[Hospital]
"Doct tolong saya buat DNA test baby ni dengan saya.. Then dengan lelaki yang ada jaga Dhiya tu.. ASAP..!" Kata Jan pada doktor yang merawat Dhiya.
"Untuk apa ye ?" Soal doktor.
"Saya nak tahu kebenaran.. Saya nak kehidup saya semula dengan anak-anak dan isteri saya.." jawab Jan.
"Bukan Dhiya tu isteri and anak yang lahir tu anak Tuan ?" Soalnya lagi.
"Isteri saya hanya seorang.. dan yang dalam tu, saya dah lepaskan diaa.. anak saya twins.. Saya nak kehidupan saya semula dengan keluarga saya.." rayu Jan.
"Sekarang ni anak yang lahir tu bukan anak Tuan.. sebab tu nak buat DNA test..? Tuan tak menyesal ke.. Kalau itu anak Tuan.." kata doktor.
"Tak.. Saya tak pernah sentuh pun dia.. and saya tak menyesal.. Saya lagi menyesal kalau saya tahu itu darah daging saya.." kata Jan.
"Baik.. saya akan tolong Tuan.. Nanti bila dah siap saya pass result dengan Tuan.." kata doktor.
Inilah perbualan Jan sebelum masuk ke dalam bilik Dhiya. Jan berjumpa dengan doktor sendiri untuk menolongnya. Jan tidak mahu menyesal lagi dengan keputusan yang di buat.
==================
"How are you..?" Soal Jan pada Dhiya.
"Im fine.. Just like what you see.. You dah tengok anak kita..?" Soal Dhiya.
"Dahh.. Comel.." jawab Jan dan memandang ke arah Hakim.
"You borak laa dulu.. I pergi cafe.. Megat you nak apa-apa tak..?" Soal Hakim.
"No.. Thanks.." kata Jan.
Hakim pun berlalu dengan hati yang terguris dengan kata-kata Dhiya.
"Why you cakap macam tu tadi..? Sengaja..?" Soal Jan.
"Tak salahkan apa yang I cakap tu.. Kalau itu anak kita.." kata Dhiya berani.
"You masih berani nak dapatkan I.. walaupun you tahu yang you takkan dapat I.." kata Jan.
"Kenapa you tak boleh bagi I peluang..?" Soal Dhiya.
"Nak bagi you peluang dengan apa yang dah jadi ni.. Memang tak laa.. Jujur I cakap.. I menyesal jumpa you semula.. I menyesal cuba untuk bina cinta kita semula.. I menyesal, I tinggalkan Hane untuk perempuan yang sememangnya tak layak jadi bidadari syurga I.." kata Jan
"Bagi I peluang lagi Megat.. Last chancee.. I promise you, I will never ask you for your times, attentions or anythings.. I just want you with me.." kata Dhiya.
"You buatlah apa pun.. You takkan dapat I.. I milik Hane seorang.. I menyesal laa datang sini.. I ni kalau boleh taknak pun datang tengok you.. Hane yang nak sangat suruh I pergi tengok you.. Makin lama I tengok you.. bertambah benci I pada you.." kata Jan berasa marah.
[Zerrrggghhh] Pintu bilik dibuka.
"I disturb ke..?"
"No sayang.. Come.." panggil Jan.
"I tadi pergi tengok anak you.. Doktor kata.. Maybe esok you boleh discharge dah.. Baby normal.. ada kuning sikit.. tak tinggi.." kata Hane pada Dhiya.
"Ohh.. Thanks.." kata Dhiya.
"By the way.. You dah join class untuk uruskan baby ni.. I ada belikan you breast pump ni.. Then, I dah hire sorang maid untuk jaga you and baby.." kata Hane.
"Why you yang bagi I semua tu.. You ingat I tak mampu ke..?!" Soal bernada marah Dhiya berkata.
"No.. Jangan salah faham.. I cuma nak tolong you..I pun ade maid untuk uruskan twins tu.." kata Hane.
"You nak bawa maid tu balik kampung pun boleh.. sebab you boss.." kata Jan menyampuk.
"Ohhh bagus juga.. Boleh tolong ummi dekat kampung tu.." kata Hane.
"One more things.. Mummy daddy you, I dah bagitahu hal yang I dah lepaskan you.. And pasal baby pun I dah bagitahu.." kata Jan.
"Then my parent kata apa ?" Soal Dhiya.
"Nothing. Just regret what has happend between us. And about baby they got excited.. Maybe your parent will back a month later.." kata Jan.
"If you need anything lets me know.. Nanti I cuba dapatkan.." kata Hane.
"If I says I want Megat.. Do you lets me have it..?" Soal Dhiya berani.
"Yaa sure.. You can.. As long as both of you still husband and wife.. right Megat Fauzan..?" Soal Hane pada Jan yang terkejut dengan perbualan mereka.
"Yes.. But you not my wife anymore.. so you cant have me.." jawab Jan tersenyum beri pandangan pada Hane.
"But kita tak sign borang cerai lagikan..?" kata Dhiya.
"Dalam proses.. Nanti lawyer I datang.." jawab Jan.
"Lishane.. bagi I peluang jadi isteri Megat buat kali terakhir.. I janji.. I akan jadi isteri yang baik buat Megat.." kata Dhiya masih merayu mahu menjadi isteri Jan.
"Apa you cakap ni.. You sedar tak apa yang you cuba sampaikan..? I ingat you dah berubah lepas bersalin ni.. Rupanya makin menjadi-jadi.. You tak kesian dekat Hakim tu ke..? You seksa dia.. You seksa diri you sendiri.. You sendiri tahukan yang anak yang lahir tu bukan anak I..!!" Kata Jan meninggikan suaranya pada Dhiya.
"Megat..!!" Jerit Hakim yang tiba-tiba muncul.
"Aku tak tahu laa nak cakap macam mana lagi dengan perempuan ni..! Serupa dah tak ada agama..!!" Kata Jan lagi.
"Dahhh... Sabar..." kata Hane memujuk Jan
"Iyee.. Aku tahu semua ni salah aku.. Kalau aku tak buat dia mengandung.. Semua ni takkan berlaku.. Kau pun takkan dapat keluarga kau balik.. Tapi jangan tengking diaa macam tu sekali.." kata Hakim tenang.
"Ini semua salah kauu.. Kalau kau tak muncul.. Aku tak rasa Megat akan kahwin dengan kau..!!" Kata Dhiya sambil membaling bantal pada Hane.
"Apa pulaa.. Ini namanyaa jodoh.. You tahu tak JODOH..! Demi Allah.. Kalau diberi peluang kedua or ketiga untuk mati dan hidup semula.. Aku tetap akan pilih Hane jadi isteri dan bidadari syurga aku.. Bukan kau..!" Kata Jan dan melindungi Hane dalam pelukkannya.
"Aaaaarrrrrrgghbhh...!!!" Jerit Dhiya melepaskan marahnya dan terus menangis.
"Kau baliklahh Megat.. Aku rasa lebih baik kau tak payah jumpa Dhiya lagi.. Hane pun.. Bagi dia tenang dulu.. Apa-apa aku update.." kata Hakim yang cuba menenangkan Dhiya.
"Ingat.. Aku bukan suami kau lagi..!" Kata Jan dan terus menarik Hane keluar daripada bilik itu.
"Dee.. Shhuhhhhuuhhhh.. I ada.. I akan selalu ada dengan you.. I sayang you.. I boleh jagaa you.." pujuk Hakim.
"Kenapa Megat buat I macam ni..?" Soal Dhiya dalam tanggisannya.
"Megat dah ada isteri.. Dia sayangkan Lishane.. Megat pun dah ada anak.. Kita pun ada anak.. kita jaga anak kita sama-sama kay.." kata Hakim.
"I sayang Megat.. I taknak kehilangan dia.." kata Dhiya lagi.
"Kalau you nak Megat.. You kena berubah.. Megat tak suka dengan sikap you macam ni.. you rehat dulu.. Nanti I cuba cakap dengan Megat.." kata Hakim tenang sekali.
Setengah jam kemudian Dhiya pun tertido setelah nurse berikan bius tidur padanya. Hakim penat dengan soalan Dhiya yang berulang kali. Hakim mengalah dengan Dhiya dan ingin saja dirinya pergi meninggalkannya sendiri.
====================
Jan dan Hane dalam perjalanan pulang ke kediaman Khir, hanya diam seribu bahasa. Sehinggalah Hane sendiri memulakan perbualanb apabila suasana terasa dingin didalam kereta tersebut.
"Ann serius dengan keputusan ni ?" Soal Hane takut.
"Hmmmm..."
"Ann tak menyesal ?"
"Tak. Ann cuma nak hidup dengan Hane and anak-anak.. Ann dah taknak lagi terpedaya dengan permainan dia orang.. Cukup-cukuplah apa yang dah jadi.." kata Jan.
"Hanee.. sebenarnyaaa... Hmmm..."
"Apa dia sayang..?" Soal Jan dan mengenggam tangan Hane.
"Hane bangga dengan Ann.. Hane rasa macam tak percaya yang tadi tu Megat Fauzan.." kata Hane dan memandang ke arah Jan yang sedang memandu.
"Ann cakap tu semua betul tau.. Sekarang ni, kita tunggu result DNA keluar.." kata Jan dan mencium tangan kanan Hane.
"Serius Ann buat test tu..?"
"Yup.. Atleast lepas ni Dhiya takkan berani kacau kita lagi.. Andai kata Ann tak buat sekarang nanti dia datang asyik cakap benda sama.. Ini anak Ann laa.. Anak ni perlukan ayah laa.. Ann dah rimas dengan dia.." kata Ann.
"Ada betulnya juga.. Tadi pun berani dia cakap macam tu.. Dia sendiri tahukan yang Ann dah lepaskan diaa.. Apa yang dia nak sebenarnya..?" Soal Hane pada dirinya sendiri.
"Entahlahh sayang.. Kita doa moga Allah berikan dia Hidayah.. Aminn.. Hakim tu kira baik nak bertanggungjawab.. Mengaku salah dia.. Ann pun ada lahh rasa terharu dengan Hakim tu.. sebab dia kembalikan Ann pada Hane semula.." kata Jan gembira.
"Alhamdulillah.. Allah tu maha berkuasa.. Maha mengetahui baik buruk.." kata Hane turut rasa gembira.
Hane dan Jan rasa bersyukur kerana diberi peluang lagi untuk hidup bersama dalam masjid yang dibina. Tambahan pula mereka dikurniakan dua orang kembar seiras untuk mengeratkan hubungan suami isteri yang terpisah.
******************************
KEDIAMAN KHIR & AZIAN
"Banyak ke kes hari ni Mier ?" Soal Khir.
"Biasalah uncle.." jawab Amier.
"Kenapa itu hari tak datang ?" Soal Khir.
"Itu hari kan ingat hantar Hane balik then sekali jalan laa jumpa dengan uncle.. Lepas tu kan Hane tak jadi balik.." terang Amier. "Ni mana Hane uncle ? Kereta ada.." soal Amier.
"Keluar pergi hospital tengok Dhiya baru lepas bersalin.." jawab Khir.
"Dengan Megat ke ?" Soal Amier.
"Iyelah Mierr.. Siapa lagi yang Hann berani nak keluar.. Sejak Jane ni dah jadi isteri Gad, Hann kurang nak keluar dah.." jawab Azian.
"Ohh.. Itulah.. Amier pun tak patut tinggalkan Hane begitu jee sebelum ni.. Salah Amier ke aunt uncle ?" Soal Amier.
"Itukan takdir dan jodoh.. Kena redha.. Kalau ada jodoh tak kemana.." kata Azian.
"Sebab apa kamu tinggalkan Hane masa tu..?" Soal Khir.
"Bukan tinggalkan sebenarnya.. Saya tak ada masa untuk dia.. Saya masa tu busy dengan kenaikkan pangkat.. Khursus sana sini.. Saya rasa bersalah sebab buat Hane tertunggu-tunggu.." kata Amier.
"Iyelah.. Kita ni lelaki kena cari kerja yang stabil untuk masa akan datang.. Baguslah dengan apa yang kamu buat tu.. Kerjaya dulu, baru pasangan.. Uncle doakan kamu semoga dapat jodoh yang lebih baik daripada Hane.." kata Khir.
"Hahh balik dahh tu.." tegur Azian pabila kereta Jan meluncur masuk ke tempat letak kereta.
"Uncle aunt.. kita lupakan cerita tadi yee.. Segan sayaa.." pesan Amier.
"Tak ada apalah Mier.. Uncle faham.." kata Khir.
"Rezeki Megat dapat miliki Hane kan uncle.. Walhal Megat tu dah buat macam-macam dekat dia.. Hane tetap pilih Megat.." kata Amier.
"Itulah kuasa kepercayaan, kuasa cinta dan kuasa anak.. Salah satu ni mesti jadi kekuatan mereka..dan yang lain menjadi support.. Uncle pun bangga dengan Hane sebab kuat hadapi semua ujian ni.." kata Khir sambil melibat anak menantunya berjalan beriringan ke arahnya.
"Sama cantik dan sama padan.. Bagai pinang dibelah dua.." kata Azian.
"Assalamualaikum.." kata Jan beri salam.
"Waalaikumusalaam.. macam mana tadi ?" Soal Azian.
"Biasalah buu.. nanti kita gosip" jawab Hane.
"Dah lama sampai ke ?" Soal Jan pada Amier.
"Tak adalah baru sangat.. adalah dalam 15 minit.. Air pun dah separuh.." jawab Amier.
"Jan nak air apa.. Ibu ambikkan air.." kata Azian.
"Ohh tak apa bu.. Jan dah minum.." kata Jan menolak.
"Ibuu.. twins mana ?" Soal Hane.
"Ada tidur tu.. Duduk dulu ni minum-minum.." kata Azian.
"Macam mana keadaan Dhiya tadi..?" Soal Khir.
"Alhamdulillah semua okay.. Esok boleh balik dah.." jawab Jan.
"Siapa jaga dia tu nanti.. Kan kamu dah lepaskan dia.." kata Khir.
"Hann ada hire sorang pembantu.. yang pakar dalam pengurusan ibu dan anak ni.. so tak ada masalah bab tu dah.." jawab Hane.
"Ooo.. Sempat Hann cari semua tu.." kata Azian.
"Biasalah aunt.. perempuan kan multi-task.. Tak gitu Megat ?" Kata Amier.
"Betul lahh tu.. Kadang tu kita ni tak tahu bila masa dia orang ni buat kerja.. Tahu-tahu jee siap.. Kita ni jee kena focus one by one.." kata Jan.
"Ada-ada jer.. Hann mintak diri dulu.. Nak naik atas dulu.." kata Hane dan bangun dari tempat duduknya.
"Silakan.." kata Khir.
"Hane.." Panggil Amier. "Uncle saya nak jumpa dengan Hane sekejap boleh ?" Soal Amier pada Khir.
"Why ask me..? Ask her husband.. not me.." kata Khir dan Hane pun memandang pelik pada Amier.
"Ohh sorry.. I thought Hane still under you, uncle.. Sorry Megat.." kata Amier.
"Sokay.. Aku faham.. Jumpa jelah.. Aku tak terasa hati pun.. Aku tahu salah aku.." kata Jan bernada sedih.
"Nanti lepas maghrib kita jumpa.. Saya naik atas dulu.. Jom Jan kita naik tengok twins.." kata Hane dan menarik Jan supaya mengikut langkahnya.
Amier hanya memandang mereka berlalu meninggalkan ruangan itu. Terdetik dalam dirinya cemburu, sakit hati dan kecewa dengan sikap Hane yang permainkan perasaannya.
bersambung....
(Im back :) Maaf ambik masa yang lama untuk update.. saya akan habiskan cerita ni secepat yang mungkin..)
Share this novel