[8.25 malam]
Tepat pada waktunya, Khir tiba dirumah bersama tetamunya. Hane yang melihat tetamu yang dijemput seperti rombongan meminang pulak.
"Ibuuu and papa ada plan apa-apa ke belakang Hann..?" Soal Hane.
"No Hann.. Why..?" Soal Azian.
"Hann nampak ada satu ..."
"Puan.. Tuan Fauzan cari.." kata pembantu rumah memotong kata Hane.
"Ohh k.. Ibuu apa-apa panggil Hann tau.. Hann naik bilik jap.." kata Hane terus keluar dari ruangan dapur.
Azian menyambut tetamu yang hadir. Seperti yang jangka benar belaka hasrat si ibu ini. Azian terkejut dengan apa yang sedang Khir lakukan.
"Jemput masuk.." kata Azian menjemput tetamu masuk.
"Mana Hann..?" Soal Khir berbisik.
"Apa awak buat ni..?" Soal Azian semula.
"Awak ikut jeee.." jawab Khir. "Nanti panggil Hann turun." Kata Khir.
"Awak tahu tak yang Jan ada dekat atas.. Ada dengan anak kita.." kata Azian berbisik.
"Baguslah.. Awak pun tak boleh nak bagi tahu saya apa-apa jadi pada anak kita.. Susah ke nak bagitahu saya..?" Soal Khir mengawal kemarahan.
"Habis apa awak buat sekarang ni betul ke..? Awak ingat Hann suka ke..? Awak lupa gamaknya, Hann takkan terima sesiapa dalam hidupnya melainkan ayah kepada cucu kita tu.. Ingat, anak kita bukan barang untuk dijual beli.." kata Azian terus meninggalkan Khir didepan pintu masuk.
Khir tidak terkesan dengan kata-kata Azian itu. Khir meneruskan perbualannya dengan tetamu yang ada iaitu ibu bapa kepada Rizz dan rombongan meminang itu. Azian terasa dianiaya juga turut menyertai Khir melayani tetamu tersebut.
"Maaflah menyampuk ni.. Tuan Puan ni tahu ke yang anak kami ni ada anak dua orang..?" Soal Azian menyampuk.
"Kami tahu Datin.. Rizz dah cerita semuanya pada kami.." jawab ibu kepada Rizz.
"Ohh.. Apa lagi yang Rizz cerita tentang anak perempuan kami dan cucu kami tu..?" Soal lagi Azian.
"Macam-macam Datin.. Rizz pun dah anggap anak-anak Lishane tu macam anak dia sendiri.. Itu kami tak kisah kalau dia betul-betul nak kahwin dengan anak Datin.." jawab Ibu Rizz.
"Betul tu.. Dato, Datin.. Anak kami tu baik orangnya.. Ini pun dia mintak kami pinangkan untuk dia.. Pertama kali ni dia bersungguh-sungguh nak kahwin.." kata bapa Rizz pula.
"Ooo.. Saya pun terkejut dengan rombongan ni sebenarnya.. Sebab Rizz bagitahu saya tengahari tadi jee.. Saya pula busy banyak kerja.. Maklumlah, anak saya tak masuk kerja lagi sebab jaga anak.." kata Khir.
"Saya ni pun takdelah kisah mana pun.. Cumanya Rizs tu mampu ke nak jaga anak kami dan cucu kami tu.. Anak saya ni belanja dia besar.. Cucu kami tu pulak kembar.. Banyak ragam lagi.." kata Azian cuba untuk batalkan niat mereka.
"Kalau Rizz sayang.. dia sanggup buat apa saja kan.. Lama kita ni berbual.. Tuan Puteri didalam rumah ini mana.. Kami mahu juga lihat bakal menantu saya.." kata Ibu Rizz tukar topik perbualan.
"Tengah susu kan anak tu.. Maklumlah tiada masa nak uruskan hal lain.. anak kembarkan.. Marilah kita makan dulu.. Nanti saya panggilkan anak saya tu turun.." kata Azian.
Sedang mereka leka makan malam, Azian lari mencari anak perempuannya.
Tukkk.. Tukkk..
"Kenapa bu..?" Soal Hane.
"Bad news.. Papa buat hal.. Tu rombongan meminang Hann.. Dari family Rizz.." kata Azian.
"Apa papa ni.. Hann dah cakap kan.. Jangan buat apa-apa dengan kehidupan Hann.. Hann tahu apa Hann buat.." kata Hane menahan amarahnya.
"Jan tak tahu lagikan.. Kalau dia tahu ni macam mana..?" Soal Azian.
"Buu.. Jan dah tahu.. Tadi dia dah keluar nak turun.. Pastu dengar perbualan tu semua.. Then papa terima ke..?" Soal Hane.
"Gila nak terima.. Papa pun tahu Jan ada dekat sini.. Berani papa nak terima.. Papa pun terkejut dengan rombongan ni.." kata Azian.
"Nanti turunlahh dengan Jan tu.. Kita settlekan salah faham tu malam ni juga.. Ibu tak sukaa macam ni.." kata Azian berasa kecewa.
Hane mengikut Azian turun sekali ke bawah. Jan pula ditinggalkan didalam bilik untuk tidurkan anak kembar mereka. Mujur anak kembar ini tiada banyak ragam.
"Wahhh cantiknya Lishane harini.. Makin cantik bila bertudung.. Patutlah Rizz bersungguh-sungguh minta pinangkan Lishane ni.." kata Ibu Rizz.
"Ehh tiadalah.. Biasa jee aunt.." kata Hane.
"Cantikk.. macam bak Permaisuri dari kayangan.." tegur bapa Rizz pula.
"Tengoklah anak siapa kan.." sampuk Khir.
"Rizz tak ikut sekali ke ?" Soal Hane.
"Takk.. Dia kan pemalu orangnya.." kata Ibu Rizz.
"Ohh.. Pemalu.. Ingatkan ada sekali.." kata Hane.
"Anak mana..? Tak bawa turun sekali ke ?" Soal Ibu Rizz.
"Tengah ditidurkan.. Biasalah baby lagi.. Tidur jee selagi boleh.." jawab Hane.
"Ohh.. ada baby sitter lahh ye.. untung Rizz macam tu, tak payah susah-susah nak jaga anak, kalau dah ada pembantu.." kata Ibu Rizz.
"Ahahaha.. Itulah.. untungnya.." kata Hane sambil ketawa kecil.
Tingg.. [Pintu lift terbuka]
"Jan.. mari sini.." cepat-cepat Khir memanggil Jan.
"Yee saya.." jawab Jan dan menghampiri Khir dimeja makan.
"Mari duduk makan sekali.." kata Azian menjemput Jan makan.
"Segaknya.. Anak ke..?" Soal bapa Rizz pada Khir.
"Itulah baby sitter cucu saya.." jawab Khir.
"Handsome baby sitter.. Lelaki rupanya.. Ingat perempuan.. Kalah Rizz macam ni.." kata Ibu Rizz.
"Hahahahahaa.." semua ketawa termasuklah Jan dan mengambil tempat duduk disebelah Hane.
Selesai mereka makan malam, mereka sambung lagi dengan perbincangan yang masih tidak dapat apa-apa jawapan lagi. Kali ini Hane dan Jan turut serta dalam perbincangan ini.
"Sebelum saya kenalkan dulu nama baby sitter cucu saya ni.. Megat Fauzan, yang akan turut serta dalam perbincangan ni.." kata Khir.
"Nama macam pernah dengar.." kata bapa Rizz.
"Rizz ada cerita apa-apa lagi tak pasal siapa suami anak perempuan saya ni..?" Soal Khir.
"Tak ada pula.. yang dia bagitahu, Hane ni janda anak dua.." jawab Bapa Rizz.
"Jadi bunga ditaman ni.. sudi ke menerima pinangan daripada kumbang yang jauh disana..?" Soal Ibu Rizz pada Hane.
"Macam mana kalau bunga ditaman tu sudah dipetik orang..?" Sampuk Jan.
"Maksudnya..?" Soal Ibu Rizz.
"Macam ni Puan, Tuan.. Saya rasa Rizz dah salah faham ni.. dan dia tidak sepatutnya berbuat begini.. Saya faham niat Tuan, Puan ni datang dengan niat yang baik untum bina masjid.. Kami faham.. Tapi anak perempuan saya ni.. Masih lagi dalan masjid yang sama.. fahamkan maksud saya tu..?" Kata Azian beri penerangan.
"Betul tu aunt uncle.. Rizz dah salah faham ni.. Saya masih ada suami.. Suami saya ada disisi saya.." kata Hane.
"Siapa..?" Soal bapa Rizz.
"Disebelah dia tu suaminya.. Megat Fauzan.. Sayaa pun minta maaf dengan apa yang jadi.. Saya juga bukan nak hancurkan harapan anak Tuan Puan.. Inikan namanya takdir.. Anak saya masih isteri orang.. Bukan janda.." kata Khir.
"Ya Allah.. kecilnya diri ni.. Maafkan kami nak.. Kami tak tahu apa-apa.. Kami hanya mengikut apa sahaja anak kami mahukan.." kata Ibu Rizz.
"Tak apa Puan.. saya faham.. Kami maafkan.. Lagipun semua ini salah faham.." kata Azian.
"Memang eloklah kalau ini suaminya.. Pandai jaga anak.. Ini yang patut dicontohi.. walaupun tak mampu nak belanjakan wang ringgit tapi menjaga anak juga merupakan pengorbanan yang besar juga.." kata Ibu Rizz.
"Actually.. Dia bukan tak mampu.. Dia terlebih dari mampu.. Dia ada company sendiri.. Bukan company kecik.. Besar juga.. Boleh labur share dalam company saya sekarang.." kata Khir membanggakan Jan didepan ibubapa Rizz.
"Memang patutlah Rizz ni kalah.. macam mana nak menang kalau masih lagi menjadi kuli kan.. Orang zaman sekarang ada duit apa sahaja dia mahu pasti dapat.. Kan Megat.. nak isteri secantik Lishane pun boleh dapat.." kata bapa Rizz.
"Hehehe.. Salah tu.. Saya dengan suami berkahwin bukan sebab harta.. Tapi sebab kami saling mencintai.. Suami saya ni masa berkawan dengan saya hanya bawa kereta biasa-biasa jee.. Tiada kemewahan pun.. Saya selesa dan berasa selamat bersama dia.." kata Hane dan mengengam tangan Jan.
"Saya pun tak ada apa yang dibanggakan.. saya mampu cakap.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan saya bidadari syurga secantik ini.. Allah kurniakan anak-anak yang comel.. Saya bersyukur.." kata Jan.
"Alhamdulillah.. Bagus anak ni.. Rizz pernah cakap.. Kalau dia dah kahwin.. Dia taknak duduk rumah mertua or rumah parent sendiri.. Itu satu saya respect dengan anak saya dan saya bangga.." kata Ibu Rizz cuba menangkan anaknya.
"Baguslah tu.. memang itu pun sepatutnya.. Baru ada privacy.. tak gitu Jan..?" Soal Azian pada Jan.
"Betul tuu.. bagus Rizz berfikiran macam tu.. satu je dia tak bagus.. Tak bagusnya nak rampas isteri saya.. Saya masih lagi sah suami Hane.. Tiada siapa boleh ambil dia daripada saya, kecuali mati yang memisahkan.." kata Jan.
Semua terdiam dengan kata-kata Jan. Khir dan Azian juga berasa bangga dengan apa Jan katakan itu. Hane juga terdiam dan tersenyum dengan jawapan Jan. Ibubapa Rizz sudah menahan malu dengan kata-kata mereka sendiri.
"Kami mintak diri dulu Dato, Datin.. Lishane.. Aunt mintak maaf yee.. Aunt betul-betul tak tahu yang Lish masih ada suami.. Aunt maluu dengan Megat.." kata Ibu Rizz.
"Saya anggap semua ni salah faham je.. Aunt dont worry kay.. Nanti saya sendiri jumpa dengan Rizz.." kata Hane.
"Maafkan kami.." kata Bapa Rizz.
"Kalau saya ada anak perempuan lagi.. Says boleh terima pinangan ni.. Benda baik buat apa kita nak tolak kan.. Sekarang ni anak saya seorang je.. Itu pun sudah jadi isteri orang.. Maafkan kami jugaa yang dah buat pihak Tuan Puan ni bersalah sangka..." kata Khir.
Selesai mereka bersesi bermaafan dan menghantar tetamu pulang. Kini tiba masanya mereka berempat pula buat perbincangan dan menyelesaikan masalah mereka.
"Okay.. now.. What happend now ?" Soal Khir.
"Papa tahukan yang Hann takkan sesiapa kecuali Jan.." kata Hane.
"Saya janji.. saya takkan sia-siakan Hane lagi.. Saya takkan tinggalkan Hane lagi paa.." kata Jan.
"Dhiya apa cerita sekarang..?" Soal Khir lagi.
"Dhiya okay.. Dia dekat hospital.. Baby pun normal.." jawab Jan.
"Bukan sepatutnya kamu yang teman and jaga Dhiya sekarang..?" Soal Khir lagi.
"Saya bukan lagi suami Dhiya.." jawab Jan.
"Apa kamu buat..? Sampai macam tu sekali kamu buat dekat dia..?" Soal Azian terkejut.
"Anak yang dilahirkan tu bukan anak saya.. Anak dia dan Hakim.. Mutawwif kita masa pergi umrah itu hari.." kata Jan.
"Kamu yakin dengan semua ni..?" Soal Azian.
"Yee bu.. Hakim sendiri mengaku dan bercerita dengan saya.. Dhiya perangkap saya sebab nak balas dendam dengan Hane.." kata Jan.
"Jadi sekarang kamu nak jadi suami kepada Hane semula ?" Soal Khir.
"Yee paa.. Saya nak jadi suami dan ayah kepada anak kami.. Saya nak jadi pelindung mereka paa, buuu.." jawab Jan.
"Apa yang boleh kamu buat untuk yakinkan kami yang kamu takkan buat perkara yang sama lagi..?" Soal Khir.
"Saya ada dekat sini.. Selamatkan isteri saya daripasa kahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya.." jawab Jan memandang ke arah Hane.
"Okay.. Ini last warning dari papa and ibu.. No more hurt, no more cheat, no more secret, and been honest, and trust each other.." kata Khir pada Jan dan Hane.
"Yes paa.. No more hurt, cheat, secret and been honest and trust each other.." kata Jan dan Hane mengulangi semula kata Khir sambil mengengam tangan dan bertentangan mata.
Pada malam itu Jan dan Hane mengikat janji untuk tidak mengulangi kesilapan lalu didepan Khir dan Azian. Jan diberi peluang untuk bahagiakan Hane sekali lagi. Sempat juga mereka berbincang untuk adakan majlis tahtik untuk Qeef and Reen.
=====================
[Hospital]
Dhiya ditempat wad mewah yang disediakan pihak hospital atas arahan Jan. Jan mahukan Dhiya dan Hakim pelajari menguruskan anak baru lahir sama seperti dirinya dan Hane lalui.
"Anak kita comel kan..?" Soal Hakim.
"Ehemm.. Comel.." jawab Dhiya.
"You nak bagi nama dia apa.. I tak kisah ikut jee.." kata Hakim.
"Nantilah kita fikir.. You rasa Megat datang tak tengok I ?" Soal Dhiya.
"I tak tahu laa.. Kenapa ? You ada nak cakap somethings ke dengan Megat..?" Soal Hakim semula.
"I nak cakap terima kasih sebab tunaikan peemintaan I.." jawab Dhiya.
"Ohhh.. Nanti lepas you habis pantang kita nikah.. I akan jaga and bertanggungjawab dengan apa dah jadi.. Im promise.." kata Hakim.
"Nanti kita bincang hal tu.." kata Dhiya seperti tidak mahu ambil tahu tentang itu.
"Nanti kita balik kampung I.. Ummi nak jaga you.." kata Hakim.
"Are you sure about it..?" Soal Dhiya.
"Yes.. Megat pun suruh I bawa you jumpa ummi.. So inilah masanya.." kata Hakim.
"I tak ready lagi.. I need to settle first with Megat.. I cant leave him just like this.." kata Dhiya.
"Megat nak you sihat dulu.. Tapi Megat dah lepaskan you kan.. So no need to be worry kay.. Im here for you.." kata Hakim.
Zeerrrkkkkkk [Pintu bilik dibuka]
"Megat !" Tegur Hakim.
Dhiya dan Hakim terkejut dengan kehadiran Megat yang memegang satu sampul surat bersaiz A4. Jan tidak mahu hal ini berpanjangan lagi, dia harus lakukan sesuatu untuk dapatkan kehidupannya semula.
bersambung.....
Maafkan saya sebab lambat update. Saya tengah strugle final year study TT. Maaf sesangat. Nanti ada masa saya update and sambung penulis lagi. Maaf.
Share this novel