BM-62

Romance Series 50447

"Megat.. I dahh siapkan tempat tidur you.." kata Dhia datang daripada belakang Jan.

"Ooohhh okay.." Jan terkejut dan menyorokkan telefone nya.

"You cakap dengan siapa..?" soal Dhiya.

"Aaaa.. dengan kawan I.." jawab Jan.

Pada ketika itu, Hane yang mendengar terasa gugur jantungnya. Hatinya terasa sakit dan memlilih untuk menamatkan panggilan tersebut.

"Teerrrtttttttt" bunyi panggilan video dimatikan

"Ohh you video call.. video call dengan siapa..?" soal Dhiya.

"Dengan kawan lama I.." jawab Jan dan membelek fonenya.

"Yelah tu.. Kawan you tu mesti perempuan kan.. Itu yang you video call senyap-senyap.. Takut kantoii kan.." kata Dhiya.

"Hahahaha.. takde lah.. I terlejut jee dengar you datang.." kata Jan.

"Malam ni banyak bintangkan..?" soal Dhiya.

"Yup.. banyak bintang.."

"You ingat tak dulu.. You selalu pesan dekat I selalu tengok bintang, sebab mungkin salah satu bintang itu adalah bintang yang membawa rindu you dekat I.." kata Dhia.

"Yaa.. dulu.. mitos tu semua.."

"Megat.. Masih ada ruang ke untuk I hidup dalam ruang you..?" soal Dhiya memandang Jan disebelahnya.

"Entah laa Dhiyaa.. I sendiri tak tahu masih ada ruang ke dalam hidup I ni.." jawab Jan.

"Bagi I isi ruang yang you ada.. I takkan lepaskan you lagi seperti sebelum ni.." kata Dhia.

"I tak tahu nak jawab apa Dhiya.. 5 tahun you tinggalkan I macam tu je.. tanpa satu pesanan pun.." kata Jan.

"From now.. Give me thats time.. Give me chance for 5 years ago.. kita dah plan semuanya kan.. I janji, I takkan tinggalkan you.." kata Dhiya.

"Hmmm.. Night Dhiya.. I penat drive harini.. Bagi I masa and rehat dulu.." kata Jan dan masuk tidur.
______________________

"Mawarrr...." Hane menangis didalam pelukkan Mawar.

"Kenapa ni.." soal.Mawar.

"Kenapa semua ni terjadi.. apa salah aku.." kata Hane.

"Cuba cakap kenapa.. Aku takde jawapan untuk pertanyaa kau.." kata Mawar.

"Jann.. Kenapa diaa.. Diaaa.. curang belakang aku.." kata Hane yang tersesak menangis.

"Laaa.. dari mana kau dengar cerita ni.. Jan tu suami kau tau.." kata Mawar seperti marah dengan kata-kata Hane

"Aku dengar masa video call tadi.. Dia cakap dengan perempuan tu.. aku ni.. Akuu kawan dia.." Hane berkata juga dalam tangisan.

"Ada sebab tu.. Takkan Jan nak cakap macam tu tanpa sebab.. Jan sayangkan kau kan.. Takkan dia nak curang dengan kau.. Sudahlah.. Jangan nangis lagi.." Mawar cuba menenangkan Hane.

"Aaaaku penat... Penat.. nak simpan rasa bersalah.." kata Hane.

"Rasa bersalah apa pulak.. Kau dengan Jan dan kahwin dah pun.. Dah tertulis jodoh kau dengan Jan.."

"Ex diaa dah balik Malaysia.." kata Hane

"Then.. kau takut Jan bercinta semula dengan dia ke ?" soal Mawar.

"Hmmm.." sambil menganggukkan kepalanya.

"Sudah laaa Hane.. Jangan fikir yang bukan-bukan.. Jom aku bawa kau rehat dekat atas.." kata Mawar dan memimpin Hane ke bilik tidur atas kliniknya.

"Aku tahu dia dengan perempuan tu.. Aku dapat rasakan.." kata Hane sambil mengesat air matanya.

"Tak payah laaa kau fikir yang bukan-bukan.. Tak mungkin dia nak buat macam tu.." kata Mawar berfikir positif.

Hane tertidur setelah fikirannya penat berfikir apa yang terjadi. Bantal Hane basah dek air mata yang mengalir.

**********************

JITRA, KEDAH.

"Megat.."

"Yee tokwan.." sahut Jan.

"Apa termenung jauh sangat tu..?" soal tokwan iaitu atuk kepada Dhiya.

"Tak ada apalah tokwan.. Kerja banyak dekat KL tuu.." jawab Jan.

"Iyeke ni.. Ke fikirkan seseorang yang jauh.." teka tokwan

"Hahahaa.. Tak adalah.. Siapalah saya ni.." tersipu malu Jan.

"Tokwan nak tanya ni.."

"Tanyalah.."

"Bila kamu nak masuk minang Dhiya tu.. Tokwan pun tak lama dah lagi dekat dunia ni.. Rumah kata pergi, kubur kata mari.." kata Tokwan

"Apalahh tokwan ni.. Itu yang dikatanya.. Hmmm.. Megat pun tak ada jawapan itu soalan tokwan tu.. Dhiya pun baru jeee balik sini.. bagilah dulu dia masa dan ruang untuk diri sendiri dulu.. Lagipun saya dengan Dhiya dah lepas 5 tahun lalu.." kata Jan dengan tenang.

"Apa salahnya bina semula.. Tapi kalini bina masjid terus.." kata Tokwan.

"Tokwan ni.."

"Ke kamu dah ada yang lain.." soal tokwan.

"Nampaknya.. Begit ....."

"Hahh..! Borak apa tu.. Tak ajak Dhiya pun.." kata Dhiya datang menyampuk.

"Tak ada borak apa pun.. Tokwan ni suruh jalan-jalan kampung.. Mana tahu berkenan dengan orang kampung.." kata Jan menipu.

"Buat apa cari jauh-jauh.. sebelah you ni ada.." kata Dhiya.

"Hahh Megat.. dengar tu.. Dee.. Ambik kunci motor tokwan dekat dalam tu.. Bagi Megat ni bawa moto jalan-jalan kampung.." arah Tokwan.

"Tokwan ada moto ke ?" soal Jan pelik.

"Ade ler.. Kamu ingat tokwan ni apa.." jawab Tokwan.

Jan dan Dhiya jalan-jalan kampung menaiki motor C70 Tokwan yang sudah diubah suai. Mereka berdua seperti buah pinang dibelah dua, berdua-duaan menaiki motor. Ketika ini Dhiya merasa bahagia dapat meluangkan masa dengan Jan. Jan juga berasa tenang dengan suasana sawah padi menghijau.
______________________

Tukkkk...!!! Tukkkk...!!!

"Puan... Puan..." panggil nurse(1) yang tinggal diklinik.

"Cuba call Puan.. Sebab Puan tak balik malam tadi.." kata seorang lagi nurse(2).

"Puan ada dekat dalam.. Bunyi fone Puan tu.." kata nurse(1). "Wey call Nisa suruh bawa naik kunci bilik Puan ni.." arahnya.

Nisa berlari membawa kunci bilik bersama Viem turut mengikut langlah Nisa. Semua menunggu Nisa membuka pintu bilik.

1

2

3

"Puann..!!!!"

"Shaaa...!!!"

"Ya Allah.. Puan...!!!"

Semua terkejut dengan keadaan Hane yang seperti kaku diatas katil berkeadaan menirap. Semua berlari mendapatkan Hane dan membetulkan posisi baringnya.

"Bagi ruang.. Bawakan saya BP test.." arah Viem berkeadaan tenang sambil membukaa butang baju Hane.

"Ada apa-apa yang berlaku ke malam tadi ?" soal Viem

"Yang saya nampak, malam tadi Dr.Mawar yang bawa Puan naik atas.. Masa tu pun Puan macam menangis je.." jawab Nurse(2).

"Call Dr.Mawar suruh datang klinik sekarang.." arah Viem.

"Doktor nah.." hulur Nisa yang tercunggap-cunggap berlari turun naik tangga.

Viem memeriksa tekanan darah Hane dan keputusannya mendapati tekanan darah Hane rendah.

"Sorang tolong tengokkan Puan.. Nanti dah sedar panggil saya.. Nisa nanti Dr.Mawar sampai, suruh dia jumpa saya.." kata Viem sebelum beredar sambung tugasannya.

"Baik dokt.." jawab semua nurse yang ada.

"Aku ingatkan orang yang perfect and cantik macam Puan ni takkan ada istilah stress or susah dalam hidup.." kata nurse(1)

"Itulah.. Dapat suami kaya raya, handsome.. Ada isteri kaya raya and cantik ni akan bahagia selalu.. Tapi itulah.. Tengok sekarang apa jadi.." kata nurse(2)

"Akhirnya siapa yang kalah akan jatuh mengalah.. Apalah masalah rumah tangga Puan ni.. Body guard siap ikut.. Tuan Megat pulak tak boleh nak jumpa Puan.. Hmmm.. Kesian tengok Puan macam ni.." kata nurse(1)

"Betul lah tu.. Derita seorang isteri yang berpisah tempat tidur ni lain tau.. Bukan pisah kerana rela tapi kerana atas paksaan.. Aku faham keadaan Puan yang rindukan Tuan.." kata nurse(2)

"Iye wey.. Semalam aku dengar Puan mengadukan kat Dr.Mawar kau tu.. Dia rindu Tuan.. Tapi dia terpaksa untuk kebaikkan Tuan.." kata nurse(1)

"Hanya ada satu cara jerr yang boleh satukan dorang semula.."

"Apaa dia..?" soal Mawar mengejut masuk ke bilik Hane.

"Ehh doktor.. cepatnya sampai.." tegur nurse(1).

"Awak ingat rumah saya jauh ke.. hah apa caranyaa tadi.." kata Mawar.

"Puan kena mengandung..!" kata nurse(2)

"Macam mana nak mengandung kalau dengan Tuan pun dah tak contact.." kata Mawar.

"Malam bila tah.. Saya ada nampak.kat badan Puan tu.. merah-merah macam lovbite tu.." kata nurse(1)

"Amboi.. mata kamu tu.. pekaa sungguh yaa.." tegur Mawar.

"Ternampak masa Puan betulkan lilitan tengkok dia.. Tak sengaja.." jawabnya.

"Saya haraplah.. Apa yang pernah jadi kat Puan and Tuan tu.. Adalah hasilnya.." kata nurse(2)

"Mesti comelkan.. Puan cantek.. Tuan handsome.." teka Mawar sambil berangan.

"Dokt dah jumpa Dokt.Viem ke " soal nurse(1)

"Biarkan situ.. Nisa suruh saya naik atas terus je.. Sebab Dokt.Viem awak tu tengah ada patient.." jawab mawar.

Tidak lama kemudian Hane sedarkan diri daripada tidurnya yang panjang tanpa sedarkan diri.

"Kau okay ke ni..?" soal Mawar.

Hane hanya membisu tidak menjawab pertanyaan Mawar.

"Kau nak balik rumah ke ? Kalau nak aku hantar kau balik.." soal Mawar lagi.

Sekali lagi Hane membisu. Hane mencapai telefonenya. Hane menaip sesuatu.

"Kenapa kau kat sini ? Apa jadi kat aku ? Lama ke aku tidur ?" type Hane.

"Kau tak sedarkan diri dari pagi tadi.. Budak-budak ni cari kau.." jawab Mawar dengan pertanyaan Hane.

"Suhh dorang keluar.. Aku malu laa.." type Hane lagi.

"Hahh yelah-yelahh.. Awak berdua boleh keluar sekarang.." kata Mawar.

Tutup sahaja pintu bilik, Hane terus bangun dan pergi mandi. Mawar pula setia menunggu Hane siap mandi.

"Jom pergi makan.. aku lapar.." kata Hane yang baru siap mandi.

"Pergi makan mana ?" soal Mawar.

"Aku teringin nak makan ikan bakar, cicah air asam.." kata Hane berselera.

"Ishh..ishh.. Tapi enn.. Aku malas nak drive.. Mana driver kau.. Suh dorang bawalah.." kata Mawar dan buat mukaa comel.

"Habis selama ni siapa yang duk bawa aku ke hulu dan ke hilir kalau bukan driver aku.." jawab Hane

"Hehehehe...muka kau pucat jee ni wey.. Viem check tadi tekanan darah kau rendah.." kata Mawar.

"Merepek je.. Aku okay dah ni.." jawab Hane.

Hane dan Mawar pergi makan direstoran dimana ada ikan bakar seperti yang diminta Hane. Sepanjang perjalanan Hane cuba melupakan apa yang terjadi malam tadi dengan pura-pura ceria didepan Mawar dan BG nya.

bersambung..
(Done write at 21.45 pm 6/5/20)
(Publish at 01.45 am 7/5/20)

Share this novel

Angah Ajalah
2020-05-07 09:32:36 

pleas update lg ....


NovelPlus Premium

The best ads free experience