BM-5

Romance Series 50447

Akhirnya mereka selamat tiba di kawasan perumahan Khir. Jan melepasi pondok guard disitu, tanpa disoal. Khir berasa hairan.

"Macam mana kamu boleh lepas guard ni.. Biasanya kena soal dah.. Mesti kena check punya.." soal Khir terkejut.

Jan pula beraksi cuak.

'Mati aku..' kata Jan dalam hatinya.

"Aaa... mungkin sebab nampak pak cik kot sebelah saya.." jawab Jan takut-takut.

"Mungkinlah.." Khir mempercayai kata Jan.

Setibanya, Jan memberhentikan keretanya betul dihadapan rumah Khir. Hane berasa pelik juga, bagaimana Jan tahu rumahnya.

"Peliklah awak ni.." Kata Hane pada Jan.

"Terima kasih Fauzan.. Ni kad saya.. Nanti apa-apa pasal kereta saya tu, awak boleh call saya.. Tak pun boleh datang ke pejabat saya.." kata Khir.

"Sama-sama pak cik.. Insha-Allah pakcik.." Jan menyambut huluran kad Khir. "Ohh..!! Maaf Tan Sri.. Saya tak sangka pak cik ini pangkatnya Tan Sri.. Maafkan saya Tan Sri.." kata Jan.

"Ehhh.. Takde apalah.. Kita sama jee.. Hamba Allah juga.. Panggil je pak cik.. Tak perlu Tan Sri semua.. Saya tak biasa bila anak muda macam kamu panggil pangkat saya.." Khir merendah diri.

"Terima kasih Jan.. Selamat malam.." kata Hane mencelah.

"Pak cik masuk dulu ye.. Hati-hati memandu.. Ni air untuk kamu.. Takut kamu mengantuk masa memandu nanti.." Khir hulurkan satu tin Coffee Wonda Original.

"Terima kasih pak cik.." Jan menyambut huluran itu dan bersalam dengan Khir.

Khir dan Hane sama-sama keluar dari kereta Jan. Hane sempat meninggalkan pesan pada Jan.

"Hati-hati bawak kereta tu.. Saya tahu siapa awak.. Spy awak adakan.. Saya kenal kereta ni.. Kereta siapa.. Hati-hati.." pesan Hane.

"Baiklah Tuan Putri.." jawab Jan dengan senyuman.

Malam kejadian berakhir dengan pesanan amaran AWAS dari Hane kepada Jan.

*****************

Beberape hari selepas kejadian.

Jan datang ke pejabat Tan Sri Khir, untuk berjumpa dengannya.

"Saya nak jumpa dengan Tan Sri. " kata Jan di reception.

"Sebentar ya Tuan.." kata petugas disitu.

"Okk. " jawab Jan sepatah.

"Tuan.. Tan Sri ada meeting.. " kata petugas itu.

"Kalau macam tu saya tunggu dulu lah.. "

"Boleh Tuan.." jawabnya. " Man bawa Tuan Fauzan ke bilik menunggu Tan Sri.. " arah petugas itu.

"Terima kasih.." kata Jan.

Selang beberapa minit Jan menunggu Tan Sri, Hane melintasi bilik menunggu.

"Awak buat apa dekat sini ?" soal Hane.

"Saja.. Melawat kawasan.. Tak boleh ke ?" kata Jan.

"Hurhhh.. Macam mana kereta papa saya ?" soal Hane lagi.

"Ada masalah teknikal sikit.. Sebab tu saya nak jumpa Tan Sri.." jawab Jan.

"Ooo ok.. Tunggulah dalam 2 jam ke 3 jam.. Sebab papa tengah meeting.." kata Hane dengan jelingan dan terus meninggal Jan dibilik menunggu.

Jan membalas dengan senyuman sahaja pada Hane.

Selang beberape minit kemudian, Tan Sri Khir akhirnya berjumpa juga dengan Jan dibilik menunggu.

"Fauzan.." Sapa Khir.

"Tan Sri.." Jan menyambut salaman Khir.

"Man sediakan 3 cawan Hot Tea, bawakan ke bilik Hann.." Kata Khir pada setiausahanya.

"Tak perlu susah Tan Sri.. Saya datang sekejap je ni.. Nak mintak Driver Tan Sri hantarkan saya ke bengkel kereta jee.." terang Jan pada Khir.

"Yeke.. Tak pelah.. Jomlah kita borak-borak dulu.." kata Khir.

"Makan masa Tan Sri saja.. Maaf ganggu masa Tan Sri.." kata Jan dan mengikut langkah Khir.

Dalam masa yang sama, ada beberapa staff yang menegur Jan sebagai Tuan, Jan hanya membalas dengan senyuman. Sampai saja didepan pintu bilik Hane, setiausaha Hane memanggil Jan.

"Tuan Fauzan.. Lama tak nampak Tuan semenjak Tuan ke luar negeri.." katanya.

"Kamu kenal ke ?" tanya Khir pada setiausaha Hane.

"Salah orang kot Tan Sri.. Biasalah, dalam dunia ni ada 7 orang rupa serupakan dengan kita kan.." Jan sempat memberi jelingan maut pada setiausaha Hane.

"Ouuummmm.. Maaf Tan Sri.. salah orang.." katanya cepat-cepat.

"Jom masuk.." Khir membuka pintu bilik Hane.

"Paa.." terkejut Hane yang sedang betulkan bajunya.

"Maaf Hann.. Papa tak ketuk dulu pintu bilik Hann.." kata Khir minta maaf. "Kita ada tetamu Hann.. Fauzan.." kata Khir.

"Ooo.. Duduklah Paa and Fauzan.. Paa, Hann ambikkan air dulu.." kata Hann ingin keluar dari biliknya.

"Tak perlu Hann.. Papa dah mintak abang Man hantarkan air.." kata Khir

Hane kembali berjalan duduk dikerusi kerjanya. Khir dan Fauzan hanya berborak kosong tapi Hane hanya memasang telinga sahaja dari tempat duduknya. Nak buat kerja pun jadi terganggu.

SATU JAM kemudian.

"Hann.. Hantarkan Fauzan balik semula ke bengkel kereta.. Kereta papa dah siap.. So tak ada siapa nak hantarkan dia balik semula ke sana.. Bolehkan Hann..?" kata Khir.

"Kan abang Man ada.. Kenapa nak Hann yang hantarkan.. Papa saja kan.." jawab Hane.

"Tak apa Tan Sri.. Saya boleh call kawan saya.." kata Jan.

"Hah see paa.. Dia boleh balik sendiri.."

"okay-okay.. Papa mintak tolong staff lah macam ni.. Jom Fauzan kita keluar. " kata Khir dan berjalan keluar dari bilik Hane bersama Jan.

"Maaf Tan Sri.. Kawan saya ada urgent meeting.. Tak boleh ambil saya dekat sini.." Jan bersuara.

"Annoucement.. Ada sesiapa sini boleh hantarkan En.Fauzan ke bengkel kereta dengan menaiki kereta saya..?" Khir bersuara lantang dihadapan staff.

"Saya boss.."

"Saya.."

"Saya boleh tuan.."

"Kerja saya dah siap tuan.."

"Saya pemandu berhemah tuan.."

"Saya hantar dia balik.." Hane bersuara didepan biliknya.

"Okay.. sekarang saya buat pilihan.." kata Khir sambil mengerdipkan mata pada staffnya.

"Tak payah laa paa.. Hann hantar Fauzan balik.. Korang semua.. Sambung buat kerja.. Harini kita balik awal.. Kol 5 boleh balik.. But make sure.. Solat Asar jemaah dulu sebelum balik.. Saya akan pastikan semuanyaa sekali.." tegas Hane bersuara kepada staff.

"Baik boss.. Terima kasih boss.." jawab salah seorang staff.

"Okay semua.. sambung buat kerja.. Zohor nanti saya imamkan kita semua.. Makan tengahari kita harini Nasi Briyani Kambing.." kata Khir pada staffnya. "Hann, bawa Fauzan pergi makan.. Kalau boleh sebelum zohor balik office, kita jemaah sama-sama.." kata Khir pada Hane.

"Baik paa.."

"Fauzan terima kasih banyak-banyak.. Sebab sudi tolong kami pada hari kejadian.." kata Khir pada Fauzan.

"Tak apa Tan Sri.. Tan Sri kalau tak keberatan.. Izinkan saya sertai solat zohor Tan Sri dan staff yang lain.." kata Jan.

"Masya-Allah.. Boleh Fauzan.. Boleh sangat.. Kalau macam tu saya mintak Hann bawakan awak pusing-pusing banggunan yang tak seberapa ni.." kata Khir.

"Yes sure Tan Sri.." jawab Khir.

"Hann juga ke paa..? Abang Man ?"

"Dia ada kerja lain dengan papa.." jawab Khir. "Fauzan, saya mintak diri dulu.. Hann hati-hati.." kata Khir.

Hane dengan keterpaksaan, membawa Jan pusing-pusing satu banggunan milik keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience