"Siapa yang kejar awak tempoh hari ? Sebab apa mereka kejar awak ?" soal Jan
"Hmm.. entah laa.. Saya pun tak tahu.." Hane hanya berkata seperti mahu dan tidak mahu sahaja.
"Ke awak ada hutang dengan dia orang ?" soal Jan lagi.
"Ehh.. Saya nak berhutang.. Memang tak laa.. Bukan Lishane Khir kalau berhutang.." dengan lagak Hane berkata.
"Elehh.. Awak lupa yang awak tu berhutang dengan saya.. Saya dah selamatkan awak dua kali.. So saya nak awak lunaskan hutang awak.." Jan berkata latang.
"Apalahh awak ni.. Tak ikhlas langsung dalam membantu.." kata Hane sinis.
"Ingat saya ni baik sangat ke nak tolong orang yang mata dekat kepala lutut.. Hahahaha.." kata Jan dengan tawanya dihujung katanya.
"Bencilah awak ni.. Jalanlah sorang-sorang.." Hane merajuk dan berjalan meninggalkan Jan dibelakang.
"Hahhaa.. Merajuk pulak dia ni.. Awak ni dah ada boy-friend ke..? Sebab gaya macam biasa merajuk jee.." kata Jan mengejar Hane didepan.
"Sibuklah nak tahu.. Tak penting pun.." kata Hane yang merajuk.
"Elehh.. Saya tahulah.. Awak tu tak akan ada special one sebab awak mata dekat kepala lutut.. Kah kahh kahh.." terbahak-bahak Jan ketawakan Hane.
Hane pula semakin berang. "Woii.. Dah laa tu usik aku..!! Kau ingat aku bahan ejekkan kau ke ?! Ingat aku suka ke ?!" marah Hane tiba-tiba.
"Huyooo.. Dia marah pulakk.. " kata Jan mengusik lagi sambil tertawa kecil.
Tiba-tiba ada yang menumbuk muka Jan dari tepi.
"Berani kau kacau dia..!! Kau ingat kau siapa nak buat dia macam tu..!!" jerkah orang itu bersuara garau.
"Apa ni.!! Kau ni pulak sesuka hati nak pukul dia..!! Kau ada nampak dia sentuh aku ?!" marah Hane pada bersuara garau itu.
"Habis tu awak sampai marah-marah dia.. Saya ingat dia kacau awak.. Saya cuma nak bantu awak.. Salah ke ?" kata bersuara garau itu.
"Maaf saya pergi dulu.." Jan mengundur diri setelah ditumbuk.
"Tunggu.." kata Hane.
"Awak kenal diaa..?!" soal bersuara garau itu.
"Yes.. He's my fiance.." kata Hane dan memaut lengan Jan secara tiba-tiba.
"But when you are .." tergantung kata-katanya bila melihat Hane dan Jan meninggalkannya.
Masuk sahaja didalam lift Hane melepaskan pautan dilengan Jan.
"Maafkan saya sebab dah buat awak kena pukul dengan lelaki tak guna tu.." kata Hane serba salah.
"Tak apa dah biasa.." jawab Jan. "Siapa dia ?" soal Jan.
"Ex saya.."
"Sebab break ?"
"Dia ada perempuan lain belakang saya.. lepastu ada seorang lelaki ni suka ganggu relay kami.. Dia nak saya dengan ex saya berpisah.. Sekarang lelaki tu nakkan saya.."
"Ohh.. Patut nampak marah sangat tadi.. Awak tahu siapa lelaki tu ?" soal Jan
"Tak tahu sangat.. Saya ada suruh orang cari laki tu.. Tapi sampai sekarang tak dapat.." kata Hane kehampaan.
"Awak jaga dirilah.. Kalau perlukan apa-apa pertolongan just call me.. I will be there.. " kata Jan dengan senyuman yang manis sekali.
"Jomlah kita terus tunggu dalam surau.. Nanti semua staff keluar bila azan.." kata Hane mengajak Jan untuk ke surau.
Selang beberape minit Azan Zohur akan berkumandang semua staff semua sudah berkemas untuk ke surau. Khir pula sudah siap sedia didalam surau dan berbual dengan Fauzan didalam surau.
"Sekejap yee.. Saya azan sebentar.." kata Khir pada Jan.
"Tan Sri.. Mintak izin berikan saya peluang untuk melaungkan azan kali ini.." kata Jan.
"Masya-Allah.. Silakan Fauzan.. Dah lama saya tak dengar anak muda sekarang melaungkan azan.. pasti merdu sekali.." Khir mengizinkan Jan melaungkan azan.
"Terima kasih Tan Sri.." kata Jan dengan senyuman. "Allah hu'akhbar Allah hu'akhbar ... "
Usai solat Zohur yang diimamkan Fauzan, semua staff memuji Fauzan termasuk Khir.
"Sedap Tuan azan.."
"Terima kasih Tuan imamkan kami.."
"Tak sangka Tuan semulia ini.. Semoga Allah merahmati Tuan An.."
"Saya biasa-biasa jee.. Jangan memuji begitu sekali.. Saya juga seperti kamu semua.." kata Jan membalas semua kata-kata staff.
"Jomlah Fauzan kita ke tempat makan pula.." jemput Khir.
Keluar saja dari surau, lelaki bersuara garau itu tegur Tan Sri Khir.
"Uncle.." salamnya dengan Khir.
"Rizz buat apa dekat sini..?" soal Khir.
"Rizz cari Lish.." katanya.
"Ohh.. sekejap lagi dia keluar laa tu.. Sekejap uncle panggil dia dekat dalam." kata Khir mencari anak gadisnya.
"Kau dengan aku tak settle lagi.. Kau ingat kau boleh dapat Lish.. Lish tu aku punya.. Kalau aku tak dapat Lish.. Kau pun takkan dapat dia.." Rizz beri amaran pada Jan.
"Okay.. Kita tengoklah nanti.. Kalau Hane jadi milik aku.. Aku nak kau jauhkan diri kau dari dia.. Jangan kau muncul depan dia sesekali pun.." balas Jan semula.
"Rizz, ni Lishane.." kata Khir datang bersama Hane.
"Uncle saya nak cakap sekejap dengan Lish.. Ada benda nak bincang.." kata Rizz.
"Cakap jee dekat sini.. Biar papa dengan Fauzan dengar.." kata Hane sinis.
"Tak boleh laa.. ni pasal hubungan kita Lish.." kata Rizz merayu pada Lish.
"Papa dengan Fauzan pergi dulu lahh Hann.. Kamu berbincanglah baik-baik.." kata Khir pada Hane. "One more thing, Rizz Hann tak boleh lama.. Kami ada meeting sekejap lagi.." sambung Khir.
Selang beberape langkah Khir, dan Jan mengikutnya dari belakang Khir, Hane memanggil Jan.
"Fauzan.."
"Ye saya.. Kenapa..?" soal Jan.
"Temankan saya.. Papa pergi dulu kay.. Nanti Hann dengan Fauzan join papa.."
"Okay Hann.." Khir meninggalkan mereka bertiga didepan surau.
"Okay.. cakaplah sekarang depan tunang saya.." kata Hane.
"No.. ini hal kita berdua.." protes Rizz.
"Kalau tak nak cakap.. Aku dengan Hane nak pergi makan ni.." sampuk Jan.
"Okay-okay.. Aku nak kau lepaskan Lish.. Dia milik aku.." kata Rizz pada Jan. "Lish.. kita boleh bina hidup baru.. Rizz janji Rizz akan hargai Lish.." katanya pula pada Hane.
"Jangan haraplah Rizz.. Between U and Me.. We are over.. FULL STOP. " kata Hane.
"Kelakar laa kau ni.. Orang dah taknak kau.. kau terhengeh-hengeh nak kan dia lagi.." sindir Jan.
Dushhh..!!!
Satu tumbukkan sampai dimuka Jan lagi.
"Apa ni Rizz.. Apa salah dia dekat awak..?!" marah Hane. "Dah jom Jan.. Tak perlulah kita layan orang gila ni lagi.." Hane memaut lengan Jan untuk sekian kalinya.
"Aku belum habis lagi dengan kau jantan..!!" kata Rizz.
Mereka hanya berlalu tanpa menghiraukan Rizz di belakang mereka. Rizz merupa bekas kekasih Lishane untuk beberape tahun sebelum hubungan mereka berakhir. Rizz juga merupakan seorang pekerja dibangunan G.E tapi dibahgian lain tidak sama level dengan Hane.
Share this novel