Selang beberapa hari berikutnya Hane dan Jan tidak lagi bertemu, hanya berhubung melalui media sosial. Jan kini terlalu sibuk dengan kerja di office kerana Gad masih belum masuk kerja. Jan beri Gad bercuti sampai mereka pergi 'gathering-ride-to-Penang'
Hane pula masuk office hanya untuk hilang bosannya dirumah. Khir tidak beri Hane sebarang tugas untuk dibuat. Khir hanya mahu anaknya kembali semula ingatannya tanpa rasa terbeban oleh kerja.
****************
Suatu hari, pada waktu malam pukul 9:30 p.m. Jan, Gad dan Zall pergi ke tempat biasa mereka main futsal disekitar Kuala Lumpur. Jan merupa seorang pro dalam futsal. Tapi apabila mereka memasuki kawasan futsal tersebut mereka seperti ternampak seseorang yang familiar juga.
"Bukit Aman ada buat game rupanya.." kata Zall apabila dia melihat 2, 3 orang dari Bukit Aman.
"Patut banyak kereta familiar dekat luar tadi.." kata Gad.
"Tapi kan.. aku macam ada nampak Amir tadi.." kata Zall.
"Jawabnya memang ada laa kan dah dia pun dari Bukit Aman.." kata Gad.
Jan hanya mendiamkan diri dan merenung pada seorang gadis yang berada ditempat duduk penonton bahagian Bukit Aman.
"Kau pandang siapa tu An.." tegur Gad.
"Kau tengok blahh sana.. Perempuan yang pakai cap and sweater-suit warna hitam tu.. Familiar ann..?" kata Jan.
"Yup.. Familiar.." kata Zall.
"Macam kenal.." kata Gad. "Biarlah dia Ann.. Jom warming-up dulu.." sambung Gad lagi.
"Tuan Megat.." tegur seseorang dan menghampiri mereka.
"Yee saya.. Kenapa tu ?" soal Jan padanya.
"Jomlah main sekali.. Kami banyak game lagi.. Malam ni Bukit Aman lepaskan kami main sampai tengah malam.." katanya.
"Abang.. Zall warming-up dulu.." kata Zall dan berjogging sekitar gelanggang futsal tersebut.
"Okay.. Yeke.. Mainlah.. D.N (De N0rSe) ada buat gathering dekat sini.. Tu buat game.. Maaf ye tak boleh nak main sekali sebabnya nanti tak boleh nak luang lebih masa dengan pekerja pulak.." Jan menolak pelawaan orang itu.
"Tak apa Tuan.. Saya faham tu.." katanya.
"Siapa perempuan yang pakai cap tu..?" soal Gad.
"Ooo tu.. Insp.Amir punya GF.." jawabnya.
"Ooo.. Anak Tan Sri Kh ..."
"Pergilah main dulu.." Gad potong kata Jan dan menyuruh orang itu pergi.
"Baik.. Saya pergi dulu.." katanya dan berlalu pergi.
"Apalah kau.. Dekat sini tak payah nak buat kecoh.. Jaga sikit name kau tu.. Tuan Megat Fauzan pemilik De N0rSE Empire.. Jangan disebabkan seorang perempuan kau nak jatuhkan nama kau sendiri.." kata Gad pada Jan.
"Macam mana kalau perempuan tu isteri kau.. Kau sanggup tengok dia keluar dengan lelaki lain belakang kau ?!" Jan marah dan pegang koler baju Gad. "Kau sanggup tengok Jane tu keluar dengan lelaki lain belakang kau..? Kau sanggup ke ?!" marah Jan
"Apa ni abang Ann.." Zall berlari meleraikan perbalahan mereka berdua.
"Ann.. Aku mintak maaf.. Ye, aku faham perasaan kau.." kata Gad dan mengalah dengan Jan.
"Kau takkan faham apa yang kau rasa bila orang yang kau sayang tak ingat siapa diri kau.." kata Jan.
"Yee.. aku memang takkan faham sebab aku sendiri tak pernah lalui semua tu.. So sekarang kau bagi tahu, kau nak aku buat apa ?" kata Gad.
"Cuba abang explain.. Sebab apa abang macam ni..? Sebab Lishane ke..? Kalau sebab Lishane, Zall boleh settlekan.." kata Zall.
"Jangan buat apa-apa.. Abang tahu, apa yang abang buat.. Call Chell suruh datang jap.." kata Jan pada Zall.
"Dah malam dah Ann.. Takkan nak panggil dia datang.." kata Gad.
Tak lama kemudian Chellsy pun sampai ke tempat mereka.
"What up..?" kata Chellsy.
"Abang.. perempuan yang abang cakap macam familiar tu.. Tu Liss sebenarnya.. Zall lari depan dia.. Dia tak cam pun.." jelas Zall.
"See.. aku dah agak dah.." bengang Jan.
"Dah laa Ann.. Jomlah I bawa you keluar dari sini.." kata Chellsy dan menyilangkan tangannya pada Jan.
"Korang mainlah.. Aku tak ada mood.. Aku gerak luu.." kata Jan dan berlalu pergi bersama Chellsy.
Jan bawa Chellsy jalan didepan Hane sambil merangkul pinggang Chell, untuk kepastian, hanya Chellsy yang memandang wajah Hane. Tapi ada yang menegur Jan.
"Tuan Megat.." panggilnya.
"You call him ?" soal Chellsy.
"Yes.. Who are you..?" soalnya dan menghampiri mereka.
"His lover.." jawab Chellsy.
"Kami gerak dulu kay.." kata Jan.
"Okay Tuan.. Have fun your night.." katanya pada Jan dan Chellsy.
"We will.." jawab Chellsy dan berjalan bersama Jan dan keluar dari pusat futsal.
Hane sebenarnya terkejut apabila salah seorang daripada rakan Amir memanggil nama Jan. Hane juga terkejut melihat Jan bersama Chellsy siap jalan berpelukkan lagi.
_________________
"You still tak bagi tahu mama ke yang you dengan Hane dah nikah ?" kata Chellsy yang sedang memandu kereta.
"Takk.. I rasa mama sendiri dah tahu.. You tahukan siapa mama tu.. Apa dia nak semua boleh dapat.." kata Jan.
"So sekarang nak buat apa ?" soal Chellsy.
"I taknak balik rumah mama.. So I nak balik condo I. " kata Jan.
"That's mean.. You nak balik rumah I ?" soal Chellsy untuk kepastian.
"Yes.. Jom malam ni.. I miss ..."
"Hahh mula dah tu.. You ingat sikit yang you tu dah kahwin kay.." warning Chellsy.
"Wife I pun keluar dengan laki lain.. Takkan I tak boleh.." Kata Jan mengusik Chellsy.
"Yang tu lain.. Yang you ni pulak lain.." kata Chellsy. "So I kena U-turn balik Mont laa ni.." kata Chellsy
"Yes..!! Cepat sikit.. I tak sabar ni.. hehehe.." suka Jan dan dia terlupa apa yang sedang terjadi sebenarnya.
"Gelojohnyaa U ni.. Sejak dah kahwin ni makin menjadi-jadi U kan.." kata Chellsy sambil geleng kepalanya.
30 minit kemudian, Jan dan Chellsy sampai dicondo mereka. Jan terexcited sampai menarik tangan Chellsy mengikut langkahnya. Buka sahaja pintu, Jan melulu masuk ke dalam bilik.
"Bawa air sekali kay.. I tunggu dekat dalam.. Jangan lambat.." kata Jan sebelum masuk ke dalam bilik.
"Apa nak jadi tah.. Penat aku macam.." gumam Chellsy sendiri.
"Chell cepatlah.. U nak I tunggu berapa lama lagi.. Dah laa wife I pun, I kena tunggu.." terjerit Jan dari dalam bilik itu.
"Yeyee.. I datang ni.." Chellsy masuk dengan sebotol fresh-orange sejuk.
"Wahhh.. U tutup lampu and pintu.. Nanti bising.. jiran dengar.." kata Jan pada Chellsy
"Gilaa you ni.."
___________________
Habis sahaja last game antara Bukit Aman dan D.N. Hane datang ke tempat Gad dan Zall.
"Hi.. nice game.." kata Hane.
"Hi.. you buat apa datang sini.." kata Zall bernada mendatar saja.
"I tak boleh datang sini ke ? I ada buat salah ke ?" Hane terasa dengan kata Zall.
"Tak adelah.. U kan datang sini dengan BF you.. Nanti apa pulak dia cakap.." kata Gad.
"Dah lewat malam ni.. Ibu tak marah ke you balik lambat..?" soal Zall seriues.
"Tak.. Ibu tahu I keluar dengan Amir.." kata Hane. "By the way, Jan pergi mana..?" soal Hane.
"Entahlah.. Dia dengan Chellsy tadi.." kata Gad.
"Hi guys.. Jom mamak.. I belanja.." sampuk Amir datang dari belakang Hane.
"Sure.." setuju Gad dan memandang ke arah Zall untuk setuju juga.
"Okay.. I tunggu mamak dekat bawah ni.. Jangan lambat tau.." kata Amir pada mereka.
"Okay.. nanti I datang dengan dia orang kay.." kata Hane pada Amir.
"Okay.." Amir pun beredar dari mereka bertiga.
Didalam kereta mereka semua berasa janggal dengan kehadiran Hane bersama mereka.
"Gad..cuba call abang Ann tanya dia buat apa dengan Chellsy tu.." Kata Zall memanaskan lagi keadaan didalam kereta yang masih tak bergerak lagi.
"Japp.." Gad mendail nombor Jan dan memasang mode loud-speaker.
"Hello.." suara perempuan yang angkat.
"Siapa kacau kita tengah-tengah malam ni.. Tak tahu ke privasi orang.." Jan bersuara dibelakang suara Chellsy.
"Korang buat apa hah.." soal Gad. Hane hanya membisu dan mendengar perbualan telefone tu.
"Cepatlah.. I nak bagi masuk ni.. I taknak kalah lagi kalini.." suara Jan kedengaran. "Nanti call balik.." kata Chellsy dan menamatkan panggilan itu.
"Lain macam broo.." kata Zall pada Gad.
"Uhuukkk.. Uhuukkk.." Hane buat-buat terbatuk.
"Oppss.. lupaa ada orang dekat belakang.." kata Zall.
"Dia orang dekat mana tadi..?" soal Hane
"Condo Chellsy maybe.. sebab Jan takkan bawa balik perempuan dekat rumah.." kata Gad dan memulakan pemanduannya ke kedai mamak.
"Gad.. Hantar I balik.. I rasa tak sedap badanlah pulak.." kata Hane yang sebenarnya sudah terasa cemburu.
"Are you sure..?" soal Zall kepastian.
"Yes.. Nanti I bagi tahu Amir yang kita tak jadi datang.." kata Hane.
"Balik rumah awal tu lagi bagus.. Lelaki sepatut menjadi perempuan yang dia sayang.. hantar orang yang dia sayang tu balik rumah awal.. bukan sampai ke tengah malam, lagi ajak lepak mamak.." kata Gad membuka ceramahnya.
"Hmmm.." hanya mengeluarkan suara sahaja.
"Jadi kami sebagai penganti Jan, akan bertanggungjawab menghantar U balik rumah dengan selamat.." kata Zall.
"Thanks.." kata Hane.
Setelah selamat Hane tiba di rumah. Hane berlari masuk ke dalam dan mengambil kunci keretanya.
"Hannn nak pergi mana lewat-lewat malam ni.." soal Khir yang masih menunggu anak gadisnya pulang.
"Nanti apa-apa Hann call papaa.. Hann nak kena cepat ni.." Kata Hane yang menjawab soalan Khir bersahaja.
"Hannn.. esok pagi jelah.. Ni dah dekat pukul 3 pagi dah.. Papa risau.." kata Khir lagi sebelum Hane keluar melulu dari rumah.
"Doakan yang baik-baik paa.." kata Hane dan menutup pintu rumah semula.
Masuk sahaja didalam kereta Hane 'trace' nombor telefone Jan. Setelah sudah kenal pasti dimana Jan berada, Hane terus pandu keretanya ke arah Jan.
Dalam masa yang sama Khir menghubungi Jan memberitahu bahawa Hane sudah keluar dari rumah. Jan pula tak boleh nak buat apa-apa melainkan mengarah Gad untuk mencari Hane.
Tanpa Hane sedar bahawa Gad dan Zall mengekorinya dari belakang. Sangkaan Zall tepat bahawa Hane akan keluar semula untuk mencari Jan.
Semua ini berlaku adalah kerana cemburu dan sakit Hati. Jan cemburu dan sakit hati kerana Hane keluar bersama Amir pada waktu malam. Walaupun disiang hari, hati Jan tetap juga panas melihat kemesraan mereka. Hane pula cemburu dan sakit hati apabila Jan berdua-dua dengan Chellsy. Memang Hane tak ingat siapa Jan, tapi tiap kali melihat Jan bersama perempuan lain, hatinya tiba-tiba sakit dan cemburu.
Kesimpulannya, apa akan terjadi seterusnya. Adakah Hane akan terus kehidupannya dengan lupa ingatan terhadap dirinya, dan Jan akan terus menunggu Hane kembali ingatan dan berfoya-foya dengan perempuan lain ?
Share this novel