BM-22

Romance Series 50451

Bila tiba waktu malamnya...

Tiada seorang ibu pun yang sanggup melihat anaknya sakit. Begitu juga pada Azian dan Faziah.

"Ibu, Paa, Maa.. Baliklahh dulu.. Hann boleh jaga diri Han.." kata Hane meminta mereka pulang kerana sudah malam untuk mereka menemaninya.

"Tak apa.. Kalau macam tu, papa balik dulu.. Biar ibu yang jaga Hann malam ni.." kata Azian.

"Betul tu kak.. Kalau macam tu saya balik dulu lah.. Ann mesti tunggu dibawah tu.. Hanee mama mintak diri dulu ye.. Esok mama datang lagi yeee.." Faziah minta diri dulu untuk pulang.

"Okay maa.. Ibu and papa, baliklahh dulu.. esok siang ada lagi.. Hann okay sendiri.. Kalau Hann sunyi, nanti Hane mintak Gad hantarkan Jane untuk Hann.." kata Hane.

"Hmmm.. Ibu nak jaga anak ibu ni.." kata Azian sedeh.

"Tak apalah awak.. Kita baliklah.. Esok kita datang lagi.. Bagi Hamn rest dulu malam ni.. Dia tak tidur pun dari siang tadi lagi.." kata Khir pujuk Azian balik.

"Ibu, papa mesti penat jugakan.. Balik tidur dekat rumah selesa, dari tidur dekat katil hospital ni.." kata Hane.

"Hmm.. yelah.. Ibu balik.. Esok pagi ibu datang lagi yee.." kata Azian.

"Baik ibu.. datang lewat sikit pun tak apa ibu.. Pagi-pagi Hann banyak nak kena check-up.. Tengahari bawa makanan favourite Hann maa.. hehe.." sempat Hane meminta.

"Yelah.. Ibuu balik dulu yaa.. Esok ibu datang dengan makanan favourite Hann kay.. " kata Azian berpelukkan dengan anaknya sebelum meninggalkan anaknya sendiri.

Setelah semua pelawat balik, barulah Hane mandi bersihkan diri untuk dia berehat dan tidur. Hane bukan tak mahu ibunya menemannya dihospital tapi dia lebih suka jika suaminya menemannya. Semua ini sudah dirancang sebelum semua datang melawat lagi.

'B.. Sayang tidur dulu tau.. Ibu papa dah balik.. Sayang pun dah siap mandi ni.. Tapi sayang lapar.. Nak McD kalau datang nanti..- sempat Hane memesan.

'B datang lambat sikit.. Mama ni.. Macam tak bagi B keluar jee ni..' - Jan

'Okay.. Tak apa kalau tak boleh keluar.. sayang okay je sorang-sorang..' - Hane seperti merajuk.

'Sabar kay.. nanti B datang bawa McD yee.. Tunggu tau..' - Jan

'Okay.. Sayang pergj jalan-jalan dulu tau..' - Hane

'Jangan jauh-jauh.. B datang sayang tak ada, siaplah..' - Jan beri amaran.

'Okay suamiku..' - Hane

Dua jam kemudian baru Jan tiba dihospital dan membawa McD yang dipesan isterinya. Jan terus menuju naik ke arah bilik isterinya. Dalam perjalanannya, dia terlanggar dengan seseorang.

"Auchhh.." orang tu mengadu sakit.

"Sorry cik.. Tak sengaja.. Saya nak cepat ni.." kata Jan.

"Makanan luar bawa masuk dalam ? Untuk siapa ?" soal orang tu yang masih terduduk.

"My wife.. Sorry need to go.." kata Jan terus bergegas pergi.

"Tuan Megat Fauzan..!!" jerit orang itu dan terus berdiri dan buat orang-orang disitu semua beri perhatian pada mereka dua.

"Yes why ?!" jawab Jan.

"I miss you..!!" jerit orang itu.

Dung..!!!

Satu pintu bilik pesakit ditutup dengan kuatnya yang tarik perhatian Jan.

"Sayang..!!" Jan berjalan ke arah pintu yang tertutup tu. "Hey you.. Between you and me is nothings.. I dont know who are you.. !!" jerit Jan bengang.

Seorang nurse bawa kad untuk buka pintu yang berkuci dari dalam. Buka saja pintu, Jan masuk melulu mendapatkan isterinya yang rajuk dengannya.

"Who is she ?" soal Hane dengan dua belah tangannya bersilang menghadap Jan.

"I dont know.. trust mee.. Please.. Only you that i have now.. Only you can stay by my side.. Only you.. please.. Dont do like this.." Jan pasrah dengan tindakkan Hane yang mencabut jarum masuk air ditangannya yang menyebabkan menintik-nitik darah.

"Huhhh.. U think i can trust you ?" soal Hane marah.

"Sayang.. please.. Jangan macam ni.. tengok tangan tu.. Jangan macam ni.. Pleasee.." rayu Jan dan cuba dekati Hane.

"Enough..!! I hate you Fauzan..!!" Hane menolak Jan dan berjalan melepasi Jan.

"Sayang.." Jan tangkap Hane dari belakang dan cuba tenangkan Hane.

"Lepaslah.. Pergi baliklah..!" jerit Hane minta dilepaskan

"Sayang... please..." pujuk Jan.

"Kalau aku tahu semua ni nak jadi, aku tak suruh kau datanglah..!!" marah Hane.

"Sayang.. Pleasee..."

"Lepaslah...!! Uarghhhh.." Hane akhirnya menangis.

"Sayang..."

"I benci you.. I tak nak tengok muka U lagi..!!" Hane menjerit dan meronta-ronta dilepaskan.

"Sayang.. Pleasee.." Jan berjaya buat Hane tak melawan untuk melepaskan diri lagi.

TIBA-TIBA .....

""Sayang... sayang... bangun... Sayang.. " Jan terkejut Hane tiba-tiba diam dan tak sedarkan diri.

"Nurse..!!" jerit Jan dan mengangkat Hane untuk berada diatas katilnya.

Doktor dan nurse merawat Hane semula, pasang semula tiub air disebelah kiri tangannya pula.

"Bagi dia rest dulu.. Tak ada yang seriues.. Cuma mungkin dia dalam keadaan lapar dan stress pada masa yang sama yang buatkan di tak sedarkan diri.

"Terima kasih doct.. Maafkan saya doct sebab terkecoh tadi.. Saya tak kenalkan pun siapa dia tu tadi.." terang Jan.

"Tak apa tuan.. saya faham.. saya keluar dulu Tuan.."

"Baik.. Terima kasih.." lepas sahaja nurse terakhir keluar, Jan merenung wajah isterinya yang masih pucat itu.

"Sayang.. sayang.. Kenapa sanggup tahan lapar sebab nak makan McD ni jee.. Tengok sekarang siapa yang sakit.." kata Jan dan meletakkan makanan tu ditepi meja sebelah Hane.

Jan menutup lampu didalam bilik hanya tinggal lampu katil sahaja. Hospital ni pelik sikit, atau hanya orang tertentu yang dapat servis macam ni. Katil pesakit bukan katil single, tapi King/Queen. Maybe untuk yang dah berkahwin maybe. Itu yang special nya bagi Jan dan Hane.

"Selamat malam sayang.. Rehatlah.. Kalau lapar sebelah tu bugernya.. muahhh.." Kata Jan dan mencium mulut Hane kejap sebelum dia juga turut pejamkan seperti Hane.

03.15 PAGI.

Hane terjaga dan dia memandang wajah suaminya disebelah. Dia mengusap wajah suaminya yang lena tidur disebelahnya. Hane bangun dan makan buger McD yang dibawa suaminya. Belum sempat dia makan bagi habis, Hane berlari ke bilik air.

"Wuekkkkk.." Hane muntah lagi.

"Sayang.." Jan pergi pada isterinya dibilik air. "Dahh habis dah ?" soa Jan pada Hane.

"Dah.." jawab Hane. "Sorry kacau awak tidur.." kata Hane.

"Tak apa.. Isteri saya tengah sakit.. Ni tanggungjawab saya jaga dia sampai sembuh.." jawab Jan. Dalam hatinya terasa dengan panggilan Hane padanya. Inilah karma baginya. "Sayang tidurlah.. Biar B kemas semua ni.." kata Jan dan membersihkan bungkusan makanan.

"Terima kasih.." Hane terus pejamkan matanya. Dia tak menunggu Jan pun untuk kembali pada pembaringannya.

"Restlah.." Jan pun baring semula dan pejamkan matanya semula.

Tak lama kemudian, Hane buka matanya dan memalingkan badanya ke arah suaminya. Dia usap muka suaminya, dan mengusik lubang hidup suaminya.

"I love you B.." kata Hane dan cium mulut seluruh muka suaminya. Hane berani buat sebab suami takkan sedar kalau dah tidur mati.

"Kejap tau.. Ni last.." kata Hane dan ketawa sendiri. Hane memcapai dalam begnya terdapat satu lipstick merah, dia bubuh dibibirnya dan ....

'Muahh...' ' muahh...' 'muahh...' 'muahhh..' 'muahh..'

Hane bertindak lebih berani apabila dia mebuka butang baju suaminya. Habis sampai ke dada suaminya dia tinggalkan ciuaman merahnya. Dan paling merah ialah di bibir suaminya. Sempat lagi Hane selfie masa mencium bibir suaminya. Selfie dengan suaminya yang dipenuhi ciuaman merahnya. #HaneNakal
_____________________

Paginya. Jan bangun dulu untuk solat subuh. Jan tersenyum manis apabila dia melihat isterinya tidur dengan bibir merah. Dia tak tahu bahawa dirinya sudah dinodai isterinya.

"Ya Allah.." Jan terkejut bila dia melihat cermin.

Bila Jan buka baju untui mandi, dia terkejut lagi.

"Sayang.. sayang.." Jan bersihkan diri dan solat.

"Sayang... Sayangg bangun.. Mandi kay.. Nanti B naik bawa breakfast.." Jan kejut Hane bangun.

"Hmmmm.." Hane mamai.

'Muahhhhh..'

Jan cium bibir Hane. Baru Hane sedar 100%. Matanya pun jadi segar tiba-tiba. Jan lepas ciuman dibibir Hane, Hane menutup mukanya dengan selimut.

"Dahh bangun.. Buat time B tidur tak malu pulak yee.. Sampai ke dada B penuh dengan dia jee.. Dah bangun cepat.. " kata Jan.

"B.." panggil Hane dalam selimutnya.

"Ye sayang.." sahut Jan yang masih setia duduk disisi isterinya.

'Muahhhhhhhhhh...'

Hane berani mencium mulut Jan lama. Hane berani buat Jan jatuh ke tangannya dan Jan terpaksa tangguh untuk beli breakfast. Nasib pintu bilik kunci, jadi mereka selamat buat apa saja. Hehe..

Beginilah hari-hari, semasa Hane ditahan wad. Tak pagi, malam mereka bersama. Sehinggalah hari terakhir Hane di hospital, mereka hampir terkantoi dengan Ibu Hane, Azian.

Apabila Jan bantu Hane tukar baju, pintu bilik Hane ditolak oleh seseorang. Tapi mereka berdua didalam bilik air

"Hannn.. Ibu datang.." kata Azian yang sudah berada dibilik Hane.

"Ibuu.. Hann mandi sekejap.. Ibu tunggulah Hann dekat bawah.. Nanti Hann turun.." kata Hane didalam bilik air.

"Hann dengan siapa kat dalam tu..?" soal Azian penuh dengan kecurigaan dengan anak gadisnya apabila terdapat sepasang kasut lelaki didalam bilik itu.

"Hahh bu.. Kenapa bu..?" soal Hane terkejut dengan soalan ibu.

"Tak ada apelah.. Ibu turun dululah.. Hann siaplah dulu.." kata Azian dan keluar semula dari bilik itu.

Setelah dengar pintu bilik dah tutup, Hane keluar dari bilik air dan memastikan tiada siapa didalam itu.

"B.. keluarlah.. Ibu tak ada.." panggil Hane.

"Awalnya ibu datang.. Tak sempat nak bermanja-manja dengan sayang.." Kata Jan dan mencuit pipi Hane.

"Sayang pun tak sangka ibu nak datang awal macam ni.. Sorry kay.." kata Hane dan berdiri didepan suaminya.

"Okay.. Ni dah siap belum..?" soal Jan memandang isterinya yang berdiri didepannya.

"Belum.. muahhh..." Hane mencium suaminya yang monyok saja dari keluar bilik air tadi.

"Sayang jangan macam-macam.. Nanti ibu masuk balik.. Habis kita.." kata Jan

"Tak apa.. sayang tak takut pun.." kata Hane yakin.

Tiba-tiba pintu bilik Hane ditolak lagi. Hane cepat- cepat menolak Jan didepannya.

"Ibu.." kata Hane.

"Ooo Jan.. Bila sampai..?" tegur Azian bila nampak Jan didalam bilik itu sekali.

"Baru jee.. Ni aunt datang nak bawa Hane balik ke ?" soal Jan.

"Yelahh Jan.. Siapa lagi nak ambik dia balik.." kata Azian.

"Ooo.. Saya baru ingat nak hantar Hane balik.. Tu yang saya pun datang awal.. Tapi tak tahu pula aunt dah datang.." jawab Jan.

"Okay dah siap.. Jom kita balik rumah buuu... Hann rindu katil Hann.." kata Hane menyelit.

"Hah cepatlah.. Turun.." kata Azian.

"Ibu bawakan beg ni dulu.. Hann nak jumpa doktor sekejap sebelum balik ni.." kata Hane beri alasan.

"Hmmm.. cepat sikit yee.." Azian pun keluar dengan beg baju Hane.

"Ooo.. pandai erkk tipu Ibu.." kata Jan mendekati isterinya.

"Hehee.. Nanti dah tak boleh kita sesama.. Ni jee peluang yang ada.." kata Hane sambil memuncungkan bibirkan.

"Dahh.. Nanti B curi mana-mana ada peluang tu kay.. Sikit hari jee lagi.. Nanti kita bagi tahu kay.. Sabar yee.." kata Jan dan memeluk isterinya.

"Okay..." Jawab Hane

Mereka berdua keluar dari bilik berpegangan tangan sehingga didalam lift. Buka saja pintu lift, Jan biarkan Hane keluar dahulu dan pegangan mereka terlerai juga.

"Ibuuu... Jom.." Hane panggil Ibunya dan memeluknya.

"Doktor cakap apa..?" soal Azian.

"Hann dah okay.. Jom balik.." Hane memimpin tangan Ibunya berjalan keluar dari hospital.

Jan mengikuti dari jarah jauh sahaja melihat isteri dan mak mertuanya pergi. Selepas Hane dan Azian selamat masuk ke dalam kereta, barulah Jan bergerak ke keretanya juga.

Beepp beppp..

Satu message masuk ke fone Jan.

'Sayang balik dulu kay.. Nanti kita jumpa lagi.. Jangan bersedih kay..' - Hane

'Okay sayang.. Jaga diri kay.. Nanti B hantar kereta sayang malam nanti dengan Gad ..' - Jan

'Okay B.. Drive safe B.. Love you..' - Hane

'Love U too, sayang..' - Jan

Perbualan pendek sahaja. Semuanya kembali semula pada asal. Tapi Hane masih kena soal siasat oleh ibunya pula.

"Kasut, jam, dompet dan baju lelaki dalam bilik tadi tu siapa punya..?" soal Azian.

"Hah..? ada ke semua tu tadi ?" soal Hane pura-pura tak tahu.

"Jan punya ke ? Jan ke yang selalu teman kamu setiap malam ?" soal Azian.

Hane diam dan jawab soalan ibunya.

"Hann.." panggil Azian

"Yee bu.. Kenapa..?"

"Cuba bagi tahu ibu perkara sebenarnya.. Ibu tak marah pun Hann.. Cuma bagi tahu ibu perkara sebenar.." kata Azian.

"Nantilah buu.. bagi masa dekat Hann dulu.. Lepaskan majlis ni dulu.. Minggu depan jee lagi kan.." kata Hane.

"Hmmm..."

Perbualan mereka berakhir begitu sahaja. Hane rasa bersalah dengan ibunya kerna tak mampu nak beri tahu perkara sebenar. Nantikan bagaimana mereka akan selesai masalah pernikahan mereka ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience