BM-16

Romance Series 50447

3 MINGGU KEMUDIAN ...

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 2

"Maa dah bagi tahu Zall yang kita balik harini ?" soal Jan setelah mengambil bagasinya.

"Dah.. Kalau tak ada call Gad datang.." kata Faziah.

Kringg.. kring...

"Hello.. mama dah touch-down ni.." cakap Faziah dalam telefonenya.

"Okay mama tunggu.. Hati-hati drive tuu.. Tak perlu rushing pun.. Tak lari pun mama ni.." kata Faizah bergurau dalam panggilan itu dan menamatkannya sekali.

"Siapa..?" tanya Jan

"Menantu mama.." jawab Faziah

"Ooo.. datang sekali dengan Zall laa ni.."

"Maybe.."

"Ann balik naik grab laa maa.." kata Jan.

"Laa kenapa pulak.. Jum jelah.. Bukan siapa pun.." pujuk Faziah.

"Hmmm..."

Tak lama kemudian Evoque berwarna putih milik Hane berhenti didepan Jan dan Faziah yang sedang berdiri menunggu kedatangannya.

"Maaf maa lambat.. Banyak kereta.." kata Hane turun dari kereta dan berlari mendapatkan Faziah.

"Tak apa.. Hane sihat ke ?" soal Faziah saat mereka berpelukkan.

"Alhamdulillah sihat maa.. Zall pun sihat.. Zall tak dapat datang ambik, dia ada urgent meeting.." kata Hane dan menerangkan kenapa dia berseorang menjemput Faziah dan Jan.

"Ooo.. Tak apa.. Janji ada yang ambik kami balik.. Itu pun dah cukup bersyukur.." ucap Faziah. "Ann masukkan beg tu.." arah Faziah.

"Jom maa masuk.." Hane bukak pintu sebelah memandu.

"Ehh.. Mama duk belakang laa.. Mama nak rehatkan badan sikit.. Penat duduk dalam flight tadi.." Faziah menolak untuk duduk didepan dan duduk dibekang sahaja.

"Hah masuklah.." kata Jan pada Hane dari belakang setelah siap masukkan beg kedalam boot.

"Ehh.." Hane terkejut.

"Masuklah.." Jan berdiri didepan Hane dan memegang pintu kereta menyuruh Hane masuk. "Ya Allah.. Degilnya hambamu ini.." ucap Jan dan menolak Hane masuk.

"Auchh.. Apa ni .." belum sempat Hane habis cakap Jan sudah menutup pintu kereta dan berjalan ke tempat memandu.

"Lamaa tak bawa kereta ni.. Bau pun masih sama lagi.." kata Jan setelah duduk ditempat memandu.

"Dah ni kereta saya.. Memang samalah.." kata Hane menjeling ke arah Jan disebelahnya.

"Maa.. Balik rumah Ann dulu erkk.. Nak tengok rumah, pastu nak mintak tolong mama kemaskan sikit-sikit rumah tu.." kata Jan memandang belakang ke arah Faziah.

"Mana-manalah Ann.. Ni Hane lepas ni ada apa-apa kerja tak..?" soal Faziah.

"Tak ada rasanya.. Sebab harini Hane meeting luar, then terus balik rumah jee biasanya.." terang Hane.

"Eloklahh tu.. Bolehlah tolong-tolong mama banyak sikit kemas rumah tu.." kata Jan menyampuk.

"Ada ke.. Eeee..." marah Hane.

"Dah-dah.. Cepat jalan Ann.. nanti lambat pulak.. Lepas tu nanti berhentikan mama dekat supermarket dekat rumah Ann tu.. Mama nak beli barang sikit nak masak masakan melayu yang lama tak masak ni.." kata Faziah panjang.

"Tak perlu maa.. Nanti Ann beli jee.. Mama cakap je nakk makan apa.." kata Jan dan memulakan perjalanannya.

"Yelahh tuu.." sampuk Hane.

"Ehh.. diamlah situ.." sepontan Jan berkata.

Tak lama kemudian, suasan sunyi kembali. Mereka bertiga hanya fokus pada pandangan masing-masing. TAPI ada yang main matanya ke arah lain. Mata Jan menjeling ke arah jari Hane.

'Hmmm.. Kosong.. Memang dia tak ada hati dengan Faizal ke ?' - Soal Jan sendiri dalam fikirannya.

Jan tanpa sengaja ternampak cincin tunangnya dikotak kecil belah pemandu. Jan tanpa sengaja lagi terlihat cincin pemberiannya juga ada didalam kereta itu tetapi cincin itu elok tergantung dikunci kereta Hane yang berada digenggaman Hane. Jan tersenyum sendiri.

Tak lama kemudian Faziah dan Hane sudah pun tertidur sebelum sampai ke rumah Jan yang jauh dari KLIA2. Jan tersenyum sendiri melihat dua orang perempuan kesayangannya tertidur dalam satu kereta.

50 minit kemudian.

"Maaa.. dah sampai.." perlahan-lahan Jan bangunkan Faziah. "Aan dan buka pintu rumah tu, pergilah rehat maa.." Kata Jan dan membuka pintu untuk Faziah.

"Hanee..?" soal Faziah setelah keluar dari kereta.

"Ann bawaklah pergi beli makan.. Kunci dipegang.. Kesian pulak nak kejutkan dia bangun.." terang Jan dan sememangnya itu niat sebenarnya, Kesian.

"Hmmm okay.." kata Faziah dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Jan masuk semula ke dalam kereta dan menerus pemanduannya membeli makanan tengahari yang hampir ke petang sudah. Sepanjang perjalan pergi dan balik beli makanan Hane hanya tidur sahaja, sampai semula dirumah Jan .

"Hann.. Dah sampai.." Jan cuba bangunkan Hane dengan suara lembutnya.

-TIADA TINDAK BALAS-

"Hanee.." panggil Jan lagi, kalini Jan menggerakkan tubuh Hane.

"Ehh..!" Hane terkejut. "Cepatnya sampai.." kata Hane yang separa sedar dan membetulkan penampilannya.

"Dah cantik dah.. Tak payah tengok cermin lagi.." tegur Jan.

"Mamaa mane ?" baru Hane sedar dia berdua sahaja dengan Jan.

"Mama dah masuk dah.."

"Ooo.." kata Hane dan buka pintu kereta.

"Japp.." Jan memegang lengan Hane.

"Apa.."

"Ni..." Jan menunjukkan cincin tunang Hane dan mengangkat tangan Hane yang jarinya kosong.

"Hmmm.." keluh Hane. "Awak sendiri tahu kenapa.." kata Hane dan mengambil semula cincin tunang dan menyarungkannya dijari. "Puas.!" Hane menunjukkan jarinya yang sudah bercincin dan terus keluar dari kereta.

Langkah saja kaki Hane ke dalam rumah Jan, dia berasa kagum, marahnya pada Jan juga hilang begitu saja.

"Duduklah Hane.." sapa Faziah dari tingkat atas.

"Ehhh.. mama buat apa duduk dekat atas tu.." tegur Hane.

"Dapur saya dekat atas..sini hanya ruang tamu dan bilik.. Atas dapur dan ruang makan.." kata Jan yang sedang mendaki anak tangga ke atas.

"Oooo.." Hane juga naik ke tingkat atas. "Wahhh.." Hane rasa kagum lagi.

"Simpan sikit giler tu.." tegur Jan. "Dah sini jum makan.. Lepas makan bolehlah tengok-tengok sambil mengemas kan maa.." kata Jan mengusik Hane.

Selesai saja makan tengahari, Hane menyambung meneroka kawasan rumah Jan, dan Jan mengekorinya dari belakang. Sampai ditingkat bawah Hane bertanya akan sebuah pintu yang terkunci.

"Ni bilik apa.." tanya Hane dari tingkat bawah.

"Bahaya bilik tu.. Tak ada siapa pernah masuk lagi dalam tu.. Mama pun tak pernah masuk.." kata Jan.

"Ooo.."

"Kalau nak solat asar ke baring-baring ke, masuk je bilik mane-mane pun dekat atas tu.. Tak ada larangan, sebab semua bilik tetamu.." kata Jan.

"Ooo.. okay.. Bestnya kalau dapat rumah macam ni.. Berapa tingkat semua rumah ni ?" soal Hane.

"4..."

"Kiranya ada bawah lagi ke ?"

"Yup.. bawah sekali paling bahaya.." kata Jan sambil gaya penuh ke'POYO'an. "Be mine.. I will show you everythingssss.." bisik ditepi telingar Hane dan terus berlalu pergi tinggalkan Hane.

Sampai ke malam mereka dirumah Jan menunggu Faizal datang untuk dinner sekali dirumah Jan. Hane dari pakaian pejabat ke pakaian sport suit (Baju Jan).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience