JITRA, KEDAH.
"Megat.." panggil Dhiya.
"Ye.."
"Perasaan Dhiya dekat Megat tak pernah padam selama ni.." kata Dhiya berani.
"Tapi kenapa sekarang?" soal Jan.
"Sebab Dhiya nak Megat dalam hidup Dhiya.. Dhiya dah penat kerja.. Buat masa ni Dhiya nak focus kan apa yang ada depan mata.. Dhiya taknak lepaskan apa yang sudah dapat dimiliki.." kata Dhiya serius.
"Hmmm.. esok dah start puasa.. Esok juga kita kena balik KL.." kata Jan menukar topik perbualan.
"I penat macam ni Megat.. You mesti mengelak daripada jawab soal hati.." Dhiya bernada tinggi sedikit.
"Im sorry.. Megat tak ready lagi nak jawab or nak ada hati dengan orang lain.. Hati I dah ada yang punya.." kata Jan jujur.
"Betul lahh selama ni Dhiya teka.." kata Dhiya bernada sedih dan tenggelamkan dirinya dalam air sungai.
"Janganlahh macam ni.. I tak suka.." kata Jan memujuk Dhia yang seperti merajuk dengan dirinya.
Dhia membisu dan teruskan merasai suasana air sungai yang sejuk mengalir.
"Dee.. Dee.." panggil Jan yang turut masuk ke dalam air sungai. "Listen to me.." Jan menarik tangan Dhiya supaya memandang wajahnya.
"I miss the ways you call my name Megat.." kata Dhiya membalas pandangan Jan.
"I sayang you.. tapi dalam masa yang sama.. I sayangkan orang lain.." kata Jan.
"Hmmm.." Dhiya menundukkan kepala.
"Look at me Dee.. Dalam hati I masih ada ruang untuk you.." kata Jan memujuk Dhiya sambil memegang dua belah tangan Dhiya.
"She in your heart too right ?" soal Dhiya.
"Yes.." jawab Jan sepatah.
Setelah mendengar apa yang dikata Jan, Dhiya terus keluar daripada sungai. Jan mengejar langkah Dhiya.
"Dee.. wait for me.." Jan menghidupkan enjin motor. "Dee.. Ini semua bukan salah I.. Kalau you tak tinggalkan I macam tu jerr.. Semua ni takkan berlaku.." kata Jan mengikut langkah Dhiya menaiki motor tokwan.
"Itu bukan alasan.. Kalau I first love you.. You takkan akan ada orang lain.." kata Dhiya bernada marah pada Jan.
"Yes you are my first love.. But between us is over.. 5 years ago.." jawab Jan.
"So we can start all over again right ?" soal Dhiya dan berhenti melangkah.
"Later.. Now, you duduk belakang kita balik rumah tokwan dulu.. Dah basah, sejuk pulak tu.. Jom kita balik mandi rest.. Nanti I fikirkan apa yang you tanya.." kata Jan memujuk Dhiya.
Dhiya mengalah juga dan mendengar kata Jan. Dhiya memberanikan diri memeluk Jan diatas motor. Jan tidak menepis malah Jan buat tidak kisah memandangkan baju Dhiya kelihat ketat apabila basah. Tudung yang dipakai Dhiya juga tidak membantu menutup bentuk dada Dhiya yang terbentuk kerana basah.
**********************
Kediaman Khir dan Azian
"Ibuu.. Paa.. Hann buat keputusan nak tinggal sendiri dekat condo Hane.." kata Hane ketika mereka makan malam.
"No.. Ibu tak izinkan.." bantah Azian.
"Kalau nak duduk sendiri.. Duduk rumah dekat office tu.." kata Khir.
"Kenapa semua tak bagi Hann duduk condo Hane sendiri.." Hane mengeluh.
"Papa akan jual condo tu.." kata Khir bertegas.
"No paa.. Itu rumah Hann.. Banyak kenangan Hann dalam rumah tu.." Hane bersuara juga.
"Papa tak izinkan Hann duduk situ.. Condo tu tak selamat untuk Hann.." kata Khir.
"Kalau macam tu.. Bagi Hann duduk rumah dekat Country Height.."
"Jauh nak pergi kerje.. Klinik pun jauh.." kata Khir.
"Tak kira.. Minggu depan Hann pindah duduk situ.."
"Taknak puasa duduk rumah ibu ke ?" soal Azian.
"Hann nak hidup sendiri.. BG papa pun ada kan jaga Hane.. " kata Hane yakinkan Khir dan Azian.
"Rumah tu besar.. Hann tinggal sorang.. Tak boleh.." kata Khir.
"Hann boleh tinggal sendiri.. Kalau tak Hann pergi Syd.." ugut Hane.
"Okay fine.. Hann boleh duduk situ.. Nanti papa hire guard lagi.." kata Khir.
"Kenapa nak kena ada guard dengan Hann..? Hann ni penjenayah ke ?" soal Hane.
"Entah awak ni.. Anak kita ni penjenayah ke.." kata Azian
"Hann tinggal sorang.. perlukan ada yang jaga.." kata Khir.
"Itulah.. elok bersuami.. Awak pisahkan.." kata Azian.
"Itulah papa.. Esok dah start puasa.. Hann ingatkan dapatlahh berpuasa dengan suami sendiri.. Rupanyaa sendiri juga akhirnya.. serupa tak payah kahwin macam ni paa.." kata Hane.
"Papa terpaksa untuk kebaikkan kita semua.." Khir bernada serius
"Then papa dapat apa yang papa nak ?" soal Hane.
"Ofcourse.. I got something that you never can imagine.. Habis makan naik office papa.." jawab Khir.
"Okay.."
Seperti yang dijanjikan, Khir menunggu Hane untuk berjumpa dengannya.
"Paa.." panggil Hane dari muka pintu.
"Masuk Hann.."
"Ni.. papa nak pastikan Hane okay dengan semua ni.." kata Khir menyerah satu sampul surat kepada Hane.
"Apa ni paa.."
"Bukaklah.." arah Khir.
"Mana papa dapat gambar ni semua..?" Hane membelek gambar tersebut 1 per 1.
"Ini yang dia buat belakang Hann.." kata Khir
"Paa.. ni kan Dhiya.. Senior Hann masa study.." kata Hane apabila melihat gambar Jan di Airport.
"Hann tahu semua ni ?" soal Khir terkejut.
"Ofcourse Hann tahu.. Suami Hann kan.. Tak salah pun kan.. Dhiya tu ex Jan.." kata Hane selamber.
"Itu pun Hann tahu.. Habis selama ni papa jelahh yang lambat tahu semua ni.." kata Khir.
"Yes..! Ingat apalah tadi.. Hann masuk tidur dulu lahh paa.. Night paa.." kata Hane dan berjalan ke arah pintu.
"Did you know Jan and Dhiya, they went somewhere.."
"Not my business paa.. Papa sendiri yang pisahkan kami.. So tak perlu papa nak kisahkan sangat.." kata Hane dan terus keluar.
Kata-kata Hane menyedarkan Khir dengan apa yang dirinya dan Iqbal lakukan ke atas anak gadisnya sendiri. Hane tidak duduk diam setelah melihat gambar-gambar tersebut, Hane bertindak keluar daripada rumah tersebut. Hane keluar membawa bodyguardnya untuk menemaninya.
"Pergilah mana-mana yang rasa boleh buatkan saya tenang fikiran.." kata Hane kepada BGnya.
"Baik Puan.." jawab BGnya.
Bodyguard hanya mengikut perintah walaupun sudah lewat malam. Hane hanya termenung didalam kereta mengenangkan apa akan terjadi selepas ini dalam rumah tangganya.
*******************
6.05 Pagi.
"Megat.. Terima kasih sudi jadi imam dalam solat Dee.. Lama you tak imamkan solat untuk I.." kata Dhiya.
"Sama-sama.. Pahala berjemaah itu lebih baikkan.." jawab Jan.
"Bacaan you semakin merdu.. Buatkan I selalu nak dengar.." kata Dhiya memuji Jan.
"Janganlah cakap macam tu.. Imam masjid dekat Mekah sana lagi merdu daripada I.." kata Jan.
"But you are the most I want to hear always.." kata Dhiya.
"Kita siap-siap gerak balik tau.. I ada kerjaa nak buat.." kata Jan.
"Awalnya nak gerak balik.."
"I ada kerja dengan Gad.. Malam tadi Gad bagi tahu I.." kata Jan.
"Okay.. U sure boleh drive pagi ni.. I tak boleh nak tolong drive.." kata Dhiya.
"I okay jerr.." kata Jan.
Setelah itu mereka berdua bersiap untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.
__________________
"Puan.. Kita dah sampai.." kata BG(1).
"Kita dekat mana ni ?" soal Hane
"Kampung saya Puan.. Sabak Bernam.." jawab BG(2).
"Ooo.. Ada siapa dekat rumah..?" soal Hane.
"Mak dan adik-adik saya Puan.." jawabnya.
"Awak masuklah jumpa mak.. Saya tidur dekat hotel je.." kata Hane.
"Tak perlulahh Puan.. Mak saya dah tahu yang Puan nak datang.. Tempat tidur Puan, mak saya dah siapkan.." kata BG(2).
"Ohh.. kalau macam tu.. Okay.. awak berdua pun penat drive kan.. Dari malam tadi lagi.." kata Hane.
Mereka bertiga pun masuk ke dalam rumah BG(2) a.k.a Fuad. Hane bersalam dengan mak Fuad. Mak Fuad faham akan keadaan Hane dan tidak banyak bertanya.
"Puan sihat..?" soal Mak Fuad.
"Alhamdulillah sihat.. Makcik jangan panggil saya puan.. Panggil je Hane.. Puan-puan ni, masa kerja jee saya gunakan.. Lagi pun saya ni pangkat anak kepada makcik je.." kata Hane berlembut.
"Maaflah.. Makcik tak biasaa jumpa orang-orang yang ada pangkat ni.. Makcik ni orang kampung je.." kata Mak Fuad rendah diri.
"Makcik ni.. Segan saya.. Siapalah saya ni hanya hamba Allah, sama seperti kita semua.. Hamba Allah.." kata Hane merendahkan diri juga.
"Semua puasa kan.. kalau ada yang tak puasa makcik boleh siapkan sarapan.." kata Mak Fuad.
"Semua puasa makcik.. Tadi sahur dekat RnR .." kata BG(1).
"Nama siapa kamu ni.." soal Mak Fuad pada BG(1).
"Panggil je Jai makcik.." jawabnya.
"Ooo..Puan mari saya tunjukkan tempat tidur.. Eh ! Puan lagi.. Hane jom.." kata MakFuad.
"Apalah mak ni.. Puan selamat beristirehat.." kata Fuad.
Hane mengikut langkah Mak Fuad untuk ke tempat tidur. Setelah itu, Hane pun masuk tidur.
________________________
Perjalanan Jan dan Dhiya pulang ke Kuala Lumpur begitu sunyi apabila Dhiya mengambil keputusan untuk tidur.
Kringg.... Kringgg....
Telefone Jan berbunyi tertera nama Gad.
"Hello.." jawab Jan.
"Hane hilang daripada radar.." kata Gad dalam panggilan tersebut.
"Dari pukul berapa tak dapat detect ?" soal Jan.
"Aku tengok sini dari pukul 2 pagi tadi.. Last atas highway Gathery.." kata Gad.
"Fone dia ?"
"Fone dia laa yang pukul 2 tu.. Kereta dia ada dekat rumah TanSri.. Aku try call budak 2 orang tu tak dapat.." kata Gad lagi.
"Aku nak, kau hire orang lagi pergi cari diaa sekarang.. Kalau tak, tahu laa apa akan jadi.." kata Jan marah.
"Relax broo.. Aku cubaa buat sehabis baik.. Kau bila nak balik..?" sempat Gad bertanya.
"Aku on the way.. dalam pukul 11 macam tu sampailah.. aku nak, sebelum aku sampai dah dapat detect kat mana dia.." kata Jan dan matikan panggilan tersebut.
"Kenapa you ?" soal Dhiya yang terdengar Jan bercakap seperti orang yang sedang marah.
"Not your business.." jawab Jan bernada kasar.
"You marahkan perkerja you.. Jangan nak libatkan I.. Cuba you cerita kenapa, sampai you nak marah tiba-tiba.." kata Dhiya.
"You takkan faham.." kata Jan.
"You can explain.. I ada untuk dengar.." kata Dhiya dan mengengeam tangan kiri Jan.
Jan hanya membisu dan membiarkan pengangan tangan Dhiya. Jan meneruskan pemanduannya tanpa berhenti dimana-mana RnR. Perasaan kerisauan dalam diri Jan membuatkan dirinya tidak sabar untuk sampai ke Kuala Lumpur.
bersambung...
(Done wirte 8.50 am 9/5/20)
(Publish on 8.50 am 11/5/20)
Share this novel