"HANE..!!!"
"SAYANG..!!"
"MATI KAU DALAM TU.."
Menggelabah semua menjerit melihat Hane terkapai-kapai dalam kolam renang. Jan tidak tunggu lama, terus menyelamatkan Hane.
"Perempuan tak guna..! Keluar kau dari rumah aku..!" jerit Faziah marah pada Dhiya.
"Aunt kena ingat.. saya belum habis lagi.. Ni baru sikit.. Kalau saya tak dapat Megat.. Jadi tiada siapa boleh dapatkan Megat.." kata Dhiya berani dan berjalan keluar daripada rumah itu.
"Ann bawa pergi hospital.. Biruu dahh tu.." kata Faziah terkejut melihat Hane kebiruan.
"Sayang.. sayang .. bangun.." Jan cuba sedarkan Hane.
"Zall.. bawa Ann pergi hospital.. Cepat..!!" Jerit Faziah marah melihat yang sudah terjadi.
"Maa sabar... maa.. Mama tak boleh marah-marah jerit-jerit macam ni maa.." Chellsy cuba tenangkan Faziah.
Faziah menangis apabila melihat Hane tidak sedarkan diri sebelum Jan mengangkat bawa pergi ke hospital. Faziah berasa bersalah pada Hane. Siren kecemasa pada kereta yang dipandu Faizal berbunyi kuat. Sepanjang perjalanan ke hospital Jan tidak putus memanggil Hane untuk bangun.
Punca Hane tidak dapat berenangkan dan kawal diri dalam air adalah keranan kain bajunya terlalu ketat untuk dirinya mengapungkan diri, apatah lagi secara mengenjut Hane ditolak ke dalam kolan renang 2m dalamnya itu.
_______________________
Setelah semua kembali tenang dikediaman Faziah, Gad memulakan perancangan untuk merosakkan segala rancangan Dhiya menghancurkan rumah tangga Jan dan Hane. Faziah pula sedia mengupah orang untuk menjaga Hane lebih ketat.
Jan masih menunggu keputusan doktor diluar bilik kecemasan. Pada masa itu juga, Azian dan Khir sampai didepan bilik kecemasan.
"Macam mana semua ni boleh terjadi Jan..?" soal Khir.
"Tak tahu paa.. Terlalu pantas.." jawab Jan.
"Doktor ada cakap pape pasal Hann..?" soal Azian.
"Belum lagi buu.." kata Jan.
"Harap-harapnya semua baik-baik.." berdoa Azian.
"Jan.. Jom kita pergii tenangkan diri berdoa pada Allah.. semoga Hane selamat.." kata Khir.
"Ibu tunggu Hann.. Apa-apa nanti Ibu call.." kata Azian.
Khir dan Jan berlalu pergi dengan berat langkahnya. Jan menjadi kusut apabila memikirkan tentang Dhiya yang mengaku memgandung anaknya.
Zuuurrpppp..
"Boleh saya jumpa dengan suami atau penjaga kepada Lishane.." kata doktor yang keluar daripada bilik kecemasan tersebut.
"Saya ibunya doktor.. Macam mana dengan anak saya..?" soal Azian menunggu jawapan.
"Anak Puan selamat.. Kami akan tolak anak Puan ke bilik.." jawabnya.
"Lagi..?" soal Azian.
"Shee okays.. Everythings okay.." jawab doktor tersebut.
"Thanks doct.." kata Azian dan doktor itu pun berlalu pergi.
Azian pergi ke bilik dimana Hane ditempatkan. Azian merenung wajah anak perempuannya yang tidur lena diatas katil hospital.
"Why Hann.. Why Hann boleh jadi macam ni sekali sayang..? Ibu tak suka bilaa Hann ada depan mata ibu, tapi Hann terkaku macam ni.. Mana senyuman Hann untuk Ibuu.." rintih Azian.
"Ibuu..." panggil Jan dimuka pintu.
"Ye Jan.." jawab Azian.
"Hanee macam mana buu..?" soal Jan dan menghampiri Hane.
"Doctor kata semua okay.. She back to normal.. Tapi ni demam sikit.." kata Azian.
"Ohh.. Thanks buu.." kata Jan sambil mencium dahi dan mengusap rambut Hane.
"Macam mana semua ni berlaku Jan.. Explain dekat ibu.." kata Azian seperti marah sahaja nadanya.
"Ada sedikit salah faham bu.. Lepas tu tak tahu macam mana Hane boleh jatuh dalam kolam.." kata Jan dan bernada sedeh.
"Salah faham dengan siapa Jan..?" sampuk Khir.
"Aaa.. Dengan Dhiya paa.." jawab Jan.
"Sebab apaa..?" soal Azian pula.
"Sebab nak kan kamu..?" soal Khir menebak Jan.
"Ye paa.." jawab Jan.
"Kamu dah bagitahu Dhiya belum yang kamu dah nikah dengan Hane..?" soal Azian.
"Semalam.. Lepas dia tahu.. Diaa marah Hane sebab tipu dia.. Tikam belakang dia.. Then dia tolak Hane masuk kolam.." kata Jan seperti budak bersalah.
"Arghhh.. No wonder she did that.. Ingat satu perkara papa nak pesan.. Dalam perkahwinan ni tak elok disorok.. Sepatutnya diberitahu supaya tidak menjadi salah faham.. Dalam islam pun ajar kita untuk sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan.." kata Khir menegur Jan.
"Maafkan Jan paa, buu.. Jan tak tahu sampai macam ni sekali.." kata Jan dan mintak maaf kepada ibu bapa Hane.
"Lepas ni.. Papa taknak lagi perkara yang sama berulang lagi.." kata Khir.
Selepas itu, Azian dan Khir tinggalkan Hane bersama Jan. Kini hanya tinggal mereka berdua dibilik tersebut. Jan tertidur ketika menemani Hane sehingga Hane sedar sendiri.
"B..." panggil Hane setelah dirinya sedar.
"Hmmmm.." Jan bersuara.
"B.. bangunlah.." panggil Hane dan menarik tangan Jan.
"Ye.. yee.. Kenape sayang.." soal Jan.
"Baby kita tak apa-apa kan..?" soal Hane berasa takut.
"Baby..?" soal Jan semula pelik.
"Iyee.. Baby kitaa.." jawab Hane.
"Jap.. B panggil doktor.." Jan berasa pelik dan keluar panggil doktor. "Doktor tengokkan wife saya.. Kot dia terlebih ingatan ke.." kata Jan yang kembali semula dengan doktor.
"Apa yang Tuan cakap ni.. saya pun tak faham.." kata doktor tersebut.
" Doktor macam mana dengan keadaan saya dan baby..?" soal Hane pada doktor.
"Baby and you is okay.. nothings happend.. but I think your husband yang tak betul.." kata doktor tersebut.
"B." panggil Hane.
"Ye sayang.. B pelik ni.. Siapa yang sakit.." kata Jan yang sengaja menjadi tidak betul untuk sembunyikan rasa gembiranya.
"B.. Im pregnant 4 months.. our baby.." kata Hane dan menarik tangan Jan ke perutnya.
"Really..?! Doct its truth..?" soal Jan.
"Yaa.. Congrate.. You will become daddy.." kata doctor tersebut.
"Alhamdulillah.. Thanks sayang.. I love you.." kata Jan gembira, mencium dan memeluk Hane.
Akhirnya, Jan dan Hane bakal menpunyai anak sendiri. Jan pula tidak berhenti berborak tentang baby. Hane hanya melayan suaminya bercerita yang bangga menjadi seorang bapa.
_____________________
Pada malam itu, Hane menerima banyak email daripada Dhiya yang spam masuk ke emailnya. Jan yang lena tidur disampingnya turut menerima banyak message masuk. Hane membaca kedua-dua email dan message tersebut.
Email yang diterima Hane seperti seorang perempuan yang mengadu kekasihnya ada perempuan lain. Dhiya meluahkan apa yang dirasainya didalam email tersebut dan merayu untuk Jan bertanggungjawab apa yang telah berlaku.
Message yang diterima oleh Jan tetapi dibaca oleh Hane, message tersebut berbunyi seperti seorang perempuan yang bermadu dan minta Jan bertanggangjawab atas kandungannya.
Hane hanya membaca seperti seorang kaunselor mendengar seorang pesakit yang mengadu padanya. Hane tidak membalas satu pun email dan message daripada Dhiya, tetapi Hane menatap wajah suaminya disisinya.
"What if she really pregnant because of you..?" soal Hane sendiri.
"What if she pregnant anak you..? Will you marry her..?" soal Hane sendiri lagi.
Hane bersedih sendiri memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Hane hanya mampu merenung wajah suaminya yang sedang tidur lena disisinya.
**********************
Seminggu kemudian...
Kini rutin harian Jan dan Hane berubah 360' setelah mereka sedia maklum kandungan Hane masih awal lagi, jadi Jan banyak luangkan masanya bersama Hane dirumah berbanding di office. Jan dan Hane tidak lagi pulang ke rumah mereka kerana Jan tidak mahu Hane makan hati akan kewujudan rumah tersebut.
"Sayang. sayang.. Mulai sekarangkan.. B taknak sayang pergi kerja.. Duduk je rumah.. Buat kerja dari rumah.. Tapi B akan pastikan kerja tu tak stress kan sayang.. B akan pesan pada papa.." kata Jan.
"Kenapa.. Hane nak pergi kerja.. Hane nak masuk klinik.. Nanti Hane bosan.." kata Hane.
"Please sayang.. For our child too.. I promise you.. I will give you present.." kata Jan.
"Eleehhh.. Tak boleh percayaa.. B selalu cakap macam tu.. tapi susah nak dapat.." kata Hane seperti merungut.
"B balik lunch harini kita pergi cari barang baby kay.." kata Jan.
"Serius ni..?" soal Hane excited.
"Iyee.. So wait for me kay.." (muahh) Jan mencium dahi Hane. "Baby daddy.. Nanti kita pergi beli barang you kay.." kata pada perut Hane dan mengusapnya.
"Love you B.." kata Hane dan mereka mencium bibir kejap sebelum Jan pergi office.
Hane juga selesa dirumah mertuanya Faziah, walaupun adik iparnya juga tinggal sekali. Faziah juga gembira apabila anak menantunya duduk sekali dan dijaga olehnya. Jika nak dibandingkan Hane dan Tia, Faziah lebih sayangkan Hane kerana isteri kepada anak lelaki kesayangannya.
______________________
D.N Empire
"Gad.. aku nak jual rumah yang aku duduk tu laaa.." kata Jan.
"Sayang Ann.."
"Aku lagi sayangkan Hane.. Aku taknak sebab rumah tu.. Rumah tangga aku bergolak.. Lagipun.. Hmmm.. Dhiya kata dia pregnant anak aku Gad.." kata Jan seperti kesal.
"Kau pun satu.. pergi layan diaa buat apa.. Kau abaikan jee diaa.. Pandai-pandai laa dia hidup.." kata Gad.
"Masalahnya.. Aku pun tak tahu sampai tahap macam ni sekali.. Aku tahu diaa nak getback dengan aku.. Tapi takkan aku nak terima mentah-mentah, bulat-bulat jee Gad.. Aku ada isteri, keluarga kot.. Maluu masa dia buat kecoh itu hari.." luah Jan.
"So what now..? Kau nak suruh aku buat apa..?" soal Gad.
"Aku nak jual rumah tu.. Aku taknak ada kaitan dengan dia.. Menyesal aku pergi cari diaa.." kata Jan.
"Kau serius nak jual rumah tu.. Kalau serius aku cari buyer.."
"Yes ! ASAP ! Sebelum Hane bersalin.." kata Jan.
"Okay.. By the ways.. Kau betul yang Dhiya carry tu bukan daripada kau..?" soal Gad untuk kepastian.
"Ye laa Gad.. Aku nak buat apa dengan dia.. Sedangkan aku ada Hane.. Dah sah pun Hane tu.. Hane lagi muda daripada dia.." Jawab Jan.
"Manalah aku tahu.. Kau ada buat belakang aku.. Kalau ada.. senang aku nak settle.." kata Gad.
"Tapi enn.. Aku nak tahu juga anak siapa yang dia carry tu.. Nak tahu juga siapa lelaki durjana tu.." kata Jan.
"Halarhh kau.. cakap jelah kau sayang dia lagi.. Apa susah.. Tak perlu bagi aku alasan.. macam aku tak kenal kau.. Kau tak ingat ke masa mula-mula Dhiya tu hilang macam tu je.. Kau kemurungan.. Tiada seri dalam muka kau.. Kau masuk office pun dengan muka ketat jee.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur sebab Allah temukan kau dengan Hane.. Allah masih beri kau peluang untuk merasa bahagia.. Sampai harini.. Kau bakal jadi ayah.." kata Gad membebel pada Jan.
"Yaa.. Hane ubat aku.. Hane segalanya.. Aku pun sampai tak mampu nak jaga Hane.. Aku rasa dah macam-macam terjadi dekat Hane, Gad.. Aku kadang rasa, aku tak layak tuk jaga dia.. She so perfect.." kata Jan.
"Sebab tu Allah uji kau.. Kau terlalu sayangkan isteri kau lebih daripada Dia.. Kau patut letak kebahagian tu pada Allah Ann.. Tapi tak salah pun.. Hane bidadari syurga kau.." kata Gad.
KEDEGANG...!!!!!!
Ada yang merempuh masuk ke office Jan.
"Apa ni..!" soal Jan tinggi suara.
"Saya dah cuba halang Tuan.. tapi dia tak dengar.." kata P.A Jan.
"I nak you bertanggungjawab.." katanya.
"Why me.. Im not his father.." kata Jan.
"Ni apa..?!" dia mencampak gambar diatas meja Jan.
"Mana dapat gambar ni..?" soal Gad.
"Itu tak penting.. yang pasti itu you kan.." katanya.
"Saya dah kahwin.. saya dah ada keluarga.." kata Jan.
"Tak kira.. you kena nikah and bertanggungjawab.." marahnya. "You ingat isteri you baik sangat ke..?" dia mencampakkan lagi gambar.
"Apa Dato ni.. Isteri saya pun terlibat dalam hal ni.." marah Jan.
"I ada banyak.. Kalau you taknak perkara ni tersebar.. You kena nikah dengan anak I.." Dato tersebut meletakkan thumbdrive diatas meja Jan dan berlalu pergi.
"Lain macam kali ni Ann.. Teruk kena wooo.. Gambar ni aku ambik dulu.. try photo-shop dulu.." Gad mengambil semua gambar yang ada diatas meja Jan.
"Gambar Hane kau tinggalkan.. Lepastu kau boleh balik.. Jaga Jane nak bersalin tu.." arah Jan yang duduk runsing dengan apa yang berlaku.
Tidak lama kemudian, Jan memeriksa isi kandungan thumb-drive tersebut. Apa yang Jan melihat ialah video Hane ditiduri oleh seorang lelaki yang wajah bertutup. Ketika itu dirinya turut berasa amarah dan cuba meneliti setiap detik video-video tersebut. Jan sudah lali dengan gambar yang di edit oleh orang lain, hanya dirinya seorang sahaja tahu bagaimana tubuh isterinya. Maka Jan tidak hairan, tetapi untuk menjaga aib, Jan harus bertindak lebih berhati-hati.
bersambung....
(Done write 01:01 am 12/7/20)
(Publish on 01:01 pm12/7/20)
Share this novel