Dream on !" kata Jan terus keluar daripada bilik itu. "Kalau Hane nampak ni mesti dia kecewa dengan aku.." kata Jan sendiri dan membersihkan kesan lipstick di bibirnya.
"Ehhh.." tegur Hane dan memandang pelik pada Jan.
Jan juga terkaku dengan perbuatannya apabila terlihat Hane didepannya.
bersambung.......
Share this novel
cepatlah abiskan cerita ni..muak tengok dhia tu...