BM-68

Romance Series 50447

05:20 Pagi.

Hakim terlewat untuk bangun sahur, apabila Hakim melangkah ke ruang dapur, langkahnya terhenti apabila melihat sepasang suami isteri sedang bermesra didapur. Hakim bertambah sakit hati apabila melihat Hane duduk diatas peha Jan dimeja makan.

"Kimmm sini makan.." panggil Jan apabila terlihat Hakim berdiri disitu.

"Ohh.. yaa.. Maaflah lambat bangun.. Penat sangat malam tadi.." kata Hakim dan menghampiri meja makan.

"Makanlah.. Kalau nak makan benda lain cakap.. Saya orderkan.." kata Jan.

"Tak apa Tuan.. saya makan.. Saya ingat makanan ni semua Tuan yang masak.." kata Hakim seperti memerli Jan.

"Tak sempat nak beli barang.. saya order jee.. kann sayangkan.." kata Jan sambil mengusap pinggang Hane.

"Betul lahh tu.. Benda senang.. buat apa susahkan diri.." kata Hakim sambil matanya mencuri memandang ke arah Hane dan terlihat kesan merah di leher Hane yang terbuka itu.

"B dah siap makankan.. sayang basuhkan pinggan.. B sembang laa dulu.." kata Hane dan berlalu ke sinki dapur.

"Awak makanlah.. saya basuh tangan jap.." kata Jan berlalu pergi dan berdiri dibelakang Hane.

Hakim yang melihatnya semakin rasa terbakar. Hakim juga turut berdiri dan menghampirit mereka.

"Tumpang basuh tangan.." kata Hakim menyampuk di belakang.

"Jap ye.. saya basuh tangan jap.." kata Hane.

Saat Hane hendak kebelakang beri laluan, Jan mengangkat Hane secara tiba-tiba.

"B..!" terjerit Hane.

"Kenape angkat dia..?" soal Hakim pada Jan.

"Sebab saya nak angkat la.. she my wife.. kami masuk bilik dulu ye.." jawab Jan dan berlalu.

Hakim berasa bengang apabila Jan berkata begitu padanya. Hakim bersahur sendirian tanpa ditemani oleh sesiapa. Jan dan Hane mengambil keputusan untuk pulang KL pada pagi ini juga.

Pada ketika Jan keluar pergi ke kaunter dan hanya tinggal Hane dan Hakim di villa tersebut. Hakim mengambil peluang yang ada untuk bersama Hane. Hane yang sedang leka mengemas pakaian bajunya tiba-tiba sahaja terasa ada yang memegang pinggangnya.

"Cepatnya B balik.." kata Hane yang masih sibuk melipat kain baju masuk ke dalam beg.

"B.. bagilah Hane siap kemas dulu.." kata Hane lagi apabila dirinya dipeluk lebih erat.

"Ehhh..!!! Ape ni..!!" Hane terkejut apabila perasan pada cermin bukan suaminya malah orang lain.

"Kalau dia boleh.. mesti saya pun boleh.." kata Hakim.

"Dia suami saya.."

"Then saya..?" soal Hakim.

"Awak.. awakk bukan sesiapa pada saya.." kata Hane dan cuba melepaskan diri daripada Hakim.

"Jadi saya boleh seseorang pada awak.." kata Hakim memusingkan Hane dan cuba untuk mencium Hane.

"Apaa awakk ni..!!" jerit Hane apabila dirinya sudah ditolak diatas katil.

"Awak wangi.. dan cantikk.." kata Hakim dengan suara menggodanya.

"Awak tahu tak ni bulan puasaa..!!" kata Hane bernada tinggi.

Hakim tanpa pedullikan apa yang Hane berkata terus mencium mulut Hane dengan rakusnya tanpa rela daripada Hane. Hane tidak dapat melepaskan diri kerana tenaga seorang lelaki lebih kuat daripada wanita. Disaat Hakim mencium leher Hane dan tangannya membuka butang baju Hane ...

Dushh..!! Dush..!!

"Tak guna punyaa jantan..!" kat Jan membelasah Hakim. "Aku dah lama peratikan kau.. Ini kerja kau..! Dasar laki tak guna.. Layak digelar binatang laa hanat..!!" marah Jan.

Hane menangis teresak-esak diatas katil dan tak mampu untuk berkata-kata saat Jan memukul Hakim didepan matanya.

"Bulan puasa ni kau boleh nak buat benda bukan-bukan dengan isteri aku.." Jan mengheret Hakim keluar daripadaa bilik itu.

Jan memanggil security hotel untuk membawa Hakim ke balai polis. Jan masuk semula ke dalam bilik untuk menenangkan Hane yang masih menangis.

"Sayang.." panggil Jan memeluk Hane.

"B.." kata Hane dalam tangisannya.

"Sayang.. B mintak maaf kay.. B tak sangka boleh jadi sampai macam ni sekali.." kata Jan sambil membuka butang baju kemeja Hane. "Kita pergi balai polis buat report kay.." kata Jan memujuk Hane.

"Taknak.." kata Hahe sambil menggelengkan kepalanya.

"Why.."

"Hanee malu.. Hane dah malukan suami Hane sendiri.." kata Hane.

"No laa.. dont worry.. Nobody will know.. B akan gunakan kuasa B untuk lindungi isteri B sendiri.. if sayang taknak masuk.. Sokay.. B uruskan.." kata Jan. "So now.. jom B mandikan sayang.. lepas settle semua, kita balik KL kay.." kata Jan dan bawa Hane mandi dan bertukar pakaiannya.

Setelah semuanya selesai, Hane dan Jan pulang ke KL menaiki kereta Jan yang dipandu oleh seorang driver. Superbike Hane juga dibawa balik oleh Gad ke rumah Faziah. Diatas faktor kejadian Hane, Jan memilih untuk membawa Hane pulang ke rumah Faziah.
___________________

G.E

"Tuan.. Iqbal dah kena cekup dengan orang Tuan Megat Fauzan.." kata orang suruhannya.

"Sebab apa..?" soal Khir

"Pecah masuk ke villa anak Tuan.." jawabnya.

"Ada apa-apa perkembangan pasal bukti tu..?" soal lagi Khir.

"Tak ada Tuan.. Tuan Megat Fauzan clean Tuan.." jawabnya.

Belum habis Khir bersoal jawab bersama orang suruhannya, Gad sudah merempuh masuk ke bilik Khir tanpa mengetuk pintu.

"Apa awak nak. ?" soal Khir terus berdiri.

Gad tidak menjawab soalan itu, malah Gad mencampakkan berkeping-keping gambar Hane bersama Hakim.

"Mana awak dapat semua ni.?" soal Khir mengutip satu per satu gambar tersebut.

"Ann akan jaga Hane semula.. Tuan tak tiada hak lagi nak masuk hal rumah tangga anak menantu Tuan.." kata Gad pada Khir.

"Kenapa pula..? siapa lelaki ni. ?" soal Khir.

"Hane hampir kena rogol.. dan lelaki dalam tu punya angkara.." kata Gad.

"Dalam ni dorang nampak mesra.. macam mane boleh jadi hampir rogol.. siapa selamatkan Hann masa tu ?" soal Khir curiga dan risau.

"Megat Fauzan yang tolong anak Tuan.. Cubaan merogol apabila Megat Fauzan keluar uruskan hal hotel.." terang Gad.

"Then.. salah Jan.." kata Khir.

"Semua ni terjadi disebabkan oleh tindakkan Tuan sendiri.. Tuan yang memisahkan suami isteri ini.." kata Gad.

"Then.. what to happend to Iqbal..?" soal Gad.

"Dia akan bersoal jawab dengan Puan Faziah sendiri.. Punca utama is dia yang dah burukkan nama majikan saya.. Sudah merosakkan rumah tangga majikan saya.." kata Gad.

"Ok good.. so where is my daughter..?"

"She good.. she with her husband.." jawab Gad.

"Alhamdulillah.. kirim salam dekat Jan dan Hann nanti.." pesan Khir dan kembali tenang.

"InshaAllah.. saya mintak diri dulu.. Buat masa sekarang Ann taknak sesiapa ganggu.. begitu juga Hane.." kata Gad sebelum berlalu pergi.

"Awak nampak.. siapa dia tu..?" soal Khir pada orang suruhannya.

"Nampak Tuan.."

"Saya nak orang yang komitmen keje diaa tiptop.." kata Khir

"Baik Tuan.. Dia senior dan ketua dalam pasukan kami Tuan.." katanya

"Jadi satu agency ?"

"Ye Tuan.."

"So his wife, you also know right..?"

"Not sure Tuan.. Perempuan terlalu ramai Tuan.."

"Ohh.. okay.." kata Khir.

Khir berasa lega dengan apa yang sudah terjadi. Khir berharap anak menantunya akan kembali bahagia seperti sebelum ini.
____________________

Kediaman Faziah.

Faziah risau dengan keadaan Hane yang trauma dengan kejadian yang menimpanya. Faziah turut menemani Jan yang menjaga isterinya yang trauma, sekejapp-sekejap menjerit dan menangis.

"Nasib baik Ann cepat selamatkan Hane.. Risau mama dengan apa yang kamu cerita tadi.." kata Faziah.

"Itulah maa..Ann pun tak sangka boleh jadi macam ni sekali.. Ann nak settle kan hal bilik je maa seban nak check-out dah.." kata Ann.

"Habis tu merah-merah siapa punya kerja..?" soal Faziah apa bila melihat merah di leher Hane.

"Anak mama laa.. tapi tak tahu laa pulakk kalau durgana (Hakim) tu buat juga.. Ann rasa tak kot.." kata Ann yang mula curiga dengan lovbite dileher isterinya.

"Dahh sudah.. Ni buka puasa Ann nak makan apaa.. mama siapkan.."

"Apa jee maa.. Mama tanya menantu mama tu.. Kan mengandung.. Kot mengidam apa-apa ke.." kata Jan.

"Haishhh.. mama tanya dia.. dia suruh tanya orang lain.. Hane tu, mama buatkan bubur jee.." kata Faziah.

"Okay maa.. Maa nanti Gad and Jane datang berbuka sekali.." kata Jan.

"Sukanya mama.. semua anak mama ada nanti.. Mama keluar dulu.. Mama pergi siapkan makanan speacially harini.." kata Faziah.

"Wahhh.. special sangat tu.."

"Kita buat bbq nak..? Mama suruh pakmat beli kambing nanti.." soal Faziah

"Tak susah kee mama.."

"Taklah.. Mama keluar dulu.. Ini dah pukul 4.. Pukul 6 nanti turun.." kata Faziah dan keluar daripada bilik Jan.

Setelah Faziah keluar, Jan mengikut Hane tidur juga disisinya. Tetapi dalam masa yang sama Hane asyik menangis dan menjerit takut. Jan juga tidak harus bagaimana dia lakukan untuk menghilangkan rasa trauma dalam diri isterinya. Kisah lama yang pernah terjadi pada Hane dulu itu pun makan masa yang lamaa.

Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang, semua sudah ada ditempat bbq. Hane yang ada hanya duduk dan termenung jauh. Jane yang sedang sarat mengandung turut bersedih dengan kejadian Hane. Pada ketika itu juga tetamu tidak diundang sampai ke rumah Faziah.

"Assalamualaikumm semua.." katanya.

"Waalaikumussalam.. Ehh Dhiya.. bilaa sampai..?" soal Faizal.

"Harini puasa ke-4 ke ?" soal Faziah pada semua.

"Yee maa.." jawab Jan.

"Ohh.. patutlah.. Mama ada ajak Dhiya datang buka puasa sekali.. puasa ke-4.. Rupanyaa harini puasa ke-4.." kata Faziah yang tidak sangka begini.

"Ahahahaa.. Klakar laa aunt ni.." kata Dhiya sambil ketawa. "Ramai harini tetamu aunt.. Ehh.. Hane pun ada.." kata Dhiya terkejut melihat Hane juga ada.

"Ada.. hehehe.." kata Hane dan tersenyum kambing pada Dhiya.

"Mehh sini tolong aunt potong-potong ni.." Faziah panggil Dhiya.

Hane hanya melihat apa berlaku, kadang Hane melihat kemesraan Jan dan Dhiya didepannya. Dirinya sudah tiada perasaan untuk merasakan cemburu. Hane hanya membantu sikit-sikit dimana dirinya mampu.

"Hanee.. bawakan cawan-cawan keluar.. Ann bawa airr keluar.." arah Faziah.

Hane dan Jan jalan beriringan masuk ke dalam rumah. Dhiya memerhati setiap langkah oleh Jan dan Hane.

"Sayang okay tak ni.. Tak okay pergi rehat.. Nanti B bawa naik makan.." kata Jan pada Hane.

"Okay jee.." jawab Hane dan membawa dulang cawan keluar.

"Okay.." kata Jan dan mengikut langkah Hane dibelakang.

Ketika semua sudah mengambil tempat duduk, hanya tinggal Jan yang masih menghidangkan makanan bbq diatas meja. Dhiya mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Faziah, Hane pula mengambil tempat duduk dihujung skali bersebelahn dengan Faizal.

"Ann.. panggil semua duduk makan.. Pakmat tu semua bawa masuk.. Kita ada makanan banyak ni.." kata Faziah pada Jan

Disaat semua sudah mengambil tempat, Pakmat dan Jan berdolak-dalih untuk duduk ditempat utama dimeja makan iaitu ditengah-tengah antara Faziah dan Gad.

"Tuan.. duduklah.." kata Pakmat.

"Tak apa.. Pakmat duduk.. saya duduk belakang je.." kata Jan memberi Pakmat di tempat duduk itu.

"Duduk jelab Mat.. Ann takapa duduk hujung sana.. bukan selalu pun.." kata Faziah. "Ann.. dah ambikkan Hane bubur..?" soal Faziah pada Jan.

"Ohh.. Ann lupa.." kata Jan dan ingin bangun semula.

"Takyah laa maa.. Hane boleh je makan semua ni.." kata Hane dan menarik tangan Jan duduk semula.

"Hane tak sihat ke ?" soal Dhiya pada Tia disebelahnya.

"Ha'ah.. kurang sihat.." jawab Tia.

"Dah tahu tak sihat.. sibuk nak datang sini juga.. Cari attention ke tu.." bisil Dhiya pada Tia.

Tia hanya senym dengan apa yang diperkata kerana masing-masing tahu bahawa Dhiya tidak mengetahui bajawa Jan sudah bernikah dengan Hane. Makan berbuka puasa beramai-ramai membuatkan Hane bertambah ceria kerana mereka tidak soalkan tentang dirinya. Layanan daripada seorang suami disisi bertambahkan lagi keceriaan diwajahnya.

Walhal, dalam masa yang sama, ada yang memerhati akan kemesraan Jan dan Hane dimeja makan, kerana Jan melayan Hane seperti seorang puteri siap mengambil apa sahaja yang Hane mahu makan dan suapkan Hane makan.Tanpa disedari, Dhiya pun beralih tempat duduk setelah tempat duduk disebalah Jan tiada lagi orang yang duduk. Jan dan Hane terkejut apabila Dhiya tiba-tiba muncul.

-Apa berlaku seterusnya.. nantilan next chapter..-

bersambung......
(Done write 30/5/20)
(Publish on 01:40am 7/6/20)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience