BM-57

Romance Series 50447

Keesokkan paginya...

Keadaan ruang ditingkat ini begitu gelap tanpa ada satu cahaya luar yang masuk membuatkan Hane dan Jan masing-masing masih terbaring tidur di atas katil yang sedia ada.

Apa yang menarik ketika ini adalah masing-masing berpura-pura tidur. Disaat Jan merenumg wajah Hane disebelahnya, Hane berpura-pura tidur lena, dan begitu juga kepada Hane yang merenung Jan selepas itu. Begitu lama mereka berpura-pura.

TIBA..TIBAA...

"Argghhhh sakit perut.." adu Hane memegang perutnya.

"Why sayang..?!" soal Jan terkejut dan terus membuka matanya memandang Hane.

"Im hungry.." kata Hane membuat muka comelnya.

"Eeee...mengadanyaa.." Jan kembali berbaring dan memeluk Hane.

"Are you not hungry ?" soal Hane memandang Jan.

"Nope.. ada sayang sebelah B cukup buat B rasa sempurna.." jawab Jan dan mencium pipi Hane begitu lama.

"Then.. are we not going to work ?" soal Hane lagi.

"Nope.. We need to spend more times like this.. I miss you so much.. you know right ?" soal Jan semula.

"Yaa..ofcourse I miss you too.. You are my husband.." jawab Hane dan mencium mulut Jan.

"Sayang.. I love you.." ucap Jan.

"I love you too B.."

"Thanks for last night..Im so proud to have you in my life.. You are my wife and my other half life.." kata Jan dan mencium ubun-ubun Hane.

"Thank you too.. Im so happy this times.. You make my night became beautiful night.." balas Hane.

"Just take off today, and take off for a week.." kata Jan.

"For a week ? Where we are going ?" soal Hane teruja.

"For our second honeymoon.. Tapi dalam Malaysia jerr.. Taknak sayang penat-penat tidur dalam flight.. Just spend our times.." kata Jan.

"Then klinik Hane..?" soal Hane.

"Ada lagi yang lainkan.. Fateen ada boleh uruskan.. Jane ade.. Gad ada.. Lagipun kita tak pergi jauh pun sayang.." kata Jan.

Setelah mereka berdua bersetuju membuat keputusan mengambil cuti berkerja untuk percutian bulan madu kali kedua.

****************

Di kediaman Faziah.

"Maaa.. Zal dengar cerita yang Dhia akan balik Malaysia tak lama lagi.." kata Zal.

"Entah laa Zal..mama pun tal kisah sangat pun.. Jangan dia ganggu rumah tangga abang kamu sudahlah.." jawab Faziah.

"Hopefully.. Tapikan maa.. What if Dhia dengan Ann getback..? Wow ! Mesti meletop cerita dorang ni kan maa.." Faizal buat andaian sendiri.

"Tak mungkinlahh.. Tapi kalau masin mulut Zal.. Apa patut mama buat.. Takkan sokong apa yang Ann nak buat.. And takkan nak halang apa yang Ann nak buat.. Hmm.." kata Faziah seperti buntu.

"Hahh..tu lahh mama.. Baru nak fikir.. Zal ni dari hari pertama Ann jumpa dengan Dhia lagi Zal dah fikir.. Kalau lahh Zal tahu nasib Hane akan bermadu.. Baik Zal je yang kahwin dengan Hane.. Confirm dah bermadu sekarang dengan Tia.." kata Zal lagi.

"Haishh kamu ni.. Kalau Hane tu nak kahwin dengan kamu.. Dah lamaa dia pilih kamu.. Tak adanya dia nak putuskan pertunangan haritu.. Hane tu sayangkan Ann.. Bukan Zal.." jawab Faziah dengan luahan Faizal.

"Hmmm.. Siapalah Zal ni nak dibandingkan dengan Ann.. Ann tu macam-macam ada.. Zal ni.. ada apa jee.." kata Faizal.

"Haish.. Jangan nak bandingkan apa yang kamu ada sekarang dengan orang lain.. Bersyukur seadaanya.. Bayangkan yang duduk bawah jambatan tu.. Takde tempat tinggal.. Makan cukup ke tak.. Mandinya bersabun ke tak.. Kita patut bersyukur kita tidak jadi seperti mereka.." kata Faziah melembutkan hati Faizal.

"Hmmm.. Maa.. Chellsy tu taknak balik sini ke.. Tia tu bape bulan jer lagi naa bersalin.. Dia yang dah kahwin bertahun-tahun.. Takde pun dengar khabar berita nak tengah pregnant.." merungut Zal.

"Belum sampai rezeki anak tu.. Atleast Zal patut bangga boleh bagi cucu sulung dekat mama..mesti comel kan.. mama papa dia.." kata Faziah.

"Ofcourse laa maa.. Anak siapakan.. Maa jom.. Kita pergi rumah Ann.. lama sangatkan Ann tak datang sini.. lagi pun harini Ann tak masuk office.." kata Faizal.

"Elok jugak to.. Mama pun lama dah tak kesana.. Dah tengahari ni.. Mesti Ann masak sedap ni.. tapi ada ke Ann dekat rumah ni.."

"Adaa laaa too maa.. Gad pun tak cakap pape pasal Ann nak pergi mana or apa.." Jawab Faizal.

Mereka dua beranak berangkat juga pergi ke rumah Jan dan Hane. Dalam perjalanan mereka cuba dail nombor Jan untuk memastikan Jan ada dirumah, tetapi panggilannya tidak berjawab. Walau bagaimanapun, mereka meneruskan perjalanan juga.

*********************

Pada ketika ini, Hane dan Jan mereka berdua sambung beradu selepas bersarapan pagi. Mereka berdua masih tidur ditingkat bawah. Tidak lama kemudian, Jan terbangun dari tidur yang nyenyak bersama isterinya.

"Hai isteriku..sayang telah pun menjadi milik B selamanya.. Tiada siapa boleh merampas sayang daripada B, kecuali Allah.." bisik Jan ditepi telinga Hane.

"Sayang.. B berharap sangat.. Biar dalam ni ada zuriat kita sayang.. B teringin nak jadi daddy untuk anak kita.. Dan ini saja cara untuk sayang selalu ada dekat dengan B.." kata Jan sambil menggosok perut Hane.

Selepas Jan bermain dengan kata-kata, Jan bangun dari katil tersebut dan terlihatlah bertapa bersepahnya ruangan itu dengan kuntuman bunga dan baju-baju mereka berdua. Jan mengutip semua pakaian dan naik ke tingkat atas dengan meninggalkan Hane yang sedang nyenyak tidur.

Setelah Jan berada ditingkat atas, Jan mandi bersihkan diri dan tidak lama kemudian, alarm rumahnya berbunyi.

Ting... Tong...

Jan berjalan membuka pintu rumah dan terkejut akan kehadiran Mama dan adik lelakinya Faizal.

"Mama and Zal buat apa datang rumah Ann tengahari ni..?" soal Jan.

"Saja datang melawat.. Kot dah tak jumpa rumah mama.." jawab Faziah.

"Taklah.. Ann busy sikit.. Hah kau Zal.. tak masuk office ke..?" soal Jan pada Faizal.

"Lunch hours.. Chill laa.. kau pun tak masuk office harini.. ni dengan lilin dekat lantai.. bunga ros nyaa lagi.. kau takda lektrik ke malam tadi.. Takkan orang berduit macam kau.. Bil api pun tak mampu bayar.." kata Faizal.

"Hah.. Hane mana.. Kereta dia ada dekat luar tu.. Dia tak kerja juga kan ?" soal Faziah.

"Ooo.. aaaa.." Jan jadi ragu-ragu untuk menjawab.

"Ann masak apa lunch ni.. Mama lapar ni.." Faziah tukar soalan.

"Tak masak apa pun lagi maa.. Ann baru siap mandi. and baru juga nak naik dapur masak.." jawab Jan.

"Tak pelah.. Biar mama masak.. Ann pergi kejut Hane bangun.. Zal.. Tolong abang kau ni hah.. Kemas rumah ni.. Tu kutip lilin tu.." arah Faziah.

"Aishh mama ni.. Orang lain yang buat sepah.. Zal yang kena.. Tak aci ni maa.." merungut Faizal.

"Biarkan situ.. Takyah usik.. nanti aku kemaslah.. Hah kau g tolong mama masak.. Aku nak kejutkan Hane jap.." kata Jan dan berjalan untuk pergi ke tingkat bawah.

"Jauhnya bilik kau.. bukan dekat situ ke ?" soal Faizal.

"Tak payah sibuk laa..ni rumah aku.. banyak bilik aku ada.." jawab Jan dan terus menghilang ke tingkat bawah.

Saat Jan menghampiri isterinya yang masih nyenyak tidur, haruman didalam bilik tersebut masih sama seperti malam tadi. Kegelapan bilik tersebut telah pun Jan cerahkan dengan membuka sedikit langsir dibahagian kolam.

"Sayang..." panggil Jan lembut sambil mengusap rambut Hane.

"sayang.. Bangunlah.. lama sangat ni sayang tidur.." kata Jan lagi.

"Wahai isteriku sayang.. bangunlah wahai sayang isteriku.."

"Marabbukka..." kata Jan mengusik Hane.

"Urmmhhhh.." Hane mencubit lengan Jan.

"Amboi.. bangun taknak.. cubit kita nak.. Tak suruh pun cubit kita.." kata Jan. "Bangunlah sayang.. B lapar ni.." pujuk Jan.

"Sayang ngantok.. Penat.." jawab Hane dan memeluk tengkok Jan.

"B lapar ni.. teringin nak makan masakkan sayang.." pujuk Jan lagi.

"Taknak.. Sayang ngantok.." jawab Hane dan memeluk Jan pula.

"Aishhh sayang ni.. lain macam pulak manjanyaa ni.." kata Jan.

"Harini cutikan..bagi laa chance Hane nak rehat.. Malam tadi punya penat pun tak hilang lagi.." Hane berkata lagi sambil matanya masih terpejam lagi.

"Ni kalau mama and Zal tak ada dekat dalam rumah ni.. Dah lama B takkan bagi sayang dapat rehat yang cukup.." kata Jan mengugut.

"Hah..! mama ?!" soal Hane terkejut dan buka mata memandang Jan.

"Iyee mama.. Mama ada dekat dapur too.. tengah masak.." jawab Jan.

"Eee.. kenapa tak bagi tahu mama nak datang.." Kata Hane dan terus bangun dari pembaringannya.

"Dah.. pergi mandi.. B ambik baju sayang dekat bilik.." kata Jan.

"Mana bilik mandinya ?" soal Hane.

"Tu.. nampak tak ada shower and tab mandi to.." Jan menunjukkan bilik mandi yang hanya ada cermin lut sinar.

"Seriues lahh..? sayang mandi situ.. Malulahh.." kata Hane.

"Nak malu apa.. Hanya ada B seorang jee kat sini.. Ni pun sekejap lagi B nak naik atas.. Tinggal sayang sorang..mandi laa sensorang, tak ada siapa nak tengok.. kalau B nampak pun.. tak salah pun.. semuaa yang ada dekat sayang tu.. semua milik B.." kata Jan nakal.

"Memanglah sayang ni milik B..tapi nak mandi dengan keadaan bilik mandi macam tu.. Jadi menakutkan.." kata Hane.

"Habis sayang nak naik bilik atas macam ni jer.. Zal ada dekat atas tau.." kata Jan.

"Hmm.. sayang kena mandi dekat bilik mandi tu lah ?" soal Hane memandang ke arah Jan.

"Yes.." angguk Jan.

Hane mengalah untuk mandi dibilik mandi berdindingkan cermin lut sinar. Saat Jan didalam bilik untuk mengambil pakaian Hane, Jan tersenyum sendiri saat dirinya menarik almari pakaian dalam isterinya.

"Warna pink ni.. Sebab kau, aku dengan dia bergaduh masa baru masuk rumah ni.." kata Jan pada pakaian dalam Hane.

Sedang asyik Hane mandi, Jan kembali semula ke tingkat bawah tersebut. Jan melihat isterinya mandi, membuatkan dirinya bahagia melihat wanita yang dicintainya berada didepan matanya.

"Sayang.. I'm coming.." kata Jan yang menghampiri bilik mandi.

"Cepatnya.. Hair dryer bawa turun tak ?" soal Hane.

"B terlupa.. Nanti keringkan dekat atas laa.. Mama dengan Zal faham lah kalau sayang rambut basah ni.." kata Jan mengusik Hane.

"Malulahh.. B cakap senanglah.. yang malunya sayang tau.. Dah baru bangun tidur ni.. apa mama cakap nanti.. Segannyaa.." kata Hane dan mengambil tuala menutup mukanya.

"Alaa sayang ni.. Cepatlah pakai baju.. B tunggu.. ke nak B pakaikan baju ?" soal Jan bergurau.

"B pakaikan laa.." jawab Hane tanpa ragu-ragu dengan soalan suaminya.

"Lain macamlah.." kata Jan dan tersenyum melihat isterinya.

Tanpa rasa segan silu, Hane sudah pun siap berpakaian lengkap. Butang baju kemeja Hane juga Hane membiarkan Jan yang membuntangkan. Maka terserlah lah sepasang suami isteri berpakaian putih pada waktu ini.

Setelah mereka berdua keluar dari tingkat bawah tersebut, mereka berpisah dua haluan. Dimana Hane ke bilik tidurnya untuk mengeringkan rambutnya, manakala Jan menjenguk mamanya didapur.

Saat Hane sedang mengeringkan rambut, telefon Jan yang ada didalam bilik tersebut, tidak henti daripada notification berbunyi. Hane berminat untuk tahu setelah dia sudah siap untuk berjumpa dengan mertuanya.

Hane mengambil fone Jan.. dan terpapar message yang membuatkan Hane terkaku disitu..

bersambung...
(Done write first day of April-fool 2020)
(Publish on four days after first day of April-fool 2020)
#StayAtHome
#StayHealth

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience